Hantaran.. DONE!

>> Friday, September 30, 2011

Hantaran perkahwinan. Dalam adat perkahwinan orang Melayu, hantaran perkahwinan adalah hadiah-hadiah yang disediakan oleh kedua-dua pihak pengantin sebagai tanda kasih dan meraikan hari yang berbahagia ini.

Jumlah hantaran yang disediakan lazimnya dalam jumlah angka ganjil dimana pihak perempuan perlu menyediakan jumlah hantaran yang lebih dari pihak lelaki. Contohnya : Kalau pengantin lelaki bagi 5 buah, pengantin perempuan kena balas dengan 7 buah. Itu lazimnyerlah, sbb hantaran saya nanti diluar kelaziman iaitu akan diberi sama banyak. simbolik kepada *dalam berumah tangga, suami n isteri harus bersikap adil saksama* aci tak?

Alhamdulillah barang2 hantaran untuk perkahwinan telah siap dibeli.. kecuali beberapa hantaran berbentuk makanan yang akan dibeli disaat2 akhir nanti.. seperti yang dinyatakan di atas, jumlah hantaran kami adalah sama banyak iaitu 7 berbalas 7.. saya harap jumlah hantaran tidak memberi kesan apa2 contohnya cam pantang larang dan sbgnya.

Review sket hantaran yang diberi ketika pertunangan..

Mie to Syam
1. Cincin , 2. Bunga rampai 3. Belt&Walet 4.Baju&Jeans 5. Kek 6. bahulu 7. Tepak sireh 8. Coklat 9. Coklat buatan 10. Tuala 11. Pulut Kuning 12. Cup Cake 13. Buah

Syam to Mie
1. Cincin risik&tunang 2. AL-Quran 3. Telekong 4. Kain Pasang Coklat 5. Kek 6. Tepak sireh 7. Buah

13 berbalas 7.. banyak kan saya bagi. mengikut perancangan, 9 berbalas 7.. tapi ntah cemana saat2 akhir tu ada je yang nak tambah. cam pulut kunen, kek n tuala tu.. mmg takde dlm plan. hehe takpe la, rezeki en tunang la tu. Jadinye, oleh kerana syam bg saya sikit masa bertunang, so time kawen nie saya PAW dia cukup2. hahahaha TIDAK!!! TIDAKK!! sumpah saya x pernah PAW dia.. ape yang dibeli adalah dr kerelaan dia sendirik. Tak percaya, sila tanya dia.

Berikut hasil hantaran yang telah di persetujui antara 2 belah pihak.

SYAM to MIE
1. Gelang (untuk pembatalan air sembahyang) DONE
2. Iphone (syam kata, saya tak pernah merasa HP baru. asyik pakai yang 2nd hand je. so, dia beli dgn kasih sayang) DONE
3. ESPRIT (jam saya yang skrg nie dah 4 tahun guna dan 15kali tuka bateri, so mmg patut ditukar) DONE 4. Hand bag tak kompem lg.
5. Makanan
6. Makanan
7. Makanan

MIE to SYAM
1. Cincin (dah booking @Diamoney) DONE
2. Samsung Tab (Taknak kalah! ok la.. senang dia nak buat kerja nanti. pepon, memang smart gilerssss la) DONE
3. TTOUCH (Jam idaman dia) DONE
4. Kasut (Beli kat SOGO. Bajet RM4o0 untuk sepasang kasut. Tapi dia sangat bijaklah dalam membeli. dengan RM430, Dia beli 2 pasang kasut.. huhu) DONE
5. Makanan
6. Makanan
7. Makanan

Fuh, dah settle beli barang2 yang mahal nak mampos tu.. okeii la, nanti dah kawen ditambah ada anak plak, lagi banyak nak pakai duit. masa tu mungkin dah tak terfikir nak beli barang2 camni. Insya'allah kalo ada rezeki lebih pun mungkin kami akan habiskan kepada sesuatu yang lebih bermakna. dirikan sebuah banglo ke, beli tanah ke, tak pun salurkan duit tu untuk jihad fi sabilillah.. ameeeenn

SATU MALAM TU KAN.....

Syam : Geramnye tengok samsung tab td. ehehehe
Umie : Sabar, tak lama je lagi.
Syam : Sian dia duk dalam kotak je.
Umie : aah la.. kesian dia kepanasan dalam kotak tu.
Syam : Tu la.. kalo bawak kuar kotak pastu ON bg kena angin, mesti bagus kan?
Umie : Erm, boleh jugak.. jap lagi mie bawak kuar kotak dan ON pastu letak depan kipas sambil berfacebook. baru sejukkkk.
Syam : Ceh!

Di situasi yang lain.....
Umie : Tak sabar nak pegang Iphone. tapi mcm smart je samsung tab syam tu. huhuhu
Syam : Mie pakai yang kecik2 je dulu.. yang Nokia tu pun dah macam2 jadi mie pakai. cemana nak pakai samsung tab yang besar tu.
Umie : hehehe nanti Iphone mie tak sangkut kat leher, letak dlm bag je. yang Nokia tu je mie sangkut kt leher. hehe
Syam : Yer la tu...
Umie : Iyer.. Iphone tu ada sentimental value. mie akan jaga dengan baik.
Syam : Kite tengok nanti..
Umie : Erk! bole ke nie?

Read more...

Kau Pergi Jua..

>> Monday, September 5, 2011

Jam di dashboard memaparkan angka 5:15pm.. Kereta begerak perlahan, jalan jammed. Standard la tu KL. Lagi2 waktu2 begini.. waktu org habis kerja. Saya mengerling Syam disebelah. dia diam dengan mata terselindung oleh kacamata hitam. tapi saya masih dapat lihat matanya dari tepi kacammata hitam itu. dia menangis! biarpun air matanya tidak jatuh.

3:40pm
Handphone berbunyi.. tertera di skrin E72 itu nama Pakcik Haidar.. saya tak keruan. pasti ada berita tentang Faiz. Mungkin pakcik nak tanya berkenaan tentang wang derma untuk Faiz desis hati saya.

Pakcik Haidar : assalamualaikum umi..
Saya : Waalaikumussalam
Pakcik Haidar : Ni pakcik nak bagitahu Faiz takde, dia dah meninggal.
Saya : Innalillahiwainnailaihirojiunn... takziah. Pakcik bawak bersabar ye. pukul berapa dia meninggal?
diam. pakcik diam.. tak dengarkah pertanyaan saya.
Saya : Pakcik... pakcik...
Pakcik Haidar : Ye saya, dia meninggal jam 3:30 tadi. nanti tolong bagitahu kawan2 yang lain ye! Saya : Ye baik Pakcik. Jangan Risau, nanti saya bagitahu kawan2 yang lain.
Pakcik Haidar : assalamualaikum
Saya : Waalaikumussalam.

Telefon di matikan. Syam! saya yakin, dia masih belum tahu akan hal ini.. ya allah, tabahkan lah hati tunang ku itu. dia pernah menangis ketika Faiz tiba2 tidak sedarkan diri beberapa minggu yang lalu.. "Macamana kalau Faiz pergi? syam tak dapat terima.." luahnya..

Saya : Assalamualaikum
Syam : Waalaikumussalam.
Saya : Syam....
Syam : Yer....
Saya : Faiz....... perlahan dan teragak2 untuk meneruskan. Faiz dah takde!
Syam : Diam. lama.. saya tahu, dia sangat sedih. Faiz ibarat adik beradiknya.
Saya : Mie nak bgth kawan2 yang lain ni...
Syam : Diam lagi..
Saya tak boleh tunggu lama. Saya perlu sebarkan berita ini pada kawan2 yang lain.
Saya : assalamualaikum
Syam : waalaikumussalam..
Tanpa berlengah, saya menekan button 'write massage'..
"Salam, Mohd Faiz Mohd Haidar telah kembali kerahmatullah pada jam 3:30 petang tadi (base pada kata2 Pakcik Haidar) jenazah masih di PPUM dan akan dibawa pulang kerumahnya di seksyen 18, Shah Alam. Tolong sebarkan pada kawan2 yang lain"
mesej ini ditaip dah disebarkan kepada semua no. rakan2 yang berada dalam senarai hp saya..

Tiba di rumah arwah kurang lebih jam 6 petang.. jenazah dah sampai dan ramai juga yang datang menziarah. ada juga yang dikenali.. kawan2 satu sekolah juga ramai yang datang. Kami masuk ke dalam rumah. Saya duduk di hujung tepi dinding bersama isteri kepada rakan sekolah saya, sementara syam pula mengambil tempat di sebelah jenazah arwah. Dari tempat saya dapat lihat betapa sedihnya wajah Syam. Lama dia tenung jenazah. Tak lama selepas itu dia keluar dan saya x pasti dia kemana.

Rumah arwah kian dibanjiri kawan2 dan sanak saudara arwah.. untuk tidak menyesakkan keadaan dalam rumah, saya keluar dan mencari2 Syam. Saya lihat kawan2 sekolah saya yang rancak berbual tapi Syam tidak kelihatan. Rupa2nya dia di padang tepi rumah arwah. Cuma seorang..

Syam, sabar la... mie tahu Syam sedih dan mie tahu kenapa. Masakan tidak, Kalau hanya kita yang dia rapat dan hanya kita yang dia cari untuk meluahkan segala masalah dia berbanding keluarganya sendiri. Mie juga sedih.. tergiang2 gelak tawa dan gurauan dia. Dia sorg yang happy go lucky walaupun masalah sarat di kepalanya..

Lama kami di sana(rumah arwah). Jenazah akan dikebumikan pada keesokkan harinya di tanah pekuburan seksyen 21, Shah Alam. Kira2 jam 1030pm kami minta izin pada kedua ibu bapa Faiz untuk pulang.. kagum dengan Pakcik Haidar. dia kelihatan tenang. Cuma Ibu arwah agak sedih ketika bersalam dengan saya. Ada kata2 ibu faiz yang terkesan dihati saya. Insya'allah, nanti saya dan Syam akan datang kemudian untuk melawat Makcik sekeluarga dan mungkin kita boleh becerita serba sedikit tentang arwah.

Sebelum pulang kami sempat lepak dengan 3-4 orang rakan2 sekolah di kedai mamak berdekatan. “Ni tempat lepak aku dan arwah masa hayat dia..” kata Fikry(salah sorg rakan sekolah saya) "Nanti kalau anak aku lahir nak letak nama Faiz lah.." katanya lagi.. FAIZ = yang membawa maksud "YANG BERJAYA"

Agak dalam pukul 1130pm kami masing2 pulang.

Read more...

Persiapan Raya.. ada ke?

>> Thursday, August 25, 2011

Hari ini hari jumaat 26/8/11. Lagi 4hari lagi nak raya.. rasanya semua dah mood raya dah. Tadi masa nak pegi keje, jalan tak jammed macam selalu. Mungkin ramai dah ambik cuti dan bertolak balik kampung hari ini kan? yang masih bekerja hr ini hanya jasad je kots, fikiran dah kat kampung halaman dah. Btol tak?? haa.. ngaku je la.

Tapi saya rasa biasa je.. lebih kepada nak jumpe mak dan ayah. Rindu bangat sama diorg. Persiapan raya pun saya buat ala kadar. Beli kuih 2-3 jenis je sebab kakak2 saya dah borong banyak. Kakak saya yang keje bank pembangunan tu plak asyik dapat hamper n kuih raya free je. So, korang tengok la hasilnye dibawah.. banyak gila kuih raya kitorg; itu pun ada lg yg x termasuk dalam gamba dan belum termasuk kuih2 bahulu mak n kuih muih yang mak buat. SESIAPA YANG KENAL SAYA DAN TAHU KAMPUNG SAYA, JEMPUT LA DATANG BERAYA YE! yang penting saya jamin kuih muih kitorang amatlah bermutu tinggi... lalalala


Baju raya? percaya tak kalo saya katakan bahawa tahun ini saya TIADA baju raya! T___________T huhu nak nanges boley??? takpe, awak kan nak kawen.. so berjimat cermat adalah amalan bagi bride to be.. "pujuk diri sendiri". Lagipun seingat saya, masih ada baju kurung yang belum dipakai dalam almari tu.. semalam saya bukak almari yang memuatkan baju2 kurung exclusive saya. Yang tak exclusive diletakkan di almari berasinga. HAK HAK HAK korang dpt bygkan tak brape banyak baju saya? huhu almari tu mmg jaaaaaaarang sangat saya bukak sebab semua baju2 dalam tu ialah baju kurung yang saya akan gunakan untuk pegi kenduri atau majlis2 khas dan memerlukan saya berbaju kurung. Kat opis skrg ni plak, mmg tak pernah pakai la kan.. i kan merempit, kang terbang2 kain i.. hahaha balik pada citer asal. Masa saya belek satu persatu baju2 tu, rupa2nya masih terdapat 4 PASANG BAJU YANG MASIH BELUM DIPAKAI yo! Memang terkejut dan tak sangka la kan.. kira boleh dijadikan baju raya la tu. best.. best.. seumur idop saya tak pernah lagi ada 4helai baju raya tau.



Dari kiri 1) ni kain hantaran btunang aritu. Masa tu dapat 2 pasang, yg satu lg dh pakai ms kenduri cousin Syam.
No.2) yang ni kain murah giler, kakak saya dengan bermurah hati bg. hehe
No.3) Baju ni tak pakai2 sebab tak siap jahit manik kat tangan tu lg. Raya ni boleh la pakai. lg sikit je lg nak siap.
No.4) Yang ni plak kain kakak sy no.4 lak yg belikan masa dia pg terengganu awal tahun aritu.

Banyakkan baju saya. Itulah saya, pakai beli dan tempah je baju2 tu sume tanpa fikir kepentingan.. sampai ada yang tak terpakai.. dalam almari yang sama juga terdapat 4 helai lg kain baju kurung yang belum ditempah. hohoho tggu lepas kawen la tempah. Majlis lagi 2 bulan lg.. dah rasa macam nak tercekik dah nie. huuhuhu saya paling takut kalo saya gemuk sebab baju2 saya sape nak pakai? dalam keluarga saya merupakan yang paling kecik. Lagipun, saaaaaaaaayang la dekat baju2 tu sume sbb majoriti semua baju2 tu ditempah *badan kecik, susah nak beli yg ready made*.


Read more...

Samsung Galaxy TAB P1000 VS Iphone4

>> Monday, August 15, 2011





General Information



Messaging & Camera

Music & Video

Data & Connectivity & Memory

Call Information

Ringtone & Technology



THE WINNER IS
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

IPHONE!!!!!
kerana telah berjaya memikat hati saya. ihikss!



SI PENGALAH TELAH MENJADI HAK MILIK MR SEM. hehehe

Read more...

Mencari Idea - Baju Nikah, Sanding, Btandang

>> Tuesday, July 26, 2011

Pening.. pening.. pening ... haishh! susah btol nak buat keputusan untuk design baju nie.. yer la, asalnya kitorang tak rancang pun nak tempah semua baju perkahwinan ni kan. so, dengan masa yang agak suntuk dan banyak persiapan yang belum dibuat membuatkan saya agak kalut. di ofis ketika tiada kerja, dengan bantuan en google, saya telah jumpe dan save beberapa contoh baju pengantin yang mungkin boleh dijadikan ilham untuk baju saya nanti.

Sebelum membuat baju, pekara pertama yang perlu dibuat adalah menentapkan tema warna untuk majlis dan ia telahpun ditetapkan iaitu Pink+cream (nikah) purple(sanding) dark grey(bertandang) pastu tetapkan material kain yang hendak kita guna. saya pilih lace+ciffon+satin+giant roberto(penganti kepada bridal satin) sbb bridal satin takde warna yang saya inginkan. Cotton n Italian satin utk baju melayu Syam.

Konsep baju nikah, sanding & bertandang saya nanti ialah dress + ala2 gaun kots.. tak pandai sangat la pasal design2 baju nie.. bukan xnak buat baju kebaya atau kurung moden. tapi bagi saya design tu dh biasa sangat saya pakai sbb majoriti baju kurung dalam almari saya tu sume jenis kurung moden. so, untuk majlis yang penuh makna ini saya nak mencipta kelainan. kalo sebelum ini orang tak pernah lihat saya pakai dress dan heels, pada 11/11/11, 12/11/11 & 19/11/11 tu nanti korang akan lihat. cemana agaknye saya? mungkin kekok sekali. hehehe saya teringin nak pakai gaun yang kembang2 warna putih n Syam pakai tuxedo. Tapi mcm tak dapat jerkk :( sob.. sob...

Jom kita memerah idea...




BAJU NIKAH






BAJU SANDING






BAJU BERTANDANG



Creadit pada empunya semua gamba2 ni... saya lupa dah dimana saya ambil.. kat majalah pun ada juga. sori sangat2..

Nak tengok rupa kain-main tu sila klik SINI

Read more...

Virus Berjangkit!

>> Sunday, July 24, 2011

Duhaiii belogg! aku tahu ko marah kan.. marah sebab dah seminggu dah aku x hapdate ko.. sori sesangat yek! maapkan lah aku... aku tak sengaje.. maaf yek maaf... haa camnie la gamaknye kalo blog saya ni idop dan pandai plak nk merajuk2 bila saya x hapdate dia. jenoh nk memujuk. silap haribulan dia x bg saya menconteng, merepek meraban di blog ni lg. haru dibuatnye! hehehehe

Duhai belogg! kalo ko benar2 idop n nak marah jugak, ko marah la mende alah ini : -




Yeah! minggu lepas saya sangat sibuk hingga terleka sebentar dgn penangan novel ini.. huhu ni sume gara-gara satu virus berjangkit yang kian merebak di opis saya iaitu Virus Novel.. hehe hari2 ada je citer pasal novel2 nie sampaikan yang tak minat novel pun dh berjangkit dgn virus itu termasuk la saya.. akhir2 ni diorg sibuk becerita tentang novel 'OMBAK RINDU, CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU' karya Fauziah Ashari yang akan di filem kan pada bulan November kalo x silap. saya baru baca 'OMBAK RINDU & CINTA TIADA AKHIRNYA.. RINDU CINTAKU blom baca lg.. Jom review sket jalan citer dia... Saya copy n paste aje, malas nak citer balik... hehehe


OMBAK RINDU


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



novel 2 : CINTA…TIADA AKHIRNYA


Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.


Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.

Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.
Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri. Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.

Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri. Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya….

novel 3 : RINDU CINTAKU


Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau…. Nyawa?



Pssst : Tak sabar nak baca RINDU CINTAKU... kat MPH dah out of stock! mana nak cari lg ek?

Read more...

3 Bulan 3 Minggu 3 Hari.... T____T

>> Sunday, July 17, 2011

3 BULAN 3 MINGGU 3 hari lagi menuju 11/11/11.. Saat saya bakal disatukan dgn Mr. Sem. Saya sebolehnye taknak fikirkan sangat. takut uu.. nebes... risau.. sume hade'. kenapa plak? bukan seronok ke?? so, patotnye saya akan rasa excited kot! ntah la.. saya tak tahu plak ape perasaan bride-to-be yang lain dalam menghitung hari nie. huhu tp kan, macamana saya taknak fikirkan sangat pasal ni ek? sbb tarikh tu amat penting bagi saya. tarikh yang bakal mencatat sejarah teragung dalam hidup saya selepas tarikh 30/5/2010.. tarikh yang takkan saya lupakan sampai mati. alhamdulillah.. syukur di atas tarikh2 yang indah ini..

Oleh kerana tarikh tu sangat penting dan indah bg saya, saya harusssslah mementingkannye! so, saya harussslah membuat persiapan yang bagus untuk hari yang penting itu kan? persiapan yang bagus plak perlu ada plan aka perancangan yang bijak agar masa tak terbuang dan tidak kelam kabut masa kejadian. *ceh! ayat tak boleh blah.. plan yang bijak konon. geli haku baca balik n kalo Mr. Sem baca dia akan muntah semahunya..* hahaha saya bukanlah sorg yg bagus dalam merancang T__T. Campur... tolak.. darab... bahagi... tambah... @#$T%#%#3..... tinggal lbh kurang 3 bulan lg weii... tp ape persiapan yang dah haku buat??! hurmmm.... ada la dalam 20% je kot. 20%??!!!! so ada lg 80% saya kena settlekan dalam masa 3 bulan ye kawan2... boleh ke??! sama2 kita saksikan.................

So far saya dah beli kain untuk nikah... sanding n bertandang... ye, semua baju2 ketika majlis adalah ditempah sepenuhnya. bukan salah saya.. jangan kata saya mengada2 atau suka membazir.. sebab ini adalah plan Mr. Sem juga. so, kalo nak mengata juga, mengatalah dia skali. itu baru adil!!.. KAH KAH KAH tak baekkk kutuk2 eaa...

Exceli, perancangan awalnya kitorg nak tempah baju nikah aje.. pastu masa survey baju ready made kt butik2 untuk disewa, kebanyakkan baju2 nye seksi2 berlaka.. sume nak kena pakai korset atau inner.. mmg tak la kn dgn size badan saya yg comel nie.. mesti banyak yang nak kena fitting.. nak pakai korset? idok lerr teman. saya tak sesuai pakai korset kot. kalo ada yg sopan2 pun tak cantik n agak mahal la.. so, Mr.Sem buat keputusan untuk tempah.. saya fikir tempah baju nikah + sanding je. baju bertandang sewa.. tp Mr.Sem mcm tak puas hati. "kenapa kndri belah mie je pakai baju tempah, kndri umah syam baju sewa?" gitu la ayat dia.. uiks! mcm x percaya ape yg ku dengar. kesimpulannyer, masa bertandang pun kitorg tempah yer.. saya tak kisah, sangat suka ada lah... boleh design sendiri baju nikah, bertandang n sanding. yahoooo.com.my....

Tema majlis saya ialah, NIKAH = cream + patch work lace pink. SANDING = purple dan BERTANDANG = grey.. jom tengok kain2 yang dibeli..




NIKAH






Material : Lace, Satin and Ciffon





BERSANDING




Material :
Roberto Giant (penganti kpd bridal satin)
Lace, mahal jugak lace kt JAKEL ni..
Net untuk veil + utk yg meleret2 tu.. ape org panggil ek?




BERTANDANG


Lace + Satin + Ciffon




BAJU MR.SEM
Cer tengok kain baju melayu Mr.Sem, plain je.. yg purple tu Italian Valentro satin namanya. Jenis yang tak kilat. boleh pakai bila2 masa katanya.. yg grey tu plak jenis cotton. saya snap kt tulisan exclusive tu biar nampak canggih la sket kn.. hehe baju nikah sama jenis cam yg purple tu tp kaler cream la.. sebiji cm baju nikah saya kt atas tu.

Read more...

Cuci Mata - BeRtUn@Ng

>> Wednesday, July 13, 2011



The power of make up. Masa ni abang2 yg make up kan.. masa kawen nnti Mr Sem dah bg warning.. WAJIB AMBIK TUKANG MAKE UP POMPUAN.. ye baik syam... T_____T



Sesi menyarung CINCIN bukti ikatan.. tapi tak pakai pun.. tabik sama Mr Sem yang tak pernah lekang cincin tunang dijarinya. Teringat masa dia jatuh excident aritu. "Syam : jam pecah; alhamdulillah cincin tunang ok..." huhu cincin itu yg dirisaukannye...


Bakal Ibu Mertua saya sangat sporting.. luv her so much. Muahhhh! Makcik2, jangan marah tau kalau saya katakan yg saya tak pandai masak sangat T_________T..




Saya dan En Tunang/MrSem/Syam = Muhammad Syamsul Azwan b. Noorazmi. Love Love Love him sooooooo muchh. khik khik khik




Siapa mahu sewa baju tunang saya, sila email saya di - ms.umie@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~ SEKIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Read more...

Bertunang????!!!!!!!

>> Monday, July 4, 2011

Bertunang? btol ke umie dah bertunang? senyap2 je kan... hehehe memang saya tak heboh2 pun pasal nie.. yang tahu pun berapa kerat je. saje malas nak kecoh2 masa tu. kan saya dah cakap ofis saya dulu ada 'orang' yang busuk hati dan suka jaga tepi kain orang lain. so, that y saya tak kecoh2 sebab taknak sampai 'orang tua' tu tahu.. tp akhirnye dia tahu jugak.. itupun dah selepas betunang la. ntah dr mana dia tahu saya pun tak tahu. kecoh! ok la, lupekan pasal makcik tu.................. Saya mintak maaf sangat2 pada yang bekecil hati atau anggap saya ketepikan kawan2 sebab tak bagitahu pasal pertunangan saya tu. saya teruk T_________T . Tapi bila fikir2 balik ape lah salahnye kalo saya bagitahu n jemput diorg. Erm, mende dah berlaku.. tak boleh nak patah balik. Tapi kalo dapat, saya nak aje... cam tak puas plak bertunang aritu.. best la jd perhatian.. ramai yg snap gambar i, terasa glamor u... sugguh!!

Meh saya citer serba sedikit tentang majlis pertunangan saya.. Oleh kerana terlalu excited, saya dan Mr.Sem (en.tunang) telah menempah baju tunang 7 bulan sebelum majlis. hehe macam mengada2 je nak tempah bagai kan.. sbb ada je org pakai baju tunang ready made. Dah la murah, cantik pulak tu. Ini harga kain + tempah sahaja harga cecah RM 5++. Mahal kan. Now, baju tu dok terperuk dalam almari. Ntah bila nak pakai semula.

Hantaran plak 100% buatan air tangan sendiri *macam masak plak. huhuhu* pepon bagi saya, kos buat sendiri n tempah lebih kurang je.. cuma bila kita buat sendiri ni terasa lebih bermakna, pastu nanti en. tunang n bakal keluarga akan puji2. Pandainye bakal menantu aku ni menGUBAH. kui kui kui perasan.. perasan.. perasaan semata2. KAH KAH KAH.................... makan2 plak saya tak perlu fikir langsung sebab ayah tercenta telah mensponsor bab makan memakan. tq! ayah..

Tapi kan.. tapi kan... agak terkilan la apabila apa yang dirancang 'tak menjadi' kan? seperti tak dapat nak tempah mini pelamin idaman. Mini pelamin saya biasa sahaja... last minute punya kerja.. itupun 'hasil tangan abg ipar saya'. Masa tu sume org masih dalam mood raya so kedai2 pelamin sume masih tutup. Kenapa tak tempah awal? sebabnye.... majlis dibuat di kampung saya di perak, manakala saya pula di sini(KL). Mcm x berbaloi nak balik perak semata2 kerana pelamin kn. so, dalam hati pk, balik raya je la tempah. hehehe... tak terfikir plak org sibuk beraya kn.. padan muka saya. T______________T ........................................ pastu kan, agak terkilan sikit sbb rombongan lelaki sampai awal sangat. Masa rombongan lelaki sampai, saya br nak mula make up. Nasib baik tukang make up ni pro, saya selesai make up n pakai baju sume tepat pada masanya iaitu selepas selesai perbincangan antara keluarga saya dan keluarga Mr Sem. Fuh! semangat.. cuma terkilan sebab tak de majlis minum petang sedangkan persiapan utk itu telah disediakan. erm, ape nak buat; mende dah lepas..

Perasaan selepas bertunang? herm..... biasa je kot. Cuma kena sedar diri sikit la.. Tak bley gatal2 dan gedik2 dgn lelaki lain dah *hehehe aku mmg bukan jenis mcm tu pun*. Mungkin Mr sem lebih terasa sebab sekarang dia kena lebih bertanggungjawap terhadap saya. Pompuan? So far saya yakin tunang saya bukan kaki pompuan.. Boleh kira brape kerat je kawan2 pompuan dia, lagipun i know what he do everyday... aip! aip! aip!bukan control ye tp memang sifat semulajadi dia memberitahu saya apa xtvt dia setiap hari dan itulah salah satu sebab kenapa saya sayang gila sama dia walaupun dia tak romantik. lalalala

Sekarang kami dalam proses membuat persiapan menuju ke alam rumahtangga. *wink*.. cewah! Seronok nye bila dapat buat persiapan bersama2.. masa nie pasti akan ada pendapat masing2 dan mungkin ada kehendak yang berbeza dan mungkin ada sedikit pertelingkahan. Itu mungkin la... pepon, jom ikuti perjalanan kami dalam membuat persiapan untuk majlis nanti... ZaASssss!

Read more...

Senang selepas susah..

>> Thursday, June 30, 2011

Learn from the past.. Enjoy the present.. Plan for the future....



Ini kira moto/slogan bagi blog saya yang DULU.. kata2 inilah yang saya guna untuk motivate diri saya waktu itu dan kata2 ini akan terus saya sematkan dalam diri saya sekarang dan akan diturunkan pada bakal anak2 saya kelak.. (^.^) Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran.. feeling lagu ni jap. lalala.. korg sambung la plak ape lirik seterusnye.. saya tahu tang corus jek kot. . so, Setiap kejadian yang pernah menimpa diri, jadikanlah ia sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk lebih mematangkan diri kita. Anggaplah setiap pengalaman pahit yang kita alami sebagai salah satu cara Allah mendidik kita untuk menjadi lebih gigih dan berjaya. dan yakinlah sesudah kesulitan itu ada kemudahan.. :)

Ini terbukti pada saya, kalau dulu saya rasakan susahnye hidup ini.. kejamnye manusia di sekeliling saya dan mcm2 la lagi ayat2 yang x matang keluar dr kotak hati saya. hehehe sekarang diusia 27 tahun nie *dah hampir nak suku abad tu* saya dapat rasakan kehidupan saya semakin hari semakin mudah, semakin hari semakin gembira, semakin hari semakin cinta, semakin hari saya rasa dekat dengan kebenaran... Terima kasih ALLAH.. banyak plak semakin harinye . hehe nak tahu ape rahsianya? jawapannya 30:30. nak tahu apa itu 30:30? nnti kita bcakap di belakang tabir.. tapi itulah rahsianya... sumpah x tipu. Thehehee.. kemudahan, kesenangan, kebahagiaan itu juga dapat dilihat pada en tunang saya Mr Sem. Owh, dah bertunang ke Cik Umie nie? Ya, udah.. udah ditunangi pada 18/9/2010.. nanti saya citer pasal tunang saya yer..

Back to da point... sebenarnye saya nak citer pasal tempat kerja baru saya iaitu MyEG. Pada asalnya saya memang tak terfikir langsung yang saya akan bekerja disini.. Ingatkan dapat la rehat lama sket kat rumah lepas benti dr MKL tu. Tapi mungkin ini ketentuannye.. Allah mempermudahkan saya dalam mencari rezeki. Dan doa saya termakbul. alhamdulillah....

Kerja kat sini sangat berbeza dari tempat kerja saya sebelum2 nie.. dan inilah kerja yang saya rasa paaaaaaaaaaaaling senang dan tak tension. Maknenye, kalo balik umah tu dah boleh tido dengan tenang tanpa memikirkan tentang kerja. Sabtu ahad juga tak perlu susah2 nak pergi kerja untuk OT macam dolu2. Sampikan saya terpaksa menyepikan diri dari berblogging.

Opis mate saya juga sangat best! sporting, happening, caring, Loving... loving kah? ada la sket kot! KAH KAH KAH.. Mereka2 ni, kalo time lunch mesti turun bersama2. Jarang saya jumpe group department camni tau. Pastu kalo ada rasa x puas hati antara satu sama lain sekalipun takde simpan dalam hati. Kira, abes disitu je la. Takde meleret2.. *berbeza btol keadaan di tempat keje lama* Baru2 ni diorg pegi genting ramai2. Best tgk gambar2 masa diorg pegi. Saya tak pergi sebab ada hal masa tu.. harap next time dapat join mereka. Jom layan gamba2 saya n opis mate saya di unit Operation, MyEG...



mem'poyos'kan diri..



makan same2... *ni meja makan kitorg kat balconi bangunan KPMG*



Ni time lunch kat luar. selalunyer makan kt OU. Itu je yg dekat pun..





Psss : Semoga kehidupan anda juga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. ameeennn

Read more...

Penghargaan buat mereka.

>> Monday, June 27, 2011

Kalo korg perasan, template blog ni sama macam template blog saya yang lama LIFE MUST GO ON .. saya sengaja guna template yang sama sebab seperti yang pernah saya katakan bahawa saya amat sayangkan blog lama saya. Banyak kenangan2 di blog tu. So, untuk menghargainya saya akan mengekalkan konsep template yang sama walaupun template tersebut versi classic dan agak susah bg saya yg rabun IT ni bila nak masukkan codding2 yg pelik2.. takpe, saya tak kisah.

Dan... kalo korg perasan juga, kat ruang 'zon lepak' sebelah kanan nie.. itulah senarai kawan2 yang pernah saya kenal sejak berblogging tahun 2005 *kalo x silap*, ada yang saya dah jumpa ketika xtvt2 msjbox dan ada yg belum sempat nak berjumpa. Dulu, mereka itu tak jemu2 singgah di blog saya bertanya khabar n mendoakan saya. Sebagai penghargaan dan supaya saya tak lupa akan mereka, saya add link blog mereka di ruang itu. Saya rindu dan sayang mereka.

Semasa proses 'pembuatan' blog baru nie, sempat saya klik satu persatu link2 yang tertera diruang itu. Sedih rasanya.. hampir 80% blog rakan2 yg pernah saya kenal dah tutup dan tak aktif lagi. Kemana mereka pergi agaknye? dah tukar link blog baru ke? atau dah pencen dari menjadi blogger? erm, agaknye inilah persoalan2 yg timbul pd diri mereka semasa saya tidak meng'aktifkan diri dari berblogging dlu.. blog masih wujud, tp tak berupdate.. kalo boleh nampak, ntah brape banyak sawang kt blog tu. hahahaha dan untuk penghargaan dan ucapan terima kasih buat mereka, link2 tersebut juga saya takkan buang buat masa ini. Terima kasih kawan2.. semoga kalian sihat dan berbahagia dengan kehidupan masing2. ameeen ya rabb.



Tinggal kenangan Msjbox Gathering 2007

Read more...

Cerita 2 hari lepas..

>> Sunday, June 26, 2011

Assalamualaikum.. morning sumer.. cepatnye dh masuk hari isnin kan? udah la ujan pepagi nie.. lagi la rasa malas. huhuhu ms OTW datang opis ada xcident kt terowong penchala, dasyat gak la smpi tercabut tayar.. nasib baik kete merch, kalo kete m'sia agaknye dah hancur kt blkg tu kot. dup dap dup dap jantung sy masa lalu di tempat kejadian. alhamdulillah pemandu dia ok. bantuan pun dah sampai masa tu. so, nak tolong ape kn? menyemak bole la.. kui kui kui melalut plak..

Ayut a.k.a Fairuz dia ni besf friend a.k.a opis mate sy masa kat Muzium Telekom dulu.. hampir 5 tahun kenal dia n kami sangat serasi bersama. Masa kat Muzium dulu dia la teman sarapan, lunch n teman suka n duka sy. siap ada yg dengki n busuk hati melihat keakraban kitorg. sampai jd isu la dalam meeting. bodoh kn! suka hati kitorg la nak rapat dgn sape pun.. ok, melalut lagi. back to the point.. eceli, sabtu haritu sy jumpe ayut. saje teman dia pegi pameran pengantin kat mara tu. lepas benti keje kt Muzium bulan januari haritu, ini lah kali pertama jumpe dia. Mcm dlu jugak, vouge da vas! hahaha





TQ sbb banje ayam penyet

Pameran pengantin ni merupakan pameran yang ke-5 sy pegi dalam tahun nie. Sama je mcm pameran yg lps2. Takde special mana pun. pakej mahal jugak.. cuma masa 1st pameran yg sy pegi kat PWTC april aritu ok sket kot. masa tu sy ada booking pakej kad kawen n pakej pelamin. Tapi cam nak cari pelamin kat butik lain je. erm, tgh survey lagi.

Msjbox.. Msjbox... hehehe baru je mengaktifkan diri bersama Msjbox, semalam 'kak retna' dah ajak lepak. Terasa bertanggungjawap plak utk pergi. even masa tu sy sibuk uruskan mini besday party utk anak buah sy. yer la, sy fikir.. kalo sy x jumpe semalam ntah bila lagik sy dapat jumpe kan.. walaupun sekejap, sy rasa puas.. masa kejadian, warga2 msjbox yg ada ialah bos Msjbox a.k.a 'Jun', kak diella n anak2nyer.. jun bawak khayla, comeinye anak dia. bulat2.. ikut muka mamanya 'kak carneyz' agaknye. 7kg di usia 6bulan tu.. kalo setahun brape kg plak khayla? boleh ke untie dukung lagik... huhuhu








Kak diella ambk gambo2 nie.. TQ!


Read more...

I'm back..

>> Thursday, June 23, 2011




Assalamualaikum.. kepada pembaca2 setia blog ni.. *Ceh! macam ada je.. dah nak masuk 3 tahun dah blog nie aku tinggalkan tak berupdate, nak ada pembaca setia. kui2...* Ok la, mie taknak bebel panjang, just nak inform yang mie dah buat blog baru... so, blog yg satu ni mungkin takkan berupdate lagi.. pembaca2 skalian boleh la membaca kesinambungan kisah idop mie yang tak berapa best sangat ni di blog :


'ALL ABOUT ME & US'


Read more...

New born... ok la kot tajuk nie.

Dengan lafaz bismillah hirrahmanirrahim... assalamualaikum sume. Sudah 3 tahun lebih saya meninggalkan dunia blogger, sudah 3 tahun lebih saya tidak join mana2/ape sahaja xtvt2 yang 'Msjbox' adakan, sudah 3 tahun lebih saya tidak jumpa warga2 msjbox yg dahulunya merupakan sebahagian dari hidup saya.. *Dalam masa terdekat ni nak aktifkan 'Msjbox' semula* tapi kenapa ye? semuanya berlaku setelah saya diterima bekerja di bawah pengurusan Menara Kuala Lumpur iaitu Muzium Telekom.

Sebab itu kah? bagi saya, saya katakan 'ya'.. bekerja di Muzium Telekom memang mencabar minda n jiwa . Penat! penat melayan orang2 yang busuk hati lagi mennyakitkan hati. Sampaikan segala tindak tanduk/ape yg saya lakukan menjadi perhatian. Tapi, tak ape la.. itu semua cerita lama. Sekarang saya dah x keje kat situ lagi.. alhamdulillah i've got my happiness now....

Saya dah buat blog baru... blog lama 'Life Must Go On' saya takkan delete. Saya sayang blog tu walaupun dah tak ada org masuk n baca cerita2 saya. *kalau dah asyik cerita yg sama je, mestilah org bosan nak masuk n baca, hehe...* saya sayang blog tu sebab itulah blog pertama saya yg saya betul2 serius berblog. sebelum tu ada jugak guna blogdrive, tp tak best sepertimana 'Life Must Go On'...

'Life Must Go On' seolah2 memberi kekuatan utk saya mencari 'real happiness'...

*Bersambung....

Read more...

ALL ABOUT HIM

>> Wednesday, June 22, 2011

Cause I'm all about him him him him him
And his all about me me me me me
And we don't give a dang dang dang dang dang
About nobody-e-e-e (x2)

Well
Had him shooting for me like a ball team
Every guy was a knock out, Don King
But none of um had smarts
That's my thing
It's not enough to have balls
Spalding
One day by starbucks
I bumped into a guy rocking black chucks
He said excuse me beautiful

I said "aww shucks"
Then he asked "well, ay wanna grab lunch?"

Never ever ever met a guy so fly
Got me hooked like apple pie-i
Think I'm falling and I dno why
But I won't fight these butterflies

Cause I'm all about him him him him him
And his all about me me me me me
And we don't give a dang dang dang dang dang
About nobody-e-e-e (x2)

And I swear what we have is just super cool
The way his always in my head like a bluetooth
I got a text from him he said come through
Told me that he wants to kick it kunfu
Don't do nothing much at all
Just we and his boys watching football
He asked for a kiss and so I gave him two
He said "well thank you baby"
I said "you're welcome boo"

Never ever ever met a guy so fly
Got me hooked like apple pie-i
Think I'm falling and I dno why
But I won't fight these butterflies

Cause I'm all about him him him him him
And his all about me me me me me
And we don't give a dang dang dang dang dang
About nobody-e-e-e (x2)

No I don't need no fancy cars
And I don't need no diamond rings
My babys all I need and more
Cause I don't need those extra things

It's not about you (it's not about you)
It's not about them (it's not about them)
It's all about me (it's all about me)
And it's all about him (it's all about him)

Yeah (x12)
Said it's all about him

Cause I'm all about him him him him him
And his all about me me me me me
And we don't give a dang dang dang dang dang
About nobody-e-e-e (x2)

Cause I'm all about him
Cause I'm all about him
I'm all about him
We don't give a dang dang dang
It's all about you
It's all about you boy
It's all about you

Read more...

DURIAN PARTY

>> Friday, July 24, 2009




MUZIUM TELEKOM merupakan sebuah muzium telekomunikasi interaktif yang mempamerkan bahan – bahan sejarah telekomunikasi negara lebih 120 tahun, bermula dari zaman kod morse, sistem wayarles, telegraf hinggalah ke zaman digital dan jalur lebar.

Sempena dengan ulangtahun MUZIUM TELEKOM ke-15 tahun, pihak MUZIUM TELEKOM akan dengan kerjasama FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority) salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani akan mengadakan ‘DURIAN PARTY’ @ MUZIUM TELEKOM iaitu jualan buah - buahan secara besar – besaran pada :
Tarikh : 29 & 30 Julai, 2009
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 10.00 pagi – 7.00 petang
Lokasi : Dataran Muzium
Beberapa program telah diatur sepanjang acara ini berlangsung untuk para pelawat . Antaranya adalah :

a) Bayar RM15 untuk makan durian sampai kenyang
b) Jualan Mega Buah – Buahan Tempatan
c) Kuiz
d) Teka Berat Buah
e) Pertandingan Karaoke
f) Pertandingan Gubahan Makanan Berasaskan Buah – Buahan Tempatan
g) Pertandingan Mewarna untuk pelajar sekolah


Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan informasi lebih lanjut tentang pameran, produk dan promosi yang dijalankan oleh pihak
MUZIUM TELEKOM seperti :

i) Sejarah Telefon Awam.
ii) Kabel Dasar Laut & Bawah Tanah
iii) Sejarah Operator
iv) Pakej “Nite @ Muzium Telekom” (Pakej Pelajar / Kumpulan)

Untuk pengetahuan semua, COO MUZIUM TELEKOM Encik Mohd Affandi Abdullah akan ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 pada 28 Julai 2009 , jam 8.00 pagi sempena ‘DURIAN PARTY’ @ MUZIUM TELEKOM selain dari promosi lanjutan untuk produk – produk dari MUZIUM TELEKOM sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam, Acara & Pemasaran MUZIUM TELEKOM ditalian 03 – 2031 9966, faks 03 – 2031 5925 atau di www.muziumtelekom.com.my

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi ‘DURIAN PARTY’ @ MUZIUM TELEKOM .

Sekian, terima kasih.

Read more...

Selamat tahun baru & azam mie..

>> Tuesday, January 1, 2008

Cepatnya masa berlalu.. dah sebulan lebih mie tinggalkan blog nie dalam keadaan tak berapdate. 2007 pun dah berlalu.. harap masih tak terlewat untuk mie mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua rakan2 bloggers dan sume rakan2 yang tak jemu2 singgah di blog mie nie. Terima kasih yer kengkawan kerana tak jemu2 kesini.

Mie taknak lah cerita kenapa mie dah jarang nak apdate blog skrg nie. Pada sesiapa yg tertanya2 dan musykil tu harap hentikan dari terus berperangsangka yg bebukan. Sebab ianya takde kena mengena dengan sesiapa. Tengok lah! kot2 masuk tahun baru nie mie akan kembali aktif berblogging macam dedulu ke.. hehe.

Hujung minggu aritu mie telah pulang ke kampung kerana bapa saudara mie meninggal(abang sulung ayah) arwah meninggal kerana sakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.. di tambah dengan usia yang yang menjangkau 84 tahun. antibodinya pun maybe dah lemah nak lawan penyakit2 nya tu. al-fatihah untuk arwah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Insya'allah.

Masa hari kejadian, mie telah terserempak dengan kak zura. Tak sangka leh jumpe dia kat kampung.. dari situ, sah/kompon lah bahawa kami sememangnya punya pertalian. Sedara jauh2 mungkin. Sbb ayah kata dia kenal ayah kak zura tu. Kecoh skejap mak kak zura n mak mie becerita kat sedara2 yg ada ketika itu tentang pertemuan kami di KL.

Sempena tahun baru nie mie telah cipta satu lagi azam iaitu meningkatkan keperihatinan terhadap ayah dan mak.. (betul ke ayat mie nie?) hehehe maksudnya mie akan memberi tumpuan lebih dari yang biasa pada mak & ayah. Lebih2 lagi terhadap tahap kesihatan mereka. Ada 2-3 lagi azam baru mie. Segan lak nak cerita... ihiks! (bukan nak KAWEN ea... :p)

Gambar diambil masa kenduri kawen kakak mie aritu.

Pssstt : Baru je jumpe mak & ayah.. tapi rindunya pada mereka bagaikan setahun x berjumpe.

Read more...

Cerita dh lapuk - Tentang Aidilfitri

>> Thursday, October 25, 2007

Bismillahirrahmanirahim.... & Assalamualaikum sumer!
Waaa, lamanya mie tak apdate blog nie.. msg2 kat msjbox pun banyak tak terjawap.. maaf yer sumer. Nie mie nak citer serba sedikit tentang sambutan Aidilfitri mie tahun nie. Erm, rasanya macam dah agak terlewat untuk mie cerita kan? Tapi, demi untuk tidak menghampakan sesiapa yg nak sangat tahu sambutan Aidilfitri mie tahun nie, mie ceritakan juga la. so, layann jer la yerk....

Alhamdulillah.. ntah kenapa mie merasakan Aidilfitri tahun nie lebih bermakna, sempurna dan gembira sangat dari tahun2 yang lepas walaupun masa untuk bersama seluruh ahli keluarga terasa amat singkat berbanding tahun2 yang lalu. Mie pulang ke kampung petang khamis 11 okt lalu(selepas tamat waktu kerja) bersama kak tun & tunangnya. Keadaan jalan menuju ke PERAK agak sesak ketika itu membuatkan kami tiba di kampung agak lewat ketika itu(kira2 jam 11.00pm)

JUMAAT-12 okt
Memandangkan mie merupakan ahli keluarga yg akhir2 sekali pulang ke kampung, tak banyak persiapan yg perlu mie lakukan kerana kakak2 & bibik yg pulang lebih awal telah melakukannya. Kesian diorang.. selalunya tiap kali raya, bab2 kemas mengemas nie akan dilakukan oleh mie. Cuma jika ada yg tak betul tu mie ubahkanlah sikit2.

Seperti tahun2 yang lalu, lemang dan ketupat menjadi menu wajib dibuat oleh kami. Antara 2 menu tu mie lebih berminat pada ketupat palas. Sedap sangat bila di cicah dengan rendang. yummy!



Pada malam raya plak seperti dah jadi satu kewajipan bagi abang mie melayan kerenah anak2 buah mie bermain mercun dan bunga api. Naik pekak la telinga nie dengar bunyik mercun2 diorang tu berselang seli dengan bunyi mercun dari kampung sebelah. Geram! nak hayati takbir raya pun tak tenang. ihiks..



HARI RAYA PERTAMA
Program dipagi raya tak ubah seperti orang lain kot. Lepas je semayang raya, kami adik beradik berkumpul di ruang tamu bagi sesi salam bersalaman dengan mak&ayah. Dimana ia merupakan salah satu program yg mie nanti2 kan bila tiap kali aidilfitri menjelma. Saat tu mie rasakan mie merupakan seoarang yang sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga tu. Syukur sangat! saat itu juga jelas kelihatan air mata mak&ayah bergenang. Mungkin air mata kebahagiaan atau mungkin juga sebaliknya. Lepas selesai xtvt salam bersalaman itu, kami ziarah kubur sedara mara yg telah kembali kerahmatullah terutama kubur arwah kakak sulung mie.. semoga beliau tenang dan berada bersama2 orang2 beriman di sana. ameeen.


Sebaik pulang dari kubur, kami singgah rumah saudara mie. Tak sempat nak lepak lama2 ayah dah panggil balik umah. Ada orang datang beraya katanya. Sejak dari saat tu, tak putus2 orang datang. Nasib baik ada bibik. Kalo tak, kelam kabut juga jadinya.. mana taknya, sekali orang datang sure penuh ruang tamu tuh. hehehe terasa meriah jerk umah. Dipendekkan cerita masa hari raya pertama tu kami adik beradik tak sempat nak beraya kemana2 la. Sebab orang datang sampai malam.

Hari Raya kedua juga seperti hari raya pertama. Orang masih datang dan datang berkunjung ke rumah. Raya Ketiga, keempat baru kurang sket tetamu yang datang. Dari situlah kami adik beradik mengambil kesempatan untuk keluar menziarahi sedara mara dan jiran2.

HARI RAYA KELIMA(SELASA)
Mie sepatutnya pulang ke KL. sebab keesokkannya mie dah mula kerja. Tetapi memandangkan cuti adik beradik mie yang lain masih panjang, mie dikehendaki pulang sendirian. Iye la, mie kena fikir gak.. takkan kerana mie diorg semua kena ikut pulang KL sedangkan cuti mereka masih panjang kan. So, nak taknak.. mie kena balik sendiri menaiki bas. Tapi nasib tak menyebelahi mie. Tiket bas sume dah habis. Mie takde jalan lain melainkan mintak cuti utk keesokkan harinya. Mak juga menasihati mie agar bercuti kerana kesihatan mie yang mengizinkan ketika itu.

HARI RAYA KEENAM(RABU)
Alhamdulillah mie selamat sampai ke KL kira2 jam 12malam dan bersedia untuk memulakan tugas di MUZIUM TELEKOM keesokkan harinya.. :)

Psstt : Dah lama wat entri nie benarnya.. hari nie baru sempat publish. Ihiks!

Read more...

TAG : Peristiwa Puasa/Hari Raya Yang Tidak Dapat dilupakan

>> Sunday, September 30, 2007

Beberapa hari lalu En. Adik Topek telah mencipta virus TAG dan dengan sesuka hatinya telah menyebarkan virus tersebut pada mie.. dan hari ini dengan setulus hati mie ingin menjawap TAG yang bertajuk PERISTIWA PUASA/HARI RAYA YG TAK DAPAT DILUPAKAN.

TAHUN 199.. *tak ingat la*
Gembira sangat sbb mak belikan kasut raya tumit tinggi. Memang cantik la kasut tu. Warna pink gitu! Kalo tak silap harga dia dalam 13 ringgit gitu la. So, menjelang Hari Raya tu mmg melaram habis dengan kasut baru tuh. Siap ada beg tangan lagik utk isi duit raya.. hahaha. Kebiasaannya bila tiap kali tiba hari raya mie & budak2 kampung akan beraya SAKAN dengan mengelilingi kampung. Bila dah keliling kampung tu duit raya sure dapat banyak kan.. itu yg bestt tuh! So, tak kisah la jalan jauh sket pun.. TAPI malangnya hari itu.. tengah2 beraya SAKAN tu, tiba2 kasut tumit tinggi mie putus.. Sudahnya mie balik berkaki ayam kerumah. sedih sangat! Sepanjang perjalanan mie nangis masa tu. Balik umah mak pujuk tuk beli kasut yang baru esoknya.

TAHUN 2001
Tahun terakhir mie bersama member2 di MTI.. kebetulan peperiksaan SPM tahun tu jatuh pada bulan puasa. So, ia merupakan satu pengalaman yg sudah pastinya tak dapat mie lupakan. Bagaimana tiap2 hari kami beramai2 berjalan kaki dari asrama(Batu 8) ke bazar ramadhan yg terletak di simpang 3 changkat jering. Lebih kurang 30 menet perjalanan kot. Lepas tu, berkumpul ramai2 kat surau asrama dan berbuka bersama2. Indahnya terasa ketika itu..

TAHUN 2002
Gara2 lambat beli tiket balik kampung, buat pertama kalinya mie beraya di kampung owang lain iaitu kampung abg baha(ipar) di Sungai Besar. Uwaaa..... :(( memang sedih sangat masa tu.

TAHUN 2005
Seperti yang dah mie ceritakan dalam entri yang lepas.. tahun 2005 tu mie beraya dalam keadaan hati yang remuk rendam(patah hati). Mana taknya baru seminggu di kecewakan oleh lelaki tu. Badan pun kuuurus sangat masa tu *38kg je!.. macam berat anak kucing je rasanya*. Mana taknya, seminggu sebelum tu mie hanya minum air dan beberapa suap nasi. Mmg ilang teros mood nak raya. Kebiasaannya.. Pagi hari raya tahun sebelumnya, lelaki tu pasti akan talifon mie dari JEPUN wish 'Selamat Hari Raya' tapi pagi raya tu dia tak call pun *mie tertunggu2 la jugak panggilan dari dia*. erm, teruk kan penangan putus centa nie. Fikir2 balik rasa macam diperbodoh2kan je. Sepatutnya masa dia mintak breakup tu mie ketawa dan melompat suka hati. Sebab dia langsung tak sesuai utk mie. Hehehe teremo plak mie nie :p

Erm, dah 23 tahun mie idop kat dunia nie.. banyak lagik rasanya peristiwa di bulan puasa/raya yg tak dapat dilupakan.. untuk menjawap TAG En. Adik Topek nie rasanya cukup la kot. Nak tau lebih banyak nanti jumpe, akak citer.. alamatnya 3 hari 3 malam tak habis2... ihiks!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

ESOK MIE AKAN MEMULAKAN KERJA DI MUZIUM TELEKOM... DOAKAN MIE HAPPY KEJE DI SANA KEY!




Psstt : Sowie sume.. kerana tak sempat nak singgah semua blog. mie kena tdo nie.... esok kena bangun pagi. kejut umie tau!

Read more...

Kisah lalu - antara aku dan dia..

>> Tuesday, September 25, 2007

Semalam.. ketika mie berbual2 dengan salah sorg drp kawan mie kat YM.. tiba2 dia bagi mie URL friendster 'seseorang' untuk mie buka. Ingatkan sape la punyer.. sebab kat URL tu ada tertulis perkataan sayangyin. Sekali mie bukak, terpapar di badground friendster tersebut gambar seorang lelaki yg aaaaaaaamat mie kenali bersama seorang wanita. Mereka kelihatan mesra sekali. Dah lama tak menatap wajah lelaki ini.. Lelaki pertama pernah singgah dihati mie.. Lelaki yang mie pernah sayang gila2 dulu.. Lelaki yang banyak berjanji serta bagi mie harapan.. dan lelaki itulah juga yang telah kecewakan mie hidup! hidup!.. Lelaki yang langsung tak tahu menghargai kasih sayang mie.. Lelaki yang tak pernah memohon maaf dan langsung tak pernah cuba memperbetulkan kesilapannya. Itulah kali pertama mie merasakan sakitnya pabila putus cinta hingga wujud rasa dendam dan benci terhadap dia satu ketika dulu..

Malam 20 Oktober 2005...
Seminggu je lagik nak raya. Dia berubah! dia suruh mie melupakannya.. Langsung tak dinyatakan sebab kenapa dan mengapa dia berbuat begitu. Bila ditanya samada dia punya gf baru, dia menidakkannya.. "Sudah la tu.. sudah la.. die malas nak pk2 dah la.." itu je jawapan dia berkali2. Ntah kenapa peristiwa malam tu terasa segar je dalam ingatan nie. Kadangkala terasa sedih sangat.. kenapa tergamaknya dia buat begitu pd mie.. ape dosa mie pada dia.. sampai sekarang mie tak tahu. Padahal 2-3 hari sebelum tu hubungan kami sangat baik seperti biasa. Berbual di YM dan Skype. 2-3 hari sebelum itu juga mie telah poskan serunding ikan bilis buatnya.

Itulah malam yang paaaaaaling teruk mie rasa. Ntah berapa jam mie menangis membuatkan abg zely menyedarinya *mungkin tangisan mie agak kuat ketika itu* ketika bersahur pagi tu..

"Tadi abg zely ada dengar org menangis dalam bilik hang. siapa yg nangis?"
"Owh ye ke? tak tahu la"
mie menundukkan muka mie sedikit. konon nak sorokkan mata yg bengkak tu. tapi akhirnya terkantoi juga..
"Hang ke nanges? kenapa? gaduh dengan Kak Tun ke?"
Masa tu air mata nie laju je turun. Tak sempat nak menjamah sesuap nasik pun. mie bangun meninggalkan meja makan belari ke bilik dan mennanges lagik...

Pagi 21 Oktober 2005
Mie keluar dari bilik dan berlagak seperti tidak berlaku ape2 semalamnya.. tapi mie tak mampu sorokkan mata mie yang bengkak itu. Pada pagi itu juga abg zely dan kak lah bersiap2 untuk pulang ke kampung abg zely kerana mereka akan beraya di sana dahulu. Mie cuba mengelak dari bertembung dengan mereka dengan membasuh baju di belakang rumah. Betapa prihatinnya abg zely ketika itu.. dia tanya mie sekali lagi...

"Kenapa semalam?"
"Takde ape2"
*air mata mula bergenang*
"Abg Zely mintak maafla kalo umie rasa abg zely nie busy body.. nie pun sebab Kak Lah hang yang suruh abg zely tanya hang kot2 hang ada masalah ke ape"
"Takde pepe la.. cuma sedih sbb ada member rapat meninggal"
ntah bagaimana terkeluar kata2 berunsur penipuan itu.
"Owh ye ke? takpe la kalo macam tu.. cuma abg Zely nak nasihatkan, tak elok menanngis lama2.."
abg zely berlalu pergi dan mie menangis lagi...

Sampailah saat ini tiada seorang pun daripada ahli keluarga mie tahu apa berlaku pada mie malam tu. Kadangkala ada juga mereka bertanyakan tentang hubungan mie dengan lelaki tu. jawapan mie hanya OK jer.. biarlah.. biarlah mie tanggung sendiri. Hampir setahun juga la mie cuba membuang dia jauh dari sudut hati mie hingga mie bertemu dengan MFS yang juga turut meninggalkan mie pada akhirnya.. tapi syukurlah! perpisahan kali ke-2 langsung tidak menggugat emosi mie. Mungkin pengalaman sebelum tu membuatkan mie berfikir lebih matang dan dapat mengawal emosi mie dengan baik.

Kini semua tu dah jd kenangan buat mie. Kenangan yang mungkin takkan dapat dilupakan dalam hidup mie. Kawan mie ada bertanya tentang perasaan mie apabila melihat gambar tu. Mie senyum sendiri. Sungguh! tiada secalit pun rasa sakit hati, cemburu, marah atau sebagainya.. "Kenapa mie harus cemburu? mie dah bazirkan masa mie hampir setahun kerana memikirkan tentang dia.. kini mie harus pandang kedepan. Mie taknak kenangan masa silam mie merosakkan mood mie yang sedang BAHAGIA ini.. lagipun, mie tahu dia juga sedang bahagia kerana mie juga pernah mendoakan kebahagiaanya... :)

Di curik di friendster lelaki tu.. harap2 dia tak dakwa mie nanti. ihiks!



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita...

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka...

Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.. Insya'allah.


Psstt : Mie bahagia kini walaupun tanpa cinta seorg lelaki. Namun bukan bermakna mie akan terus begini. Insya'allah mie yakin, pasti ada seseorang yg bisa membahagiakan mie satu hari nanti. kan?

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP