Rindu , Aina & Homework..

>> Thursday, February 22, 2007


Gambar ex-opis(majutera) 2003-2005
Dari kanan kak asha, kak ida, mie, kak nurul n kak ila.. gambar nie diambil oleh kak siti.. hari jumaatkan break lama.. so, itu lah rutin kami staff2 pompuan.. jalan2 cari makan..

Rindu kat akak2 sewaktu mie bekerja di MAJUTERA dulu.. walaupun mie adalah staff termuda di ofis tu, namun mereka tetap melayan mie dengan baik.. mereka melayan mie sama seperti opis mate yang lain.. ketika mie bersedih, mereka buat mie ketawa dan ketika mie ada masalah, mereka memberi mie semangat.. mereka sangat baik!.. 2 tahun mie bekerja di MAJUTERA sehinggalah mie mendapat peluang kerja di tempat yang jauh lebih baik.. demi masa depan, mie harus terus melangkah.. baru2 nie kak ila telah melahirkan cahayamatanya yang ke-2 selepas amidala batrisya(anak pertama kak ila...) dan kak asha juga bakal melahirkan cahayamatanya ke-2 selepas Putri alya(anak pertama kak asha..) mac nie.. Tahniah buat mereka berdua.. seronok tengok diorang sampaikan kadang2 mie rasa cemburu pada mereka.. punya keluarga sendiri diusia yang muda.. sedangkan mie sendiri masih belum nampak bayang bakal suami mie pun.. ntah ape hikmah disebalik ujian yang allah berikan pada mie, mie sendiri tak pasti..

~*~*~*~*~~*~*~

Sempena cuti panjang nie, mie banyak habiskan masa dirumah.. bermain dengan ariff dan memerhati aina menyiapkan kerja sekolah.. seronok dan tenang sekali melihat mereka membesar didepan mata.. walaupun bukan mie yang melahirkan mereka namun, perasaan sayang terhadap mereka sangat mendalam. mungkin disebabkan mie sememangnya sangat sukakan kanak2.. pernah satu ketika mie menaruh impian untuk mengambil anak angkat sekiranya mie tak berkahwin sampai tua.. dan sekiranya mie punya wang yang berlebih2, mie ingin sekali membuka rumah anak2 yatim.. insya’allah. segalanya biarlah allah yang menentukan.. sebelum tu, mie akan pastikan mak n ayah mie terjaga dan bahagia.. sungguh! saat ini mie betul2 rindukan mereka.. semoga mereka berada dibawah lindungan allah.. aminn..

Sejak 2 menjak nie, aina asyik mengelak je bila disuruh siapkan kerja sekolah.. kak lah dah puas marah, namun dia tetap mengelak.. tapi kalo buku2 latihan yang ibu dia beli tu ter'over' rajin la pulak nak buat.. at last, kak lah serahkan t/jawap tu pada mie.. biarpun mie nie takder pengalaman didalam mendidik dan membesarkan anak2, tapi mie seolah2 faham kehendak mereka.. nah! Hasilnya aina siapkan juga homeworknyer walaupun pada mulanya dia nak taknak je ikut cakap mie.. kadangkala mie terfikir *susah juga nak mendidik anak2 nie…* untuk mendidik dan membesarkan mereka memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang banyak.. kadangkala rasa penat sangat melayan karenah mereka namun mie rasa bahagia.. dan sedikit sebanyak ianya memberi pengalaman buat mie untuk mendidik anak2 mie kelak…

Mie sangat suka dan sayangkan kanak2... tapi bagi mie, sayang tak bermakna kita langsung tak boleh marah dan hanya mengikut kehendak mereka.. ada ketika, kita harus bertegas.. marah lah mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan.. mereka pasti akan menangis dan mengatakan bahawa kita tak sayangkan mereka.. waktu itu, peluklah mereka katakan bahawa perbuatan mereka itu adalah salah dan katakan bahawa anda marah kerana anda sangat menyayangi mereka dan ingin mereka menjadi seorang budak yang baik.. insya'allah ianya berkesan.. *aduhh! cakap macam dah berpengalaman membesarkan 5 orang anak...*

Mie marah aina sebab dia main2 ketika mie menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah.. dia menangis. mungkin dia sedih sebab mie memang jarang marah dia pastu, mula la membebel2 mengatakan bahawa mie tidak menyayanginya..

Selepas dipujuk, akhirnya........................


Psstt : teringin punya anak sendiri.... muahahaha...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP