Persiapan Raya.. ada ke?

>> Thursday, August 25, 2011

Hari ini hari jumaat 26/8/11. Lagi 4hari lagi nak raya.. rasanya semua dah mood raya dah. Tadi masa nak pegi keje, jalan tak jammed macam selalu. Mungkin ramai dah ambik cuti dan bertolak balik kampung hari ini kan? yang masih bekerja hr ini hanya jasad je kots, fikiran dah kat kampung halaman dah. Btol tak?? haa.. ngaku je la.

Tapi saya rasa biasa je.. lebih kepada nak jumpe mak dan ayah. Rindu bangat sama diorg. Persiapan raya pun saya buat ala kadar. Beli kuih 2-3 jenis je sebab kakak2 saya dah borong banyak. Kakak saya yang keje bank pembangunan tu plak asyik dapat hamper n kuih raya free je. So, korang tengok la hasilnye dibawah.. banyak gila kuih raya kitorg; itu pun ada lg yg x termasuk dalam gamba dan belum termasuk kuih2 bahulu mak n kuih muih yang mak buat. SESIAPA YANG KENAL SAYA DAN TAHU KAMPUNG SAYA, JEMPUT LA DATANG BERAYA YE! yang penting saya jamin kuih muih kitorang amatlah bermutu tinggi... lalalala


Baju raya? percaya tak kalo saya katakan bahawa tahun ini saya TIADA baju raya! T___________T huhu nak nanges boley??? takpe, awak kan nak kawen.. so berjimat cermat adalah amalan bagi bride to be.. "pujuk diri sendiri". Lagipun seingat saya, masih ada baju kurung yang belum dipakai dalam almari tu.. semalam saya bukak almari yang memuatkan baju2 kurung exclusive saya. Yang tak exclusive diletakkan di almari berasinga. HAK HAK HAK korang dpt bygkan tak brape banyak baju saya? huhu almari tu mmg jaaaaaaarang sangat saya bukak sebab semua baju2 dalam tu ialah baju kurung yang saya akan gunakan untuk pegi kenduri atau majlis2 khas dan memerlukan saya berbaju kurung. Kat opis skrg ni plak, mmg tak pernah pakai la kan.. i kan merempit, kang terbang2 kain i.. hahaha balik pada citer asal. Masa saya belek satu persatu baju2 tu, rupa2nya masih terdapat 4 PASANG BAJU YANG MASIH BELUM DIPAKAI yo! Memang terkejut dan tak sangka la kan.. kira boleh dijadikan baju raya la tu. best.. best.. seumur idop saya tak pernah lagi ada 4helai baju raya tau.



Dari kiri 1) ni kain hantaran btunang aritu. Masa tu dapat 2 pasang, yg satu lg dh pakai ms kenduri cousin Syam.
No.2) yang ni kain murah giler, kakak saya dengan bermurah hati bg. hehe
No.3) Baju ni tak pakai2 sebab tak siap jahit manik kat tangan tu lg. Raya ni boleh la pakai. lg sikit je lg nak siap.
No.4) Yang ni plak kain kakak sy no.4 lak yg belikan masa dia pg terengganu awal tahun aritu.

Banyakkan baju saya. Itulah saya, pakai beli dan tempah je baju2 tu sume tanpa fikir kepentingan.. sampai ada yang tak terpakai.. dalam almari yang sama juga terdapat 4 helai lg kain baju kurung yang belum ditempah. hohoho tggu lepas kawen la tempah. Majlis lagi 2 bulan lg.. dah rasa macam nak tercekik dah nie. huuhuhu saya paling takut kalo saya gemuk sebab baju2 saya sape nak pakai? dalam keluarga saya merupakan yang paling kecik. Lagipun, saaaaaaaaayang la dekat baju2 tu sume sbb majoriti semua baju2 tu ditempah *badan kecik, susah nak beli yg ready made*.


0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP