Hujung Minggu yg BEST!!

>> Sunday, April 8, 2007

Sabtu 070407

Hari yg sangat meletihkan tetapi seronok.. oleh kerana PENCARIAN JUARA LONGKANG MSJBOX dan nengok wayang akan berlangsung petang tu, so pagi2 lagi mie dah bangun kemas umah n basuh baju. sesekali berlari2 ke ruang tamu nengok kartun. ihiks! mengemas rumah dan membasuh adalah salah satu dari xtvt masa lapang mie. kerana bagi mie, membuat kerja2 rumah boleh menghilangkan stress dan mie suka basuh baju guna tangan sambil main buih sabun... hehehe. yg mie rasa penat sangat semalam mungkin sebab mie basuh carpet kot. nasib baik si kecik 'aina' tolong sekali. walaupun buat keje x seberapa namun, keletahnya benar2 buat mie terhibur.

Asyik mengemas. sedar x sedar jam dah menunjukkan ke angka 1.15pm. alhamdulillah sume kerja umah siap sepenuhnya waktu tu. puas hati rasanya. kelmarin kak retna sms jam 2.15am dia akan sampai umah mie. so, tanpa buang masa mie mula menyiapkan diri. kalo boleh biarlah masa kak retna sampai tu mie dah sedia utk pergi. tak sempat nak lunch pun masa tu kak retna bg tahu dia dah sampai n tunggu mie nun jauh ditepi highway MRR2. so, mie kena menapak sket la nak kesana. kelihatan seseorang yg cukup asing bagi mie berada dalam kete sebelah kak retna. dia adalah kak kiki. 1st time jumpe kak kiki. rasa macam dh kenal lama plak dia. nice 2 meet u kak kiki...;) walaupun kak kiki nie tak banyak cakap. lepas ambik mie, kak retna ambik shai plak kat ukay perdana. adeih! memang masa tu peeenat sangat. nak je kansel kuar dgn diorg semalam. tp nak wat cemana masa tu mie dah ada dlm kete kak retna yang meluncur laju menuju ke THE MINES. dalam perjanan plak kak retna dapat call dari kak sheda mintak tolong ambik sodep kat mana ntah. yg mie tahu masa tgh cari2 umah sodep tu mie rasa macam nak pensan. pusing sana, pusing sini, pusing balik.. kepala pening n rasa nak muntah pun ada. mungkin sebab perut kosong kot. memang masa tu ingat nak soh kak retna benti tinggalkan mie kat mana2 n mie akan balik umah naik teksi je. tapi mie cuba bertahan dan alhamdulillah masa sampai je kat THE MINES, mie ok la pulak. dah x sakit kepala dah. maybe excited nak main bowling n tengok wayang kot. hehehe..

Bertambah semangat bila jumpe kak sheda, kak meera n azkam.. jumlah sume yang hadir adalah 8 orang. hehehe meriah kan?! nasib baik mie tak ikut kata hati utk balik umah. nengok kak meera, kak sheda n azkam makan ayam magik. (eh! betul ke nama masakan ayam yg korg makan tu ek?!. )nengok azkamnyer ayam tinggal tulang. "huis! macam sedap je.." bisik hati mie.. tapi masa tu perut nie rasa nak makan nasik je la. lalu mie terus order nasik putih + ayam percik dan air mineral. cis! cis! cis! nasik putih + ayam percik tu tak sedap langsung. uwaaa tensennyer! dah la lapar. masa tu mula la teringat nasik kat umah. sotong masak sambal, cendawan goreng, sayur kangkung.. huhuhu takpe, redha.

Lepas makan, kitaorang pegi beli tiket wayang JANGAN PANDANG BELAKANG yg akan ditayangkan pada 5.30pm. oleh kerana kami mempunyai 1 jam lagi sebelum 5.30pm, kami pergi ke pusat bowling. konon nak main la kan.. tapi, alangkah malangnya nasib kami.. lane2 kat pusat bowling tu penuh dengan budak2 UPM yg mungkin sedang bertanding kot. erm, kami tukar plan untuk pergi lepak2 kat CC sebelah pusat bowling tu. wargh sedihnya! CC tu pun penuh dengan budak2 bermain game. alahai.. last2 kitaorang sume main game kat pusat game dalam THE MINES tu. hahaha hambik! kak retna n kak sheda main game kete, tak tahu la gheti ke idak diorang tu main sebab masa tu mie pegi main bola jaring. hehehe puas hati sebab banyak bola masuk jaring. ihiks! sodep lak main game menari2 manakala yg lelain tu mie tak pasti. lepas tu kak retna, kak sheda, sodep n azkam main game tembak2. sekejap je nengok diorg tu main dah game over. muahahaha.. pastu mie ngan kak retna lak try main game tembak2 vampire. x sampai beberapa saat dah GAME OVER. ayark!




Dalam perjalanan nak ke panggung, tersinggah plak kat pusat gambar. tak tahu nak panggil ape mende alah tu. kitaorg kena dok dalam mesin tu. pastu mesin tu akan mengambil gambar kitaorg secara automatik dan gambar tu pula akan diedit cantik2 oleh staff2 kat situ. ntah macamana kami teruja dengan mende alah tu. habis 24 hengget melayang kat pusat gambar yg menipu itu. sebab ape mie cakap gambar menipu? sebab muke2 kat dalam tu sume nampak macam org jepun. hehehe macam2 aksi kami ketika bergambar dalam tempat tu.. lawak je. tp mie suke la. cute je gambar2 tu. nanti nak tangkap gambar camtu dengan ........ sape ek?! ntah la. tak jumpe lagik. hehehe.. kak retna banje ambik gambar tu sebab tak jadi main bowling.. TQ kak retna. love u soo much.. mmmuuuahhkss :x:x

Nie ler diantara dari aksi2 kami..


Asyik dengan bergambar, kami dah terlepas beberapa minit citer JANGAN PANDANG BELAKANG. sebaik melabuhkan diri atas kerusi dalam panggung, mie terasa nak pegi toilet la pulak. adus! takut benarnya. tp kena gak pegi. masa nak pegi toilet tu mie berlari. nasib takde org nampak. kalo tak sure org kata mie takut. hehehe seram la bilik air dia. setelah selesai mie kembali duduk di tempat mie. dan cuba memberi tumpuan pada cerita tu. dan tiba2 'dummmmmmmmm!' dan secara automatiknya mie menjerit. astaghfirullahalazim.... sound effect dia betul2 buat jantung mie rasa macam nak tercabut. mie tutup muka dan kadang2 mie tunduk bawah. tp rasa x puas hati. nak gak tengok citer tu. mie cuba utk tidak menjerit dengan menutup mulut mie. tapi, terlepas jugak. oleh kerana sodep dah pernah tengok citer tu sebelum nie, dia ada la bg tahu kat mana part2 hantu keluar. tp, mie still jugak terkejut n menjerit. tak boleh nak kawal la.. adoi! kesian kak retna n kak kiki. malang sungguh diorg dok sebelah mie. masa keluar dari panggung sume org citer pasal mie. malunyer! kak retna asyik cakap sakit jantung, sakit jantung.. hahaha harap2 diorg tak serik la ajak mie tengok wayang citer seram lagik. ihiks!

Lepas tengok wayang, kami lepak2 kat kedai mamak berdekatan dengan taman tema MINES WONDERLAND. lepak2, bergambar sambil bergosip. hehehe.. oleh kerana shai yg nampak beria2 nak balik cepat (nak tengok konsert af) la tu.. kami sudahkan makan malam kami tu. cis! cis! cis! kat situ pun tak sedap makanan dia. sian sape2 yg order roti canai liat tuh. :D nasib baik mie order maggi goreng. tak berapa sedap tapi masih boleh ditelan la. mie sampai umah tepat jam 9.00am. yey! dapat tengok konsert. terima kasih kak retna. lupe la nak bayar parking... :D next time saya bayar ek kak retna cayang.. sedih la noni kuar. cian syawal takde kawan... (ToT) sob.. sob.. sob..



+++ TAMAT CERITA HARI SABTU +++

Ahad 080407


Dari pagi sampai ke petang mie tak kemana2 pun. kira2 jam 6 petang kak lela msg ajak teman dia tengok wayang. kak lela kata, kalo mie tak nak pegi sekalipun dia akan pegi tengok sorang2. alahai.. "cian lak kat kak lela.." detik hati mie. lalu, mie bersetuju untuk teman dia. lagipun dah lama tak jumpe kak lela.. rasanya kali terakhir jumpe dia masa tengok wayang citer BRIDGE TO TERABITHIA dengan achik beberapa minggu yg lalu. selepas maghrib, kak lela datang ambik mie kat umah. kami tengok kat GALAXY lagi. sebab, itu je la panggung yg dekat dgn umah kitaorg hehehe.. kononnyer kak lela nak ajak tengok JANGAN PANDANG BELAKANG tapi oleh kerana mie dah nengok semalam n dah x sanggup rasanya untuk menjerit lagi, mie ajak kak lela tengok citer lain je kecuali citer seram sebab jam dah hampir jam 8.00am. pantang sket nengok citer seram memalam nie... ;) dengan kata sepakat, mie ngan kak lela nak tengok MR BEAN HOLIDAY tapi tempat duduk penuh plak. at last kitaorg tgk THE HITCHER citer kisah pembunuhan. adeih! mie rasa mie nie dah terkena sampuk dengan citer JPB semalam la. sebab masa tengok THE HITCHER pun mie asyik terkejut n menjerit je. ingatkan bila tgk citer camtu, dah takde la aksi jerit menjerit nie. erm, kesian kak lela. time mie menjerit je, dia sure urut dada (terkejut). hahaha adoi larr. citer tu banyak tol part2 yg buat org terkejut. rasanya kalo 100 kali ada babak2 terkejut tu, mau sakit jantung dibuatnyer.. pepon, kak lela kata citer tu x membosankan sebab ada budak kuat jerit. ceh! perli la tu.

Moral dari cerita nie "jangan tumpangkan sesiapapun yg tak dikenali"...

Lepas tengok wayang, kak lela ajak main bowling kat AMPANG POINT plak. mie mengikut tanpa bantahan. lagi pun khado balik semalam tak jadi main bowling. kami main satu game je. dah lama x main bowling, asyik masuk longkang je bola tuh. ada la sekali 2 mie dapat jatuhkan sume pin. namun mie tetap kalah di tangan kak lela. ermmm..


+++ TAMAT CERITA HARI AHAD +++


Psstt : rasa macam nak gugur jantung neh!

SAPE NAK JOIN MIE MAKAN SHUSHI KING? RM 2.00 SETIAP SATU PLATE... BUKAN SENANG NAK MAKAN SHUSHI KING MURAH NIE.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP