Macam-macam cerita..

>> Saturday, April 14, 2007

JUMAAT (13-04-2007)

Kira2 jam 3.00 petang mie call mazmal(bos) mengatakan mie dh siapkan kerja n mie nak balik. "okeh! hati2 naik Mr'black(gelaran bg skuter mie)..." ringkas sahaja jawapan mazmal tp penuh kemesraan.. mazmal nie kalo sape kenal dia, sure x percaya bahawa disebalik wajahnya yg tegas, dia adalah seorg lelaki yg romantik. ihiks! mie tahu la, sbb kami pernah bergelar teman tapi mesra satu ketika dulu. hehehe.. dalam perjalanan menuju ke pintu keluar opis, ada 1-2 org opis mate mie tegur mana mie nak pegi.. tapi mie hanya mendiamkan diri sambil melemparkan senyuman.. dari riak wajah mereka mie tahu mereka tak puas hati dengan mie. ah! lantak la.. bukan diorg yang bayar gaji mie pun.

Cadang nak pegi lepak kat KLCC. saje nak tenangkan fikiran. kebetulan kak lela cuti, so mie ajak la dia pg KLCC skali. nasib baik dia nak ikut.. kalo tak, alamatnya mie layan perasaan sorang2 je la kat taman KLCC tu. pastu try call achik s/ada dia nak join mie ngan kak lela lepak kat KLCC atau tak, masa dalam talifon kedengaran achik beria2 je nak join sekali. achik soh mie ngan kak lela tunggu dia kat KLCC. so, sementara tunggu achik sampai, mie ngan kak lela jalan2 kat dalam SURIA KLCC. lama betul tunggu achik.. kami dah hampir terokai sume kedai2 dalam SURIA KLCC tu namun achik masih tak muncul2. mie cuba call dia tapi tiada jawapan. geram betul masa tu. bukan ape, kalo taknak join, cakap je la taknak join. kan senang! takyah susah2 orang nak tunggu dia. malas nak tunggu achik, kami pg tengok wayang citer SUN SHINE. best jugak la citer dia(tak bosan)masa dalam panggung, tetiba dapat msg dari achik mengatakan dia tak dapat nak join kitaorg. ceishh!! berdebah sungguh minah nie.. rasa nak cekik2 je dia kalo jumpe. erm, dah 10 tahun mie kenal achik memang dah cukup masak dengan sikap dia tu. marah macamana sekalipun tak ada gunanya.

Lepas habis wayang, kitaorg jalan2 kat dalam SURIA KLCC lagi dan kak lela banje kek secret recipe. yummy! sedapnyer kek chocolate indulgence..



SABTU (14-04-2007)

Achik call bg tahu zuria (school mate masa kat mti) ada kat KL(umah dia). zuria nie salah sorg dr member rapat mie masa kat mti dulu. last jumpe zuria masa di tingkatan 2. sebab masa tingkatan 3, zuria pindah sekolah lain. kira dah 8 tahun la tak jumpe dia. zuria dok ipoh.. baru je tamat blajar. bulan depan dia start keje dah so, sebelum dia start keje tu yg datang KL tu. achik ajak mie bawak zuria jalan2. kegeraman dgn sikap achik semalamnya menjadi bekurangan sbb teruja nak jumpe zuria. nasib la ko..


Kami berjumpa di TIME SQUARE. rasa nak jerit je masa 1st time jumpe zuria.. dia langsung x berubah seperti 8 tahun yg lalu. kecik n comel gitu! kami lepak2 kat Mcd sambil makan bubur ayam. banyak pekara yg kami sembangkan. kenangan2 bersama di MTI kami ungkit kembali. argh! indahnya kenangan2 masa dizaman sekolah dulu. tak sangka betul kami akan bertemu lagi setelah 8 tahun x berjumpa. syukur alhamdulillah di atas pertemuan yang tak di sangka ini.



Puas berborak, kami jalan2 kat area lowyat dan sungai wang. susah betul nak cari surau kat sana. ada satu surau tu betul2 buat mie beristighfar beberapa kali. caj utk ambil air semayang adalah 50 sen. ya allah.. 1st time mie jumpe surau yg mengenakan caj untuk orang ramai mengambil air sembahyang. astaghfurullahal'azim.. ape akan berlaku 10 atau 20 tahun akan datang? agaknya nak masuk masjid pun kena bayar. nauzubillah... kami cari surau yg lain dan alhamdulillah masih ada surau yang tidak mengenakan caj untuk orang ramai mengambil air sembahyang.




Jam menunjukkan ke angka 8.00 malam. mie harus pulang.. teruja nak nengok Shawal wat persembahan kat konsert af malam tu. tapi ntah macamana mie teringat kat char koew teow kerinchi. adeih! mengidam agaknya kot. dari bukit bintang mie sanggup pegi kerinchi beli char koew teow tu untuk di bawak balik. ingatkan tak sempat dah nak nengok af tp tak sangka mie leh bawak motor dari kerinchi ke rumah mie dalam 1/2 jam je. sempat gak tengok konsert akhirnya. hehehe teruk betul perangai! exceli, mie takder la minat sangat pun af nie. tapi ntah kenapa mie teruja betul nak nengok Shawal tu. mungkin ada kisah disebaliknya kot. nanti2 la mie citer ape kisahnya.. muahahahaha..

AFUNDI SHAWAL.. hehehe, mie tak pernah undi pun.. :p




AHAD (15-04-2007)

Semalam bincang2 dengan achik nak bawak zuria jogging kat TAMAN TASIK TITIWANGSA. pastu nak sarapan ngan kak lela. tapi lepas je solat subuh pagi tadi mie tertido dan sedar2 dah kol 11.00 pagi. ya rabbi! nampaknya takde jogging la hari nie. mie sms achik "Woiit! kata nak pg jogging.. hampeh tol la.." tak lama lps tu achik balas sms mie "aku kat umah kak lela nie. dia sakit la.. ko datang la umah kak lela pastu kita jalan2.." ya allah! kak lela sakit lagi.. sejak 2 menjak nie kak lela asyik sakit je. kak lela nie ada penyakit asma dan mungkin sejak 2 menjak nie dia kurang rehat sbb tu penyakit dia asyik menyerang je. semoga allah memberi kesihatan yg baik buat kak lela.. ameen.

Lepas zohor mie pg umah kak lela.. konon nak melawat kak lela la.. tp sebaik sampai kat umah kak lela, kelihatan kak lela sedang start motor. uikss!! kata sakit.. tapi pakai cantik2 n start motor tu nak kemana. nak kuar ikut kitaorg jugak la tu. dan ternyata anggapan mie benar. eeii kak lela nie degil betul.. dalam2 tak sihat tu nak jugak kuar. tapi takleh nak marah jugak la.. mungkin dia bosan dok umah je.. erm, harap2 kesihatan kak lela baik la sepanjang hari ini. doa mie ketika tu..

Destinasi kami hari nie adalah TIME SQUARE, MID VALLEY dan ONE UTAMA.. Rancangan terakhir kononnya nak nengok wayang kat ONE UTAMA tu tapi terpaksa batalkan pabila kami terleka di IKEA.. jam menunjukkan pukul 11.00 malam dan mie mesti pulang sebelum jam 12.00 malam.. itu adalah undang2 yg mie buat utk diri mie sendiri.. lepak sampai jam 2-3 pagi memang la mie tak kisah dan pernah beberapa kali mie lakukan lama dulu.. tapi sekarang nie mie rasa mie perlu disiplinkan diri mie. mie taknak biasakan diri balik lewat2 malam.










1 comments:

aria ayumi April 18, 2007 at 11:24 AM  

huhu kak mie minat shawal ke... ;) bestnye akak bleh gi jenjalan... diya jgklah... erm...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP