Cerita tertangguh...

>> Monday, February 26, 2007

Khamis aritu mie ada janji dengan aina, jika dia siapkan kerja sekolah, mie akan bawak dia makan McD kat belakang umah mie nie.. sebenarnya memang mie nak bawak dia pegi makan McD selepas dia siapkan kerja sekolah tu.. tetapi memandangkan ariff pun merengek2 nak ikut serta so, terpaksa batalkan niat tu.. bukan taknak bawak ariff sekali.. tapi tahu la ariff tu kan kecik lagik.. kalo bawak makan kat McD tu kang mesti banyak masalahnyer.. esok je la bawak aina makan McD *detik hati mie* Dan esoknya pulak hujan turun mencurah2 disebelah petangnya.. banyak betul rintangan.. nasib baik aina memahami.. dan pagi2 sabtu tu dia dah bebel2 bila makcumie nak bawak kakak makan McD nie.. aritu kan dah promise.. hehe, mie ingatkan dia dah lupa dah. hari nie kita tak payah makan McD la.. ape kata kita pegi bermain kat Jusco?!.. hahaha.. melompat2 dia keseronokkan.. dan ariff yang masih belum pandai berkata2 turut tergedik2 seolah2 faham dengan kata2 mie.. sejuk mata memandang pabila melihat keletah 2 beradik nie..

Rancangan untuk bermain di jusco mie suarakan pada kak lah dan kak lah setuju untuk bawak budak2 nie bermain.. oleh kerana adik badik mie nie hantu Hindustan, so lepas habis citer Hindustan tu baru pegi…

Ariff takut2 je bila disuruh masuk dalam tempat yang banyak2 bola nie.. memang banyak giler bola, mie plak yg teruja nak masuk dalam nie... yer la, mie kecik2 dulu mana ada merasa sume2 nie..


Aina paling suka main kat tempat nie.. mie risau je takut belon2 tu pecah.. mie nie fobia sket dengan belon2 nie.. *tak suka bunyi belon pecah*

Ariff menjerit kegayatan.....

Mie suka tengok umah plastik nie.. cute je kan? teringat masa mie kecik2 dulu.. mie suka main 'pondok2'.. kat belakang umah. sekarang nie, tempat tu mak buat reban ayam...

Walaupun abg zely tak bersama, mereka tetap gembira...

Peace..............!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sepatutnya cerita kat atas tu mie 'publish' kelmarin lagik.. tetapi oleh kerana masa mie tengah upload2 gambar malam tu, mie rasa tak sedap badan. mie rasa mengantuk yang amat sangat, rasa tak terdaya nak duduk lagik.. lantas mie just save as draft je entri yg hampir siap tu. tetapi ntah kenapa agaknya mie tak boleh nak lelapkan mata pula padahal saat tu mie dah rasa mengantuk dan jam sudah menunjukkan ke angka 2.oo pagi. mie cuba juga pejamkan mata dan akhirnya mie berjaya tetapi tidur mie tak selena hari2 sebelumnya... pagi tu mie bangun sangat awal.. kira2 jam 5.30 pagi mie dah bangun berbanding hari2 biasa 6.45 pagi untuk solat subuh.. mie ambil kesempatan itu membaca al-quran sementara menunggu azan subuh. ntah kenapa saat tu mie teringatkan mak n ayah kat kampung.. ya allah, betapa rindunya mie pada mereka. semoga mereka berada dibawah lembayung rahmat dan kasih sayangmu.

Setelah selesai solat subuh, mie cuba untuk tidur semula.. namum, masih tak berhasil. mie betul2 buntu.. tak tahu nak buat apa.. dan ntah bagaimana mie terpandang sebuah novel di atas meje komputer mie.. novel bertajuk ADAM & HAWA hasil karya AISYA SOFEA.. kak dah bawak balik dari opis, kawan dia punya katanya..

Jadi, sepanjang hari semalam mie langsung tak mengadap komputer seperti selalu, asyik berkepit je la dengan novel tu... mie hanya berhenti membaca ketika solat dan makan je rasanya.. RATAPAN ANAK TIRI dan MUTIARA HATI tetap menjadi santapan mata.. tapi, time iklan je, mesti sambung baca balik.. hehehe mie takder la minat sangat baca novel nie sebenarnya.. tetapi mie teruja sangat nak tahu ape kesudahan cerita tu.. dan dalam masa sehari je mie dapat habiskan membaca novel yang mempunyai 496 mukasurat tu.. percaya tak??!

Psstt : Masih wujudkahh lelaki sesetia ADAM MUKRIZ.....??!

2 comments:

Noushy syah February 27, 2007 at 5:21 AM  

Jika itu soalan UMie..I think jawapannya ADA...memang ade lelaki yang setia..so faithful to her partner!! But remember, it takes 2 to tango..and I alwayz believe in it..

.::{ uMIe }::. February 27, 2007 at 6:00 PM  

Betul cakap NS tu.. memang masih ada lelaki yg setia.. tapi dalam novel mie baca tu kan, lelaki tu sanggup tunggu gf dia selama 8 tahun untuk kembali bersama.. :) tu

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP