Benci...

>> Wednesday, March 14, 2007

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216) .


Mie pernah membenci seseorang satu ketika dulu dan alhamdulillah mie berjaya menukar kebencian itu sebagai kekuatan untuk mie harungi kehidupan mie yang seterusnya. dan sekarang, ada seseorang lagi yang seolah2 menyuruh mie membenci dirinya. beraninya dia mempermainkan perasaan mie walaupun telah berjanji untuk tidak melukakan hati mie. mie rasa benci, marah sangat apabila teringat segala yang telah dia lakukan. tapi, mungkin allah tak benarkan perasaan benci terhadapnya terus wujud dihati mie sebab ntah macamana mie terbukak email mie yg tak pernah mie explore.. ada satu email yang berjaya menarik perhatian mie untuk meneroka segala isi yang terkandung didalamnya. sudah sebulan lebih rupanya email tu dikirim.. erm.

Date: Sat, 10 Feb 2007 03:39:57 +0000 (GMT)
From: "Fahmi_SR" Add to Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.co.uk. Learn more
Subject: Assalamualaikum...
To: "@},-Mie ."

Assalamualaikum,

Pertama sekali sy nak minta maaf kalau sekiranya e-mail nih datang dengan tak semena-mena dan mengganggu ketenteraman Umie di sana. Sy tak bermaksud nak mengganggu kehidupan Umie. Kedua, sy mohon izin untuk memanggil awak dengan nama Umie.

Dah hampir satu bulan tak ada apa-apa berita tentang Umie selepas kita berpisah. Sy tahu Umie selalu online YM!, tapi sy tak ada kekuatan untuk menegur Umie. Kalau dulu sy selalu fikirkan bahawa tak semestinya pihak lelaki yg kena tegur wanita, tapi kali ini perasaan sy lebih kepada takut. Sy takut kalau-kalau sy tegur Umie, akan menyebabkan Umie rasa tak selesa.

Semalam sy jalan-jalan dalam Friendster. Sy tengok-tengok koleksi kawan-kawan yg sy ada dalam Friendster. Pada mulanya sy tak perasan sangat, tapi bila sy ulang tengok beberapa kali, sy dapati sy kehilangan satu Friend Profile dalam ramai-ramai kawan dalam Friendster tu. Kenapa Umie buang profile saya? Dah tak nak berkawan dengan saya ke? Mungkin sy tak berhak nak tentukan profile siapa yg Umie nak delete, tapi sy tak sangka perpisahan kita akan memutuskan ikatan persahabatan jugak.

Umie,
Sy mula sedar sekarang, bahawa lebih baik menyayangi seseorang tu dalam keadaan dia tak tau kita menyayangi dia, ketika dia sekadar kawan kita.. berbanding menyatakan rasa sayang tu dan menukar ikatan persahabatan kepada ikatan kasih. Kerana bila ikatan kasih putus, ikatan sahabat juga terlerai.

Semenjak kita berpisah, sy tak pernah jelaskan sebab kenapa saya buat keputusan untuk berpisah. Untuk itu, sy akan jelaskan kesemuanya di dalam email ni. Lepas nie, kalau Umie rasa sy bersalah, sy mohon jutaan maaf.

Sy pernah bagi tahu dulu bahawa sy bukanlah lelaki yg baik seperti yg dibayangkan. Dan sy juga pernah berkata yg sy akan berusaha menjadi lelaki yg baik. Sy minta untuk berpisah bukan kerana sy bencikan Umie, bukan kerana Umie gadis yg tidak baik dan bukan juga kerana fizikal Umie. Tidak ada kaitan langsung dengan perkara-perkara tersebut. Ikhlas sy katakan Umie adalah gadis yg baik. Bukan sy nak ambil hati Umie, tapi ini adalah apa yg sy nampak dari diri Umie sejak dulu.

Sy dah banyak sakitkan hati Umie sejak mula kita bercinta hinggakan sy rasa sy bukan berusaha menjadi seorang yg baik tapi menjadi yg sebaliknya. Sy juga rasa sy tak mampu untuk berikan rasa bahagia pada Umie kerana cara sy menyampaikan rasa cinta sy tak sama seperti yg Umie mahukan. Pada sy cinta tak semestinya dizahirkan dgn mesej, telefon, perbualan, pertemuan dan sebagainya. Bagi sy, cukup sekadar sy tahu bahawa sy menyayangi seseorang, dan dia juga tahu dia disayangi oleh sy.

Sy mengaku bahawa kesilapannya adalah pada sy. Kerana cinta ini, sy lah yang mulakan dulu. Sy sedar kesilapan itu. Sy tak tahu macam mana nak mohon maaf dari Umie. Sy malu. Sebab saya yg mulakan dan sy juga yang rosakkan dan sy juga yang tamatkan cinta tu. Kalau masih ada peluang, sy mohon maaf sebanyaknya dari Umie kerana melakukan semua ini.

Biarlah saya terus terang saja di sini. Sy tamatkan cinta ini untuk kebaikan kita. Kerana sy rasa sy mula lalai dengan cinta yg pada mulanya sy berjanji pada diri saya untuk memeliharanya. Sy gagal mengawal diri sy untuk tidak lalai dengan cinta nie. Sy taknak kita melakukan perkara yg tidak boleh dilakukan di dalam agama kita. Kerana setiap yg kita buat sentiasa dikira olehNya.

Sy tak tahu samada perlu untuk sy jelaskan atau tidak. Kita telah sebenarnya melanggar peraturan agama kita sendiri. Kita tak sepatutnya berjumpa dulu, dan kita banyak berbual perkara yg melalaikan seperti berkhayal tentang masa depan dan perkahwinan dll. Itu semua akan membunuh cinta Allah kepada kita, bukannya menambah cintaNya ke dalam cinta kita. Sy lah yg bersalah kerana sy tahu semua ini, tapi sy mendesak juga untuk berjumpa Umie dulu, sy juga yg melayan perasaan sy hingga kita lalai dan lari jauh dari batasan cinta yg ditetapkan Allah swt. Kerana sy tak mahu lagi membiarkan diri Umie lalai dengan cinta yg sy bawa itu, sy mohon untuk berpisah sahaja. Sy pernah berjanji untuk menjaga Umie dari perkara yg tak baik, tapi sebaliknya sy yg bawa Umie kepada perkara semacam tu.

Memang pedih bila nak difikirkan balik tindakan nie. Sy tidak pernah membenci Umie atau merasakan Umie tak sesuai dengan sy. Cuma sy tak mahu lagi cinta kita menjauhkan kita dari Allah. Sy tahu mungkin pelik pd pandangan Umie alasan yg saya beri nie. Tapi percayalah, inilah saja sebabnya sy mohon bepisah.

Akhir sekali, untuk kesekian kalinya, sy menyusun sepuluh jari mohon jutaan maaf dari Umie atas kesalahan yg dah saya lakukan selama ini. Halalkan apa-apa saja dan sy juga menghalalkan semua. Semoga Allah berikan insan yg lebih baik dari sy kepada Umie yg dapat membawa Umie kepadaNya. Sy doakan Umie tenang dengan kehidupan sekarang. Kalau Umie rasa tak perlu untuk kita sambung semula persahabatan kita, sy terima keputusan Umie. Kerana sy tak berhak memaksa Umie.


Assalamualaikum...

fahmi

~*~*~*~*~*~*~*~*~


Dengan tak semena2, air mata mie turun mencurah2 walaupun sudah berkali2 mie cuba untuk tidak menangis lagi kerana hal2 yang sering merosakkan mood mie ni dan bermula la persoalan demi persoalan yang timbul dari lubuk hati mie.. mie telah buat dia lalai melaksanakan t/jawap terhadap allah kah?! nauzubillah.. ia salah satu drp soalan2 yang membuatkan mie tak lena tdo semalam. kenapa sejauh itu pemikiran dia. kami pernah jumpa hanya sekali dan boleh dibilang berapa kali kami berbual di talifon. aduhh!! kadang2 cinta nie betul2 buat mie bingung. kalau masa dgn Mr'ex' mie dah boleh accept bahawa dia bukanlah yang terbaik utk mie. tapi bila dah jumpa dengan dia, seseorg yang mie rasa baik dan mampu membimbing mie, macam nie la pulak masalah yang timbul. mungkin dia dia juga bukan yang terbaik untuk mie kot. adeihh sakit kepala menyerang lagik.. *duishh*

Mintak maaf banyak2 kat sesape yang rajin datang kat blog mie nie.. mie tahu, tentu sume org bosan sbb mie asyik becerita ttg kisah sedih je kan? tp mie rasa ini lah yang perlu mie buat kerana tujuan mie create blog nie pun semata2 untuk mie luahkan ape yang mie rasa. maaf yer adik, kakak, abang, pak cik, mak cik yang selalu singgah kat blog umie nie. sebenarnya, mie sendiri tak suka sangat nak layan2 perasaan nie sebab mie bukankan orang yang sebegitu. cuma kadang2 tu mie betul2 tak dapat nak kawal perasaan.

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Jika kau pernah terluka kerana seseorang….
Cubalah untuk tidak membenci dia..
Kerana kau akan selalu teringat apa yang pernah dia lakukan kepadamu…
Menyakiti dan mengecewakan hatimu…
Dan kau akan selalu mengingati dia dan semua tindakan dia…
Semuanya membuatkan kau lemah..
Kerana hatimu telah diselubungi dengan kebencian dan ingatan pada dia…

Jika kau pernah disakiti oleh seseorang…
Jangan kau cuba melupakannya…
Semakin kau berusaha melupakannya, semakin kuat pula ingatan itu tertanam di hati dan fikiranmu…
Biarkan saja… nikmati saja rasa sakit itu..
Hingga rasa sakit itu akan menjadi sesuatu yg biasa buatmu
Dan hatimu kebal terhadap rasa sakit itu.
Sampai akhirnya, suatu pagi kau bisa bangun dari tidur dan berkata.
“siapa dia yang ingin mengecewakan aku? Dia bukan sesuatu yang bererti dalam kehidupan aku,”

psstt : biarkan saya sendiri.. awak berhak buat ape sahaja yang awak mahu...

7 comments:

chii March 14, 2007 at 5:25 PM  

apa yg mampu chii katakan ialah semoga umie tabah menghadapi segala dugaan yg diberi..Allah xkn sengaja menguji umatnya sekiranya Dia tahu umatnya itu mampu atau tidak.

semoga apa yg berlaku, ada hikmah disebaliknya..sekiranya air mata dpt menenangkan hati yg resah...biarkan ia mengalir ngan derasnya..kemudian tutup buku lama..dan buka la lembaran yg baru. usah dikenang kembali

gurl March 14, 2007 at 9:33 PM  

bersabar yer umie...
mungkin ader hikmah sumer tu terjadi..
so igt Allah bebanyak erk...

meen March 14, 2007 at 9:43 PM  

umie...jadikan pengajaran untuk cinta yang akan datang. Jangan serik dan usah la ditangis pemergian dia.
Believe me..kak meen dah laluinya 3 kali. I know its hurt but its not worth to cry for him..be strong k

.::{ uMIe }::. March 14, 2007 at 10:56 PM  

Chii~~> terima kasih chii.. umie dah ok skrg.. cuma kdg2 tu je teringat.. terasa diri nie macam x layak utk mengecapi kebahagiaan... pepon, umie yakin dgn kata2 chii tu sbb ia ada tercatit didalam al-quran.

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


Gurl~~> terima kasih gurl..

.::{ uMIe }::. March 14, 2007 at 11:11 PM  

kak meen ~~~> terima kasih kak meen.. jangan risau. rasanya saya tak pernah serik dengan ape yg dah saya lalui.. :)

chii March 15, 2007 at 1:36 AM  

yeszaa...itulah yg mau kita dgr..
go go chaiyo!!

.::{ uMIe }::. March 15, 2007 at 2:15 AM  

Chii~~> AJA AJA FIGHTING!!!!....

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP