Merdeka & Tag (5 benda....)

>> Tuesday, September 4, 2007


MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA.. Nampaknya bahang 50TH KEMERDEKAAN masih terasa walaupun tarikh keramat 31 ogos telah berlalu.

Pada tarikh tersebut juga mie & adik beradik pulang ke kampung(malam semalam baru balik KL).. rindu sangat dengan ketenangan, kedamaian dan kesegaran udara di kampung.. sebelah malamnya kami berkumpul diruang tamu sambil mendengar cerita2 dari mak n ayah tentang kisah mereka dizaman sebelum KEMERDEKAAN. Asyik sangat mak n ayah becerita hingga kadang kala jelas kelihatan bekerut2 wajah mak n ayah ketika mengigat kembali keperitan hidup di zaman itu.

Dari cerita2 mak & ayah, mie dapat rasakan bahawa KEMERDEKAAN lebih bermakna buat golongan2 yang pernah hidup di zaman penjajah kerana mereka pernah merasai keperitan hidup di zaman itu berbanding dengan generasi muda yang mana mereka hanya mendengar melalui cerita ayah dan datuk mereka tentang penindasan yang telah dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat jelata. Di sini mie dapati perbezaan antara dua golongan iaitu yang tua dan yang muda dalam mengerti erti kemerdekaan. Golongan tua menyambut merdeka dengan penuh perasaan hiba sedangkan generasi muda kebanyakannya hanya tahu melompat menjerit perkataan MERDEKA sedangkan diri mereka disalut dengan budaya penjajah.

Apapun, mie berbangga dan bersyukur sangat dengan KEMERDEKAAN yang di kecapi oleh malaysia tanpa berlaku pertumpahan darah. Kini penjajahan berlaku lagi biarpun berlaku tanpa serangan senjata ke arah kita (tanpa kita sedari) kerana ianya berlaku sekarang dalam bentuk penjajahan minda serta budaya.

Tamat cerita tentang KEMERDEKAAN..

* * * * * * * *

Sekarang mie nak jawab tag dari sis honey , kak nizie & shaira pula.. *maaf yer sbb lambat jawap.

5 benda dalam beg saya
-Camera digital (kadang2 je bawak)
-Tumb-drive
-Air masak
-Pen/buku nota
-Tisu

5 benda dalam beg duit saya
-Mykad
-ATM kad
-Driving license
-Wang kertas (syiling takde sbb takde tempat letak syiling pun..)

5 benda faveret dalam bilik bujang saya
-Katil
-Komputer
-Radio
-Gambar mak&ayah
-Hadiah dari kengkawan

5 perkara yang saya TERINGIN SANGAT nak lakukan
-Bawa mak&ayah menunaikan umrah
-Belikan kereta baru untuk ayah
-Sambung belajar
-Kawen (Semestinya! tapi.. lom ada calon.. sob..sob.. )
-Bercuti di pulau

5 perkara yang sedang dilakukan
-Tengah jawab tag nie la.
-BerYM
-Dengar nasyid
-Berangan
-Sms dengan seseorang.. :p

5 orang yang saya nak tag?
-Mikie
-Minie
-Malam
-Bulan
-Bintang
--->> Semua nama2 tu bukan blogger@orang tapi kucen2 umie.. muahahaha.. tak tahu nak tag sape dah.. sbb rasanya macam sume dah kena je :p



Psstt : Rindu sangat kat kucen2 mie.. :( sob.. sob..

9 comments:

iEn September 4, 2007 at 5:17 PM  

Generasi muda patutnya perlu diselami ngan bahang2 merdeka ini. Jangan malas baca buku sejarah.. tetambah lagik sejarah Tanah Melayu sehinggalah nama Malaysia wujud. proud to be malaysian!

Acaii September 4, 2007 at 5:29 PM  

tulah umie kan, kekadang mmg berharg apengalaman mereka terutamanya masa negara kita masih berada dalam keadaan susah dulu...kita skrang ni lahir sumenya dah ada,tapi jarang kita bersyukur...

.::{ uMIe }::. September 5, 2007 at 1:34 AM  

[kak ien]
Btol tu kak ien.. tapi bukan setakat baca je.. kita kena hayati setiap yg tercatat dalam buku2 sejarah tu. maka, kita pasti dapat rasa ape yg golongan2 sebelum kemerdekaan rasa dan baru la akan wujud perasaan betapa bermaknanya kemerdekaan buat kita seluruh rakyat malaysia.. :)

[faisal]
Erm.. betul tu faisal. tapi, walaupun umie dilahirkan selepas 27 negara merdeka, umie pernah rasa sedikit kesusahan seperti zaman2 sebelum kemerdekaan. contohnya mandi di perigi@sungai sbb takde bekalan air dirumah dan bergelap gelita dimalam hari sbb takde elektrik.. ermm.. semua tu pengalaman paling berharga buat umie la.. sekarang sume dah ada.. celik2 mata, komputer dah ada kat sebelah.. syukur sangat!! walaupun masih punya beberapa masalah yg belom selesai.. :)

zura lias September 5, 2007 at 5:40 PM  

tomeinye kucin tu...pss..umie...yg warna tompok-tompok tu dgn yg itam tu..mcm kucin akak ar...baby n lotter...hikss...windunye kt diorg...

Acaii September 6, 2007 at 2:56 AM  

umie, kalau ebrcuti di pulau tu jgn lupe ajak acai ye,kekeke...:) baik umie ni, byk fikirkan pasal mak bapak..:)

.::{ uMIe }::. September 6, 2007 at 6:08 AM  

[Kak Zura]
Yg tompok2 warna warni tu nama dia bintang then, yg hitam tu malam.. :D hehe mmg comel n cute sangat kucen kecik2 tu.. sekarang kucen2 tu dah dihantar ke kampung. makcik umie bela kucen kecik tu. yg besar kaler oren tu mak jaga. huhu wendunya kat kucen2 tu.. :(

[faisal]
Insya'allah.. acai suke ke pg pulau2 nie? baca kisah acai kat blog mcm jarang sangat acai bercuti kat tempat2 camtu.. umie suke sangat lagi2 kalo dapat pergi dengan family.. :D

Mmg la kena fikir mak/ayah acai.. sbb tanpa diorg, tentu umie tak wujud kat dunia nie. lagi2 diorg tu dah banyak berjasa pd umie tau. Tp rasanya umie lom buat ape2 pun lagi utk diorg. Takut sangat kalo tak sempatt... erm.

Hajar September 6, 2007 at 8:47 AM  

salam umie. hehe, sori baru sempat nk menjengah.

betul tu dik, sekarang ni pun sbnrnya kita masih lagi dijajah. cuma kita je yang x sedar.

apa pun, bersyukurla, sebab masih dapat lagi menghirup nafas di bumi bertuah ni...:)

.::{ uMIe }::. September 7, 2007 at 12:32 AM  

[kak hajar]
Ntah la kak.. kadang2 ada sesetengah golongan tu sengaja buat2 tak sedar bahawa diri mereka sedang dijajah. mereka seolah2 bangga dengan budaya2 yg dibawa balik dari negara barat.

Tapi syukurlah.. umie bukan tergolong dlm golongan org2 macam tu..

[sunan]
Tgh apdate la nie.. :p

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP