Tergamak dia...

>> Tuesday, February 6, 2007

Dia pernah bertahtah dihati mie setahun yang lalu... dia juga pernah mie benci kerana mempermainkan perasaan mie... saat itu hanya tuhan yang tahu bagaimana mie hadapi saat2 ditinggalkan insan tersayang.. bagaimana mie motivate diri mie sendiri untuk menerima hakikat dan tidak terus membenci dia sehingga mie berjaya melalui segalanya dan menerimanya sebagai kawan.. dia sendiri mengaku kesilapannya terhadap mie.. so, tak salah rasanya untuk mie memaafkan dia dan menerima dia sebagai kawan kan? dalam pada itu mie cuba kikis sedikit demi sedikit perasaan sayang pada dia yang masih berbaki dihati mie.. dia dah punya kekasih yang baru ketika itu jadi tak baik rasanya kalau mie terus menyimpan perasaan tu.. lagipun dah mie tetapkan pendirian mie untuk tidak menerima dia kembali setelah ape yang dia pernah lakukan terhadap mie.. selama kami berkawan mie sehabis cuba untuk tidak 'lebih-lebih' hanya kerana dia dah berpunya... mie cuba menjadi kawan yang baik terhadapnya.. tapi ntah dimana silapnya dan ntah apa dosa mie padanya sehingga tergamak dia menipu mie dan cuba mempermainkan preasaan mie sekali lagi.. ya allah, semoga allah memberi petunjuk padanya.. dia pernah menyatakan bahawa dia masih menyayangi mie.. nasib baik mie dah tetapkan pendirian mie untuk tidak kembali padanya... sehinggalah mie dapat tahu perkara sebenar dan apa yang tersirat dihati dia selama ini.. dia berbuat baik terhadap mie semuanya ada niat yang sangat jahat.. semoga allah kuatkan semangat mie untuk menghadapi semua ujian2 ini..

Alhamdulillah syukur kepada allah kerana telah bongkarkan segala2nya... memang mie terkilan sangat dengan ape yang dia lakukan.. kenapa dia tak pernah sedar akan kesilapannya? kenapa mesti dia lakukan semua ini terhadap mie? kenapa dia sanggup permaikan perasaan seorang kawan yang pernah bertahtah dihati dia? syukur sangat diatas permisahan kami dulu.. agaknya inilah hikmah disebalik apa yang berlaku.. sesungguhnya dia tak layak untuk dijadikan sebagai kawan sekalipun.. astaghfirullahal'azim.. semoga tiada benci dihati mie terhadap dia..

Psstt : semoga allah memberi petunjuk kepada mie dan juga dia..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP