KAWAN

>> Thursday, May 17, 2007


"orang yang bijak ialah berkawan dengan kawan..
orang yang bijak ialah berkawan dengan musuh..
orang yang bijak ialah yang bijak memilih
kawan-kawannya..."

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana JIKA mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaanya???? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa berada di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Bila terkeliru, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumnya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenanganya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. kita tidak tahu..........tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

pssstt : kadang2 kita nie terlalu baik hingga sanggup membiarkan diri kita seperti 'dipermain2' kan oleh kawan kita.... :(

4 comments:

Abang Long May 17, 2007 at 3:41 PM  

Kata seorang ahli abid. Andainya engkau nak tahu, samada seorang itu sahabat sejati atau tidak, maka berpergianlah bersamanya selama tiga hari.

shaizhar May 17, 2007 at 8:36 PM  

"orang yang bijak ialah berkawan dengan kawan..
orang yang bijak ialah berkawan dengan musuh..
orang yang bijak ialah yang bijak memilih
kawan-kawannya..."

jawapannya

'tak semua org bijak, ada yg hanya pmr , spm, sijil, diploma dan digree"

'jadi kalau dah tak bijak mcm mana nak berkawan ngan musuh'

'??????'

kesimpulannya :kawan je ngan siapa yg nak jadi kawan kita dan abaikan je orang yang tak sudi jadi kawan kita.

LeOn May 17, 2007 at 9:34 PM  

Mie..bab kawan ..semlm buat kakjie tersentap dgn ayat2 menusuk hulu hati spt belati..tetapi apa boleh kita buat..tiap org ada pilihannya

Kita adalah kawan yg baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukan lah seorang yang sempurna

.::{ uMIe }::. May 18, 2007 at 2:13 AM  

[abg long]
betul tu abg long.. saya rasa saya faham maksud kata2 tu.. :)

-----------

[shaizhar]
pmr, spm, sijil, diploma, degree sume tu bukan lah sesuatu yg penting didalam mencari sahabat sejati.. ape yg lebih penting ialah keikhlasan n kejujuran didalam bersahabat.. dah itulah orang yg paling bijak bagi saya.. :)

-----

[kak jie]
"Kita adalah kawan yg baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukan lah seorang yang sempurna"

betul kata kak jie tu.. dan lebih baik lagik jika kawan kita juga berfikiran begitu agar tidak timbul salah menyalah diantaranya.

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP