Jemputan melantak laksa sarawak&karnival Sek Keb Pandan Perdana

>> Monday, September 10, 2007

Malam jumaat aritu dapat sms dari Jun.. dia ajak makan laksa sarawak kat umah dia petang sabtu tu. mie yg sememangnya hantu laksa nie pon sedikit teruja nak pegi. Teringin gak nak rasa cemana rasa laksa sarawak tuh.. kalo nak diikutkan umah Jun dengan umah mie dekat je.. tapi oleh kerana mie tak pasti kedudukan sebenar umah dia kat gombak tu, mie sms kak sheda dan kak retna.. pastu dapat sms dari kak yatt yg mana dia pun nak pegi tapi tak tahu jalan so, mie ajak dia konvoi skali dengan kak sheda dan kak retna.

SABTU
Pagi2 lagi kak lah kejut ajak pegi SOGO.. ada sale gila2 katanya.. huhu mie bukan la kaki shopping pun exceli tapi bila dah ada org ajak, ringan je kaki nie nak mengikut. ihiks! shopping punya shopping x sedar jam dah menunjukkan hampir jam 2 petang.. oleh kerana dah janji nak pegi umah Jun, mie bagi tahu kak lah yg mie nak balik naik LRT.. barang2 yg mie beli pun x sempat nak bayar dan hanya menyuruh kak dah tolong bayarkan.

Masa nak naik LRT tu mie terkejut sangat sbb punyer la ramai umat masa nak beratur beli tiket tu. Nak beli guna mesin, syiling lak takde! Erm.. sejak mie ada motor, inilah kali pertama mie naik LRT. Tak sangka lak orang leh ramai sampai macam tu sekali. Maybe sebab ini adalah minggu terakhir sebelum kita berpuasa khamis nie kot. So, org sibuk shopping baju raya. hehe.. destinasi mie ialah stesen wangsa maju. Kak yatt menanti mie di sana. Terima kasih kak yatt kerana sudi pickup mie kat wangsa maju tu. Dari wangsa maju kami menuju ke shell (kat restoran kunang2).. kerana kak sheda dan kak retna menanti kami di sana.

Sampai2 je umah Jun, kelihatan kak aida duduk bersimpuh sambil menjilat2 jari.. Wah! mesti sedap laksa sarawak tu, kalau tak masakan kak aida sampai menjilat2 jari (hahaha ayat rekaan semata2. mana ada kak aida jilat jari pun. jangan marah kak aida yerk :p) kak aida sorang je dengan Jun.. sementara kak carneyz keluar hantar kawan dia balik. Erm, nasib baik ada mertua ko Jun.. ihik! Pepon, laksa tu memang unik la rasa dia.. lain dari yg lain. Terima kasih Jun & kak carneyz coz sudi menapaukan laksa sarawak tu untuk mie.. dapat la adik badek mie merasa sikit sorang.. hehe.. Balik tu mie tumpang kak sheda. TQ kak sheda!


OoOo macam nie ghupenya laksa sarawak

Mie&Kak aida yg chomel :p

Diantara yg hadir

Klik SINI untuk lihat lain2 gambo. Pinjam kak retna punyer link picasa :p


AHAD
Mie pegi Sekolah Ren. Keb. Pandan Perdana.. ada karnival di sekolah anak buah mie yg lelaki tu. Saje je menghabiskan masa di karnival tu.. daripada tak buat ape2 kat umah. Meriah sangat karnival yg diadakan. Seronok tengok gelagat budak2 menjayakan xtvt sekolah mereka tu. Teringat pula pada zaman mie di sekolah rendah dulu. Memang juga diadakan karnival seperti itu tapi tak semeriah karnival yg diadakan di tengah2 ibu kota tu.

8 comments:

Sunan_Jati September 10, 2007 at 4:56 PM  

assalamualaikum...
nice en3...
heheheh :P

zura lias September 10, 2007 at 9:52 PM  

isk..bestnye...gie blog diya gambo makanan..blog umie pun ade gak..laporrrr...

Sahrul Izam September 11, 2007 at 1:15 AM  

Kek Hati Pari lagi sedap! hehe :p

*ehs,budak tue asyik lapor jea.. dah kasi makan tak jugak nak makan! tembak baru tahu.. :p

iEn September 11, 2007 at 3:31 AM  

satu jek yg xde.. mane hantarannye? huahuahau!

.::{ uMIe }::. September 11, 2007 at 9:38 AM  

Sunan---> TQ wak :p datang selalu yer... :)

Kak Zura---> Eii laporr je akak nie.. :p badan macam tu jugak.. ihiks!

Sahrul---> Elehh. asyik promot kek hati pari dia jek!! bila nak pos kat saya nie?? :p

Kak Zura tu kan, pemalu orangnye.. haha *konon*

Kak Ien---> hantaran ape plak nie kak ien?? hehehe

Acaii September 11, 2007 at 5:02 PM  

waaa, bestnye umie..sayang betul tak bleh join..acai gi anta member gi bertunang kat h=pahang ari tu,huhu...jun ajak gak:) kempunan lagi acai nampaknye,kekee

Hajar September 12, 2007 at 8:16 AM  

hehe, mcm besh je laksa tu.
tp akak x makan laksa sgt.

*selamat berpuasa. takut ada yg terliur lak bile tgk gamba laksa umie tuh bulan2 puasa ni :D

.::{ uMIe }::. September 12, 2007 at 1:21 PM  

Faisal---> Itu la acaii.. mmg selalu orang ajak dia ada hal lain.. nanti kitaorg buat majlis berbuka puasa WAJIB datang tau :p

Kak Hajar---> memang besh pun Kak Hajar. rasa dia lain dari yg lain..

Selamat berpuasa juga ye kak hajar... :) anggap la gambar tu sebagai satu duuugaaan.. ihiks!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP