Mencari Idea - Baju Nikah, Sanding, Btandang

>> Tuesday, July 26, 2011

Pening.. pening.. pening ... haishh! susah btol nak buat keputusan untuk design baju nie.. yer la, asalnya kitorang tak rancang pun nak tempah semua baju perkahwinan ni kan. so, dengan masa yang agak suntuk dan banyak persiapan yang belum dibuat membuatkan saya agak kalut. di ofis ketika tiada kerja, dengan bantuan en google, saya telah jumpe dan save beberapa contoh baju pengantin yang mungkin boleh dijadikan ilham untuk baju saya nanti.

Sebelum membuat baju, pekara pertama yang perlu dibuat adalah menentapkan tema warna untuk majlis dan ia telahpun ditetapkan iaitu Pink+cream (nikah) purple(sanding) dark grey(bertandang) pastu tetapkan material kain yang hendak kita guna. saya pilih lace+ciffon+satin+giant roberto(penganti kepada bridal satin) sbb bridal satin takde warna yang saya inginkan. Cotton n Italian satin utk baju melayu Syam.

Konsep baju nikah, sanding & bertandang saya nanti ialah dress + ala2 gaun kots.. tak pandai sangat la pasal design2 baju nie.. bukan xnak buat baju kebaya atau kurung moden. tapi bagi saya design tu dh biasa sangat saya pakai sbb majoriti baju kurung dalam almari saya tu sume jenis kurung moden. so, untuk majlis yang penuh makna ini saya nak mencipta kelainan. kalo sebelum ini orang tak pernah lihat saya pakai dress dan heels, pada 11/11/11, 12/11/11 & 19/11/11 tu nanti korang akan lihat. cemana agaknye saya? mungkin kekok sekali. hehehe saya teringin nak pakai gaun yang kembang2 warna putih n Syam pakai tuxedo. Tapi mcm tak dapat jerkk :( sob.. sob...

Jom kita memerah idea...




BAJU NIKAH






BAJU SANDING






BAJU BERTANDANG



Creadit pada empunya semua gamba2 ni... saya lupa dah dimana saya ambil.. kat majalah pun ada juga. sori sangat2..

Nak tengok rupa kain-main tu sila klik SINI

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP