Virus Berjangkit!

>> Sunday, July 24, 2011

Duhaiii belogg! aku tahu ko marah kan.. marah sebab dah seminggu dah aku x hapdate ko.. sori sesangat yek! maapkan lah aku... aku tak sengaje.. maaf yek maaf... haa camnie la gamaknye kalo blog saya ni idop dan pandai plak nk merajuk2 bila saya x hapdate dia. jenoh nk memujuk. silap haribulan dia x bg saya menconteng, merepek meraban di blog ni lg. haru dibuatnye! hehehehe

Duhai belogg! kalo ko benar2 idop n nak marah jugak, ko marah la mende alah ini : -




Yeah! minggu lepas saya sangat sibuk hingga terleka sebentar dgn penangan novel ini.. huhu ni sume gara-gara satu virus berjangkit yang kian merebak di opis saya iaitu Virus Novel.. hehe hari2 ada je citer pasal novel2 nie sampaikan yang tak minat novel pun dh berjangkit dgn virus itu termasuk la saya.. akhir2 ni diorg sibuk becerita tentang novel 'OMBAK RINDU, CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU' karya Fauziah Ashari yang akan di filem kan pada bulan November kalo x silap. saya baru baca 'OMBAK RINDU & CINTA TIADA AKHIRNYA.. RINDU CINTAKU blom baca lg.. Jom review sket jalan citer dia... Saya copy n paste aje, malas nak citer balik... hehehe


OMBAK RINDU


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



novel 2 : CINTA…TIADA AKHIRNYA


Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.


Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.

Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.
Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri. Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.

Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri. Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya….

novel 3 : RINDU CINTAKU


Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau…. Nyawa?



Pssst : Tak sabar nak baca RINDU CINTAKU... kat MPH dah out of stock! mana nak cari lg ek?

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP