Pengakhiran Sebuah Cerita..

>> Sunday, July 1, 2007

Terharunya baca komen2 dari kawan2 tercenta dalam entri yg lepas. terima kasih kawan2 dan semua yang banyak bagi pendapat, nasihat dan sokongan terhadap mie.. tak lupa pada yang sering ym dan email bertanya dan memberi pendapat tentang 'kisah centa' mie tu. hanya allah s.w.t yg dapat membalasnya.. dan insya'allah.. mie akan jadikan setiap kata2 kalian sebagai satu semangat dan dorongan untuk mie meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini.

Diantara email2 dan msg yang mie dapat kebanyakkannya nak mie ceritakan kisah centa mie dari awal dan ini diantara petikan dari email seorang yg begelar adik...

"Saya rasa akk ni jenis kuat semangat n u look tough. kalau boleh saya nak akak cerita dari mula tentang kisah cinta akak tu.. bukan ape, kadang2 apa yang akk cita kat blog bagi something new kat orang lain. cthnya, cara akk nak cope with that prob dan control urself orang dapat rasa"

Syukur alhamdulillah.. memang mie berharap sangat2 apa yang mie cerita dalam blog ini dapat memberi sesuatu pengajaran pada orang lain.. mie tahu, hampir setiap orang punya 'kisah centa' yg tersendiri dan punya cara tersendiri tuk handle masalah yang dihadapi. tapi, ada juga yang rasa hidup mereka seolah2 tak lagi bererti dan ada yang sanggup mengubah cara idup mereka kearah yang tidak baik seperti clubbing dan bergaul dengan mat2 rempit setelah dikecewakan oleh seseorang. bila ditanya kenapa berbuat begitu, jawapan ialah untuk mencari ketenangan dan melupakan semua tentang ape pasangannya sudah lakukan pada dia. sedih bila mengenangkan kawan2 sendiri yang terjebak kearah pekara2 seperti itu. namun, jauh disudut hati mie sangat bersyukur kerana diberi kekuatan untuk mengharungi setiap dugaan yang diberi. benarlah la..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-
Baqarah ayat 286



Kisah nie dah berlaku awal tahun aritu.. sejak mula2 dia mintak pisah tu lagi mie dah pasrah n anggap dia bukan jodoh mie.. walaupun pd masa tu mie langsung tak diberitahu sebab kenapa dia mintak berpisah.. dia sorg yg religious so, masa dia mintak pisah tu mie betul2 tak percaya yg dia akan kecewakan mie jadi tanpa banyak soal mie terima keputusan dia sebab mie yakin dia punya alasan yang kukuh. mana mungkin sorg yg kuat agama saje2 je nak kecewakan org kan?" itu lah yang mie fikir saat tu.

2bulan kami tak berhubung selepas kitaorg break up. selama 2bulan tu juga mie cuba lupakan dia. ape saja yang berkaitan dgn dia mie buang. id YM dia, friendster dia, gambar2 dia termasuk no. talifon dia mie delete. memang mie taknak ingat dia langsung! tapi serius mie cakap yg mie langsung tak sedih atau menanges selepas break up dgn dia. mungkin disebabkan ini merupakan kali ke-2 mie dikecewakan oleh lelaki membuatkan mie dapat mengawal emosi mie dengan baik. mie delete sume2 yg berkaitan dgn dia tu sbb bg mie, itulah salah satu cara nak lupakan dia disamping mencari ketenangan.

Di saat mie hampir melupakan dia, bulan march aritu ntah macamana mie terbaca email yg dia kirim kira2 sebulan sebelum tu.. masa tu la baru mie dapat tahu ape alasan dia meninggalkan mie iaitu sebab AGAMA. mie keliru. alasan2 dia tu membuatkan mie banyak berfikir bagaimana perhubungan yg terjalin diantara kami boleh melalaikannya dengan tanggungjawap dia pada allah. sedangkan bercakap ditalifon pun jarang sekali. oleh itu mie tanya pendapat ramai org tentang alasan yg diberi dan majoritinya cakap alasan yg diberi langsung x masuk di akal.

Semenjak 2 menjak nie juga mie sering berYM dengan seseorang yg katanya kenal rapat dengan mfs. dia banyak becerita tentang mfs pada mie dan dari dia juga lah mie dapat tahu bahawa 'agama' bukanlah alasan sebenar mfs tinggalkan mie sebaliknya dia punya alasan yg lain. so, sejak dari situ lah mie mula cuba selidik pekara sebenar melalui mfs sendiri. niat hati nie meronta2 ingin jumpe n berbincang dari hati ke hati tapi ianya agak mustahil baginya untuk berjumpa dan berbincang secara berdepan dengan mie. dengan kuasa allah, ntah macaman mie berYM dgnnya beberapa minggu yg lalu dan dari situ lah akhirnya mie dapat tahu bahawa agama bukanlah alasan utama dia meninggalkan mie tapi sebaliknya, dia dah jatuh hati pada pompuan lain. perempuan yg agak religious katanya dan mungkin amat sesuai utknya berbanding mie yang nampak rawk nie. hehehe...

Sekarang mie dah tahu pekara sebenar tentang dia, rasa bersyukur sangat pada allah kerana tunjukkan mie pekara sebenar. puas rasa hati dan rasa tenang sangat sebab lepas nie mie tak perlu nak memikirkan tentang dia lagik dan akan jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dimasa hadapan agar mie lebih berhati2 didalam memilih pasangan .. :) sakit hati, kecewa, terkilan dan rasa rendah diri tu mmg kadangkala wujud dlm diri nie tapi mie akan jadikan semua itu sebagai satu KEKUATAN untuk mie mengharungi kehidupan mie yg seterusnya.

Allhamdulillah.. sejak lahir lagi umie dah diajar agar tidak berdendam dan bermusuh dengan sesiapa.. :) mak la yang selalu sangat bagi nasihat pada mie.. "biar org nak buat ape sahaja pada kita, tapi jangan sesekali berdendam dan bermusuh dengan mereka.. mendoakan kecelakaan pada mereka juga salah satu tindakan yang tak baik. sebaliknya berdoalah semoga mereka diberi pentunjuk oleh allah s.w.t" mak selalu nasihat mie tentang itu sebab dulu2 masa kecik2 mie selalu kena ejek dgn sesetengah budak sbb... *nanti la mie citer* Oleh itu.. Insya'allah mie tak akan membenci mana2 lelaki diatas perbuatan lelaki2 yg pernah hadir dalam hidup mie. cuma mungkin mie akan lebih berhati2 didalam memilih pasangan dan tidak terlalu mudah mempercayai seseorang yg bergelar LELAKI.. :) kembali bersama2 mereka n menjalinkan persahabatan adalah MUSTAHIL bagi mie sebab mie yakin mereka juga tak akan berani berdepan dgn mie lagik.


SEDIKIT PENDAPAT MIE..

Menjadikan alasan AGAMA untuk berpisah. tak logik langsung kan???!! mie yakin bahawa semua orang tak bersetuju dengan alasan nie. ntah bagaimana seseorg itu leh terfikir menjadikan alasan agama untuk mengaburi kesilapannya. sedangkan dalam islam tak melarang umatnya bercinta. juz perlu tau jaga batasnya. cinta pada Allah tu mmg sejak lahir dan wujud di dalam hati....tiada siapa boleh mengatasinya dan dalam islam juga tak menyatakan kita perlu zuhud. btol tak?! kalau salah sila betulkan yer...

Tapi sekalipun kalau dia ada asas agama yg kuat dan tau cinta tu lagha, kenape dia masih ingin bercinta then bila dah bercinta baru nk buktikan pada semua benda tu lagha dan nak hentikan perhubungan macam tu je. kenapa mengambil masa yang lama untuk menjelaskan sebab sebenar? dalam islam ada ke membenar dan menggalakkan maknusia mempermainkan hati sesama manusia?

Antara mie dgn dia mungkin dia mempunyai pegangan agama yg agak kuat oleh itu bg pendapat mie, pabila dia sedar bahawa kami telah melanggar peraturan agama atau cinta itu membuatkan dia lagha dan dia tahu mie ada melakukan kesilapan, dia tak perlu memutuskan perhubungan tetapi alangkah bagusnya sekiranya dia membimbing mie menjadi wanita muslimah atau cara bercinta sebenar yg diredhai allah kan.. :) bahagianya rasa..

pssstt : semoga kalian memperoleh sesuatu pengajaran dalam entri mie nie.. :)

8 comments:

ღ'*•.¸alin ladybird¸.•*'ღ July 1, 2007 at 9:23 PM  

laki akn cr 1000 alasan pn utk lps kn diri....cam alin...alin dh jmp mcm2 alasan utk die ade org lain....dan die akn slh kn kite blik...kite la punca die wat camtu...klu kite xwat hal die xkn psg lain.....tu kate2 yg bese dah alin dgr....so bersedia la menepis alasan klu mule bercinta lg..eheheee

AiRynnz July 1, 2007 at 10:52 PM  

apapun yg terjadi, ryn pasti umie kuat hadapi...
alasan apa pun yg dia beri, bile sudah tiada lagi rasa cinta di hati tiada gunanya tuk membina sebuah perhubungan

iEn July 1, 2007 at 11:36 PM  

huhu sowiee.. xsempat nak baca entri yg lepass.. anyway pasal lampu tu, untuk HTML biasa boleh kot.. :)

.::{ uMIe }::. July 2, 2007 at 1:42 AM  

[alin]
betul tu.. walaupun tak semua lelaki camtu, tp kebanyakkannya pasti akan cari 10001 alasan untuk melepaskan diri.. susah la skrg nak cari lelaki yg benar2 jujur dgn kita..

masa putus dgn exbf 1st dlu, ex bf umie bg alasan keluarga. padahal dia dah ada owang lain...

[rynn]
insya'allah rynn... selagi umie mampu tempuh semua nie, umie akan tempuh..

aah betul tu!! itu perinsip mie pegang.. takkan berkawan atau punya pepe hubungan dgn sesiapa yg dah sakitkan hati mie...

.::{ uMIe }::. July 2, 2007 at 1:49 AM  

[ien]
hehehe tak ape la ien.. :D nnti kalo free umie try buat k.. ;))

Hajar July 2, 2007 at 7:32 AM  

salam umie...
saya setuju dengan pendapat ibu umie tuh.
biarla orang lain berbuat jahat dengan kita, kita tak perlu balas. Biar DIA jer yang membalas. setiap orang ada bahagian masing2 kan?

apa pun, suka bc blog umie. x kisah kan kalau saya add umie kat link saya? :)

.::{ uMIe }::. July 2, 2007 at 9:38 AM  

[Hajar]
salam kak hajar...
Itu dh mmg salah satu drp sikap terpuji mak sejak dulu lagik.. suke sangat mengalah dgn org.. ada aritu jiran sebelah umah dengan sengaja tebang pokok mempelam kitaorg, umie dah hangin dah masa tu.. rasa nak fire je jiran sebelah umah tu. tp mak asyik kata "biar je la.. mak dah halalkan perbuatan diorg tu.." alahai mak! wendu lak kat dia di kampung.. :D

Nak add?? add la.. umie lagik suka dapat tambah kenalan melalui blog mie nie... :D

Noushy Syah July 3, 2007 at 6:41 AM  

Sebenarnya that guy xde alasan lain nak meningglakan Mie, so he created that reason..sebab dia yang telah jatuh hati dgn perempuan lain pada masa yg sama dengan Mie..spt yg dia akui sendiri kan..

P/S So Mie you're in the right path, just doakan kebahagiaan dia..your turn will come, God's willing.

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP