alfatihah....

>> Wednesday, March 28, 2007

Gambar arwah ketika remaja... kat belakang gambar nie tertulis "kenapa manusia sangat kejam?!"

28 mac 1997 hari jumaat... tarikh dimana salah seorang dari ahli keluarga mie kembali kerahmatullah. arwah kak zah (faizzah hj ibrahim) ialah kakak sulung mie. kini sudah 10 tahun berlalu tetapi segala kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan. 10 tahun lalu, mie bukanlah mie yang sekarang nie. bukanlah seorang yang begitu patuh pada kedua ibu bapa. mungkin disebabkan mie adalah anak bongsu. jadi mie sangat manja, degil, suke melawan cakap n macam2 lagik la.. arwah kakak mie yang banyak memberi nasihat pada mie. dia selalu kata bahawa bertapa beruntung nye mie menjadi anak bongsu dan dilahirkan pada zaman tu. arwah juga pernah kata jika mie berasa susah ketika itu, fikirkan lah bagaimana kehidupan dia pada zaman sebelum kelahiran mie. dimana dia terpaksa mengangkut air di dalam perigi untuk memasak dan membasuh baju sume di sungai. arwah banyak berkorban demi kakak2 mie yang lain ketika itu. mulia sungguh hati dia. dia seorang yg peramah n ramai kawan. jadi tak hairanlah jika ramai orang suka dia. waktu dia meninggal tu pun ramai kawan2 dia datang n tolong.

Arwah mengidap barah otak. masih tergiang2 suara dia menjerit sambil mengucap tiap2 malam kerana menahan sakit. di saat akhir hayatnya, badan dia saaaaaaaaaaaangat kurus. tak sampai hati mie nengok. mie tak pasti kenapa tiap2 hari arwah hanya memakan maggie tanpa perencah. tp itulah menunya setiap hari. semasa mie tamat darjah 6, mie bersekolah di sekolah menengah di lenggong(berulang dari umah) tetapi arwah nak sangat mie dihantar ke sekolah agama waktu tu. jadi sebab tu lah mie dihantar ke sekolah agama (MTI). kali terakhir mie jumpe dia 17hb feb 1997 sebelum mie dimasukkan ke asrama. mie langsung x tahu bahawa itu adalah hari terakhir mie akan bertemu dengan dia.. sehinggalah 28 mac 1997 ann (abang) mie memberi tahu tentang kematian arwah. mie pensan masa tu dan apabila mie sedar, mie dah ada kat kampung. oleh kerana arwah meninggal di sini (KL), arwah sudah pun dimandikan n disembahyangkan di sini. rata2 yg memandikan/menyembahyangkan arwah adalah kawan2 dia. mayat arwah tiba di kampung dalam pukul 4 petang camtu la. dan dikebumikan pada jam 6 patang.

Sepanjang menunggu mayat arwah sampai, mie asyik bekurung dalam bilik. sesekali mie memandang wani(satu2nya harta peninggalan arwah) wani pada masa tu baru berusia 5 tahun. seorang kanak2 yg masih belum faham tentang maksud kematian. ketika arwah di masukkan ke hospital Kuala Lumpur, wani ditinggalkan bersama mak ndak di kampung. amat menyedihkan pabila saat kematian arwah tiada anak tersayang disisi. masih teringat kata2 salah seorg dari ibu saudara mie ketika dia ke tadika wani untuk menjemputnya pulang. wani kelihatan amat seronok apabila dikatakan mamanya akan pulang. sedangkan dia tak tahu cerita yg sebenarnya. wani keliru apabila melihat ramai orang di rumah. dan asyik bertanya pada mak ndak kenapa ada ramai orang, kenapa susun2 pingan, kenapa kemas2 katil dan banyak lagi soalan dia tanya. sampaikan mak ndak tak terdaya untuk berdalih lagi. lalu, mak ndak peluk wani sambil berkata bahawa mamanya sudah tiada. tapi tak pasti samada wani faham atau tak maksud makndak. sebab dia tak menangis pun. sebaliknya dia banyak menyendiri. mie simpati pada wani. seorang kanak2 yang masih belum puas mengecapi kasih sayang seorang ibu. sudah lah ayahnya hilang tanpa berita. argh! pegi mati lah bapak ko tu wani. bapak yg tak bertanggungjawap dan seorang bekas suami yg kejam.

Hak penjagaan wani diserahkan pada mak n ayah. Kini dia sudah bersekolah di ting 4. di sekolah menengah biasa kat lenggong. sejak kematian mama dia, kami jarang sekali marah wani dan mungkin sebab tu sekarang nie wani menjadi sangat degil, manje n suka melawan cakap. kalau arwah masih ada, mesti dia akan masukkan wani ke seolah agama.. :) dan mungkin sekarang dia akan jadi baik macam mie.. hehehe

psstt : alfatihah buat arwah kakak mie.. semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. ameen.

8 comments:

Abang Long March 29, 2007 at 6:23 AM  

Salam hormat buat umie. Apakhabar ?. Yang sudah pergi kita sedekahkan AL fATIHAH. Berbaktilah kepada ibu bapa, selagi mereka masih ada ...

.::{ uMIe }::. March 29, 2007 at 8:43 AM  

salam abg long... :) tak perlu nak bersalam2 hormat dgn saya.. saya sepatutnya cakap camtu kat abg long. sbb abg long lebih tua dr saya kan? pepon, terima kasih atas nasihat abg long tu. sejak arwah takde, saya dah banyak berubah. alhamdulillah sekarang saya dah tak nakal2 lagik... :D

airynnz March 29, 2007 at 6:32 PM  

al-fatihah buat arwah...semoga rohnya di cucuri rahmat

noamee March 30, 2007 at 11:06 PM  

al-fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmatNYA dan ditempatkan disamping hamba2 yang soleh dan beriman..amin!!

ManjLara March 31, 2007 at 9:58 PM  

aduhai, sebak akak membacenye...
'al-fatihah...'

.::{ uMIe }::. April 1, 2007 at 3:10 AM  

{airynnz}
ameen. terima kasih yer.. semoga doa airynnz termakbul n arwah kakak umie damai disana... :)

{kak noamee}
ameen. insya'allah kak.. semoga allah perkenankan doa kita agar arwah kakak saya berada bersama hamba2NYA yg beriman DISANA.

{manlara}
salam kak... :) allah lebih menyayanginya.....

romzi seli April 2, 2007 at 8:11 AM  

assalamualaikum...

maaf ler kalau saya katakan sy menangis apabila membaca tentang cerita ini. ermm... mungkin sy terkenangkan salah sorang insan tersayang yang pergi di sebabkan penyakit yang hampir sama...

dan, ble tgk tajuk blog ni, life must go on... memang saya sedar, my life must go on... walaupun dia dah pergi...

alfatihah untuk dia... semoga dia bersemadi aman di sana...

.::{ uMIe }::. April 3, 2007 at 1:12 AM  

[romzi]

aduss! maaf ye romzi.. saya buat enty nie bukan untuk buat pembaca menangis jauh sekali untuk menyingkap kembali kisah2 sedih si sembaca.

Entry tu hanyalah untuk diri saya sendiri. agar saya tak terus melupakan arwah yg banyak berjasa pada saya semasa hayatnya.

Life must go on.. ape pun yg berlaku pada romzi, saya harap romzi akan mengharungi kehidupan ini dengan tabah... :)

wassalam...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP