Kau Pergi Jua..

>> Monday, September 5, 2011

Jam di dashboard memaparkan angka 5:15pm.. Kereta begerak perlahan, jalan jammed. Standard la tu KL. Lagi2 waktu2 begini.. waktu org habis kerja. Saya mengerling Syam disebelah. dia diam dengan mata terselindung oleh kacamata hitam. tapi saya masih dapat lihat matanya dari tepi kacammata hitam itu. dia menangis! biarpun air matanya tidak jatuh.

3:40pm
Handphone berbunyi.. tertera di skrin E72 itu nama Pakcik Haidar.. saya tak keruan. pasti ada berita tentang Faiz. Mungkin pakcik nak tanya berkenaan tentang wang derma untuk Faiz desis hati saya.

Pakcik Haidar : assalamualaikum umi..
Saya : Waalaikumussalam
Pakcik Haidar : Ni pakcik nak bagitahu Faiz takde, dia dah meninggal.
Saya : Innalillahiwainnailaihirojiunn... takziah. Pakcik bawak bersabar ye. pukul berapa dia meninggal?
diam. pakcik diam.. tak dengarkah pertanyaan saya.
Saya : Pakcik... pakcik...
Pakcik Haidar : Ye saya, dia meninggal jam 3:30 tadi. nanti tolong bagitahu kawan2 yang lain ye! Saya : Ye baik Pakcik. Jangan Risau, nanti saya bagitahu kawan2 yang lain.
Pakcik Haidar : assalamualaikum
Saya : Waalaikumussalam.

Telefon di matikan. Syam! saya yakin, dia masih belum tahu akan hal ini.. ya allah, tabahkan lah hati tunang ku itu. dia pernah menangis ketika Faiz tiba2 tidak sedarkan diri beberapa minggu yang lalu.. "Macamana kalau Faiz pergi? syam tak dapat terima.." luahnya..

Saya : Assalamualaikum
Syam : Waalaikumussalam.
Saya : Syam....
Syam : Yer....
Saya : Faiz....... perlahan dan teragak2 untuk meneruskan. Faiz dah takde!
Syam : Diam. lama.. saya tahu, dia sangat sedih. Faiz ibarat adik beradiknya.
Saya : Mie nak bgth kawan2 yang lain ni...
Syam : Diam lagi..
Saya tak boleh tunggu lama. Saya perlu sebarkan berita ini pada kawan2 yang lain.
Saya : assalamualaikum
Syam : waalaikumussalam..
Tanpa berlengah, saya menekan button 'write massage'..
"Salam, Mohd Faiz Mohd Haidar telah kembali kerahmatullah pada jam 3:30 petang tadi (base pada kata2 Pakcik Haidar) jenazah masih di PPUM dan akan dibawa pulang kerumahnya di seksyen 18, Shah Alam. Tolong sebarkan pada kawan2 yang lain"
mesej ini ditaip dah disebarkan kepada semua no. rakan2 yang berada dalam senarai hp saya..

Tiba di rumah arwah kurang lebih jam 6 petang.. jenazah dah sampai dan ramai juga yang datang menziarah. ada juga yang dikenali.. kawan2 satu sekolah juga ramai yang datang. Kami masuk ke dalam rumah. Saya duduk di hujung tepi dinding bersama isteri kepada rakan sekolah saya, sementara syam pula mengambil tempat di sebelah jenazah arwah. Dari tempat saya dapat lihat betapa sedihnya wajah Syam. Lama dia tenung jenazah. Tak lama selepas itu dia keluar dan saya x pasti dia kemana.

Rumah arwah kian dibanjiri kawan2 dan sanak saudara arwah.. untuk tidak menyesakkan keadaan dalam rumah, saya keluar dan mencari2 Syam. Saya lihat kawan2 sekolah saya yang rancak berbual tapi Syam tidak kelihatan. Rupa2nya dia di padang tepi rumah arwah. Cuma seorang..

Syam, sabar la... mie tahu Syam sedih dan mie tahu kenapa. Masakan tidak, Kalau hanya kita yang dia rapat dan hanya kita yang dia cari untuk meluahkan segala masalah dia berbanding keluarganya sendiri. Mie juga sedih.. tergiang2 gelak tawa dan gurauan dia. Dia sorg yang happy go lucky walaupun masalah sarat di kepalanya..

Lama kami di sana(rumah arwah). Jenazah akan dikebumikan pada keesokkan harinya di tanah pekuburan seksyen 21, Shah Alam. Kira2 jam 1030pm kami minta izin pada kedua ibu bapa Faiz untuk pulang.. kagum dengan Pakcik Haidar. dia kelihatan tenang. Cuma Ibu arwah agak sedih ketika bersalam dengan saya. Ada kata2 ibu faiz yang terkesan dihati saya. Insya'allah, nanti saya dan Syam akan datang kemudian untuk melawat Makcik sekeluarga dan mungkin kita boleh becerita serba sedikit tentang arwah.

Sebelum pulang kami sempat lepak dengan 3-4 orang rakan2 sekolah di kedai mamak berdekatan. “Ni tempat lepak aku dan arwah masa hayat dia..” kata Fikry(salah sorg rakan sekolah saya) "Nanti kalau anak aku lahir nak letak nama Faiz lah.." katanya lagi.. FAIZ = yang membawa maksud "YANG BERJAYA"

Agak dalam pukul 1130pm kami masing2 pulang.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP