Hantaran.. DONE!

>> Friday, September 30, 2011

Hantaran perkahwinan. Dalam adat perkahwinan orang Melayu, hantaran perkahwinan adalah hadiah-hadiah yang disediakan oleh kedua-dua pihak pengantin sebagai tanda kasih dan meraikan hari yang berbahagia ini.

Jumlah hantaran yang disediakan lazimnya dalam jumlah angka ganjil dimana pihak perempuan perlu menyediakan jumlah hantaran yang lebih dari pihak lelaki. Contohnya : Kalau pengantin lelaki bagi 5 buah, pengantin perempuan kena balas dengan 7 buah. Itu lazimnyerlah, sbb hantaran saya nanti diluar kelaziman iaitu akan diberi sama banyak. simbolik kepada *dalam berumah tangga, suami n isteri harus bersikap adil saksama* aci tak?

Alhamdulillah barang2 hantaran untuk perkahwinan telah siap dibeli.. kecuali beberapa hantaran berbentuk makanan yang akan dibeli disaat2 akhir nanti.. seperti yang dinyatakan di atas, jumlah hantaran kami adalah sama banyak iaitu 7 berbalas 7.. saya harap jumlah hantaran tidak memberi kesan apa2 contohnya cam pantang larang dan sbgnya.

Review sket hantaran yang diberi ketika pertunangan..

Mie to Syam
1. Cincin , 2. Bunga rampai 3. Belt&Walet 4.Baju&Jeans 5. Kek 6. bahulu 7. Tepak sireh 8. Coklat 9. Coklat buatan 10. Tuala 11. Pulut Kuning 12. Cup Cake 13. Buah

Syam to Mie
1. Cincin risik&tunang 2. AL-Quran 3. Telekong 4. Kain Pasang Coklat 5. Kek 6. Tepak sireh 7. Buah

13 berbalas 7.. banyak kan saya bagi. mengikut perancangan, 9 berbalas 7.. tapi ntah cemana saat2 akhir tu ada je yang nak tambah. cam pulut kunen, kek n tuala tu.. mmg takde dlm plan. hehe takpe la, rezeki en tunang la tu. Jadinye, oleh kerana syam bg saya sikit masa bertunang, so time kawen nie saya PAW dia cukup2. hahahaha TIDAK!!! TIDAKK!! sumpah saya x pernah PAW dia.. ape yang dibeli adalah dr kerelaan dia sendirik. Tak percaya, sila tanya dia.

Berikut hasil hantaran yang telah di persetujui antara 2 belah pihak.

SYAM to MIE
1. Gelang (untuk pembatalan air sembahyang) DONE
2. Iphone (syam kata, saya tak pernah merasa HP baru. asyik pakai yang 2nd hand je. so, dia beli dgn kasih sayang) DONE
3. ESPRIT (jam saya yang skrg nie dah 4 tahun guna dan 15kali tuka bateri, so mmg patut ditukar) DONE 4. Hand bag tak kompem lg.
5. Makanan
6. Makanan
7. Makanan

MIE to SYAM
1. Cincin (dah booking @Diamoney) DONE
2. Samsung Tab (Taknak kalah! ok la.. senang dia nak buat kerja nanti. pepon, memang smart gilerssss la) DONE
3. TTOUCH (Jam idaman dia) DONE
4. Kasut (Beli kat SOGO. Bajet RM4o0 untuk sepasang kasut. Tapi dia sangat bijaklah dalam membeli. dengan RM430, Dia beli 2 pasang kasut.. huhu) DONE
5. Makanan
6. Makanan
7. Makanan

Fuh, dah settle beli barang2 yang mahal nak mampos tu.. okeii la, nanti dah kawen ditambah ada anak plak, lagi banyak nak pakai duit. masa tu mungkin dah tak terfikir nak beli barang2 camni. Insya'allah kalo ada rezeki lebih pun mungkin kami akan habiskan kepada sesuatu yang lebih bermakna. dirikan sebuah banglo ke, beli tanah ke, tak pun salurkan duit tu untuk jihad fi sabilillah.. ameeeenn

SATU MALAM TU KAN.....

Syam : Geramnye tengok samsung tab td. ehehehe
Umie : Sabar, tak lama je lagi.
Syam : Sian dia duk dalam kotak je.
Umie : aah la.. kesian dia kepanasan dalam kotak tu.
Syam : Tu la.. kalo bawak kuar kotak pastu ON bg kena angin, mesti bagus kan?
Umie : Erm, boleh jugak.. jap lagi mie bawak kuar kotak dan ON pastu letak depan kipas sambil berfacebook. baru sejukkkk.
Syam : Ceh!

Di situasi yang lain.....
Umie : Tak sabar nak pegang Iphone. tapi mcm smart je samsung tab syam tu. huhuhu
Syam : Mie pakai yang kecik2 je dulu.. yang Nokia tu pun dah macam2 jadi mie pakai. cemana nak pakai samsung tab yang besar tu.
Umie : hehehe nanti Iphone mie tak sangkut kat leher, letak dlm bag je. yang Nokia tu je mie sangkut kt leher. hehe
Syam : Yer la tu...
Umie : Iyer.. Iphone tu ada sentimental value. mie akan jaga dengan baik.
Syam : Kite tengok nanti..
Umie : Erk! bole ke nie?

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP