Seseorang Untuk Mie..??!

>> Tuesday, February 13, 2007

Abg zely dan semua keluarga mie masih belum tahu ape yang dah berlaku antara mie, mr'ex dan MFS.. Sehingga kini mereka masih beranggapan bahawa mie masih ada hubungan dengan mr'ex' dan MFS.. namun, mereka seolah2 dapat rasakan bahawa perhubungan mie dengan mr'ex' dan MFS takkan kemana.. lalu mereka bersungguh2 mencari 'seseorang' untuk mie.. seseorang itu adalah kawan abg zely sendiri.. huh! berani sungguh dia nak rekemen mie kat kawan dia.. abg zely kata mamat tu ada ghupe, berharta dan sembahyang tak tinggal.. mamat tu pun keje macam abg zely jugak.. terbang sana sini.. maknanya, kalo mie kawen dengan dia(kwn abg zely) mie terpaksa berpisah 2-3 bulan la kalo dia kerja.. hahaha itu kalo mie terima dia la.. tapi, rasanya mustahil, mustahil secepat ini.. rupa paras, kekayaan, pangkat sume tu bukanlah satu syarat wajib untuk mie membina perhubungan yang baru.. mie tak berani nak cakap tentang bagaimana lelaki pilihan mie... segalanya mie berserah pada allah. mie percaya dengan ketentuannya.. buat masa dan ketika ini biarlah mie begini.. mie nak tunggu umo mie cecah 25 tahun, kalo still takder orang ndak, baru pk nak soh org rekemenkan ke ape.. hehehe aci dak?!!

Kat pusat game jusco... ape dah nama game tu, tak tahu la mie.. menarik gaks!

""Jangan Mengucapkan Kata-Kata Indah Dan Manis Buatku Kerana Aku Takut Akan Menyanyangimu... .. Jangan Mengambil Berat Tentang Diriku Kerana Aku Bimbang Akan Mengasihi Dirimu..... Jangan Terlalu Baik Padaku Kerana Aku Takut Akan Merinduimu.....""

Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan... *nyayi ikut rentak lagu JANGAN CEPAT MARAH-aznil... ahakss!!

Psstt : Cinta tak perlu dicari.. ia pasti akan datang sendiri..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP