Salam maulidurrasul..

>> Saturday, March 31, 2007

" Jom bersalawat bersama2......."

Sempena maulidurrasul nie, mie nak cerita tentang CINTA SEJATI seorang hamba allah terhadap NABI MUHAMMAD S.W.T. kisah nie mie dapat dari salah seorang sahabat mie melalui email. semoga kita sama2 mendapat manfaat dan iktibar daripada cerita nie..

......Seorang hamba allah bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.........


MORAL & IKTIBAR

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketCinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketMencintai Rasul bermakna mencintai Allah.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketKita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti .
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketHati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketRasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketRasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Teringat waktu zaman sekolah dulu.. setiap tahun pasti sambutan maulidurrasul akan diadakan di MTI. siang berararak keliling kampung sambil bersalawat manakala sebelah malam pula ada ceramah. biasanya pihak sekolah akan jemput penceramah dari luar.. ramai sangat orang datang untuk mendengar ceramah masa tu yang terdiri dari orang2 kampung dan bandar. mmg meriah la sambutan maulidurrasul di sekolah dulu. (ala2 forum perdana ehwal islam) gitu....!

Mie yang depan sekali.. baju kurung kaler pink...

"Hujan2 pun kitaorg berarak tau!.."

* * * * * * * * * * *

Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah


Psstt : Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul terakhir adalah anugerah Allah yang tinggi nilainya sebagai rahmat semesta alam.

6 comments:

Fahmi Shukur March 31, 2007 at 8:49 PM  

Salam maulidurrasul...

Sy nak copy selawat kat atas tu bleh? :-)

aria ayumi March 31, 2007 at 10:30 PM  

waaaa windu gakss zaman sekolah2 dulu... berarak keliling bandar sampai masjid.. sambil selawat... huhu best ase rmi2 selawat... salam maulidur rasul, kak umie... :) nak mintak copy gaks selawat kat ats... :D

.::{ uMIe }::. April 1, 2007 at 1:28 AM  

aria... nak selawat tu, amik la... :D

cikscarlet April 1, 2007 at 1:57 AM  

* selawat dan salam untuk rasul junjungan..walau kita tak pernah melihat wajah baginda namun perjuangan dan kepayahan baginda lalui untuk menyebarkan islam amat kita kagumi...walau hanya mendengar dari cerita ustaz dan ustazah , ceramah agama dan bahan bacaan namun kita dapat rasakan kasih sayang baginda pada umatnya..

.::{ uMIe }::. April 1, 2007 at 7:53 AM  

{cikscarlet}
salam kak.. Orang-orang yang mengasihi Rasulullah insya-Allah akan mendapat kasih sayang drp Rasulullah pula dan kasih sayang kita sebagai umatnya yang sejati itu akan menjadi satu jaminan untuk mendapat syafaat Rasulullah di Hari Akhirat nanti kerana Bagindalah yang akan memberi syafaat dan pertolongan kepada umatnya.. :)insya-allah...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP