Achik aka Halimatussa'adiah..

>> Saturday, February 17, 2007


Achik...

Achik aka Halimatussa'adiah.. erm, dah sebulan lebih rasanya tak jumpe minah nie.. dulu masa di mti, dia sering dikaitkan dengan mie.. bestfriends la katakan. dimana ada mie, disitu pasti ada achik dan begitulah sebaliknya.. mie sendiri tak pasti sejak bila dan kenapa kami boleh jadi rapat.. masih segar diingatan mie ketika di ting. 1, apabila mie kembali ke asrama selepas cuti semester.. "ehh, bukan ko ke yang balik pagi tadi...." dan ada satu suara yang lain "ehh umie, ada budak baru masuk dan muke dia macam ko la.." kata2 rakan se-asrama dengan mie betul2 memeranjatkan mie.. seram pun ada bila dikatakan ada orang yang sama wajah dengan mie.. dah la masa tu tengah kecoh bab2 'histeria2' nie.. segalanya terjawap apabila mie bersemuka dengan budak baru tu.. dialah achik aka halimatussa'adiah.. wajahnya dikatakan mirip wajah mie ketika di mti.. semua orang mengakuinya termasuk ustaz2 yang kadang2 mangatakan bahawa kami nie adalah kembar.. *ketawa* kelakar kan.. kadang2 tu kami berdua duduk didepan cermin besar dan cari dimana persamaan diwajah kami.. *takde pun..* mie pernah bertanya pada mak ketika mie bawak achik balik kampung. "mak, sume orang kat mti kata muka kami nie sama. betul ke??..." *mak senyum sambil memandang kami berdua* "kalau tak kerana kejadianNYA, mungkin kamu berdua tak serapat nie.." maksud mak mie jika muka kami tak ada iras2 kami takkan jadi bestfriend la ek? *ermm.. ntah..*

Walaupun kami dikatakan memiliki wajah yg hampir serupa, namun dari segi sikap kami sangat berbeza.. dan hanya orang2 yang benar2 mengenali kami tahu apa perbezaan sikap2 kami tu.. cuma mie sangat pelik apabila sesuatu yang dia inginkan pasti mie yang dapat.. padahal sesuatu tu pada mulanya mie langsung tak suka dan inginkan.. pernah satu ketika kami bertarung untuk memilik seseorang yang bernama Mr'L' *senyum* tapi 2-2 tak dapat.. sebab Mr'L' dah sangkut kat budak pompuan lain yg bernama anita.*ketawa besar* tapi mie dengan achik langsung tak rasa sedih pun.. sebab kami bukan minat betul2 pun kat Mr'L' tu.. cuma nak main2 je.. *ada ke camtu??..* kami selalu terlepas dari undang2 asrama.. walaupun dah ditetapkan bahawa pelajar tak dibenarkan keluar ke pekan taiping tanpa kebenaran, tapi kami seolah2 bebas dari segala undang2 yang ditetapkan.. tak ada sesiapa tahu bagaimana kami lakukan..*nakalkan kami* ihiks.. tapi kami tak pernah kaco orang.. kami suka buat hal berdua je.. walaupun kami sangat rapat, kami juga sering bergaduh.. tapi tak lama selepas tu pasti kami akan berbaik semula.. port yang kami suke lepak ialah Taman Tasik Taiping... sebelum lepak kat Taman Tasik kami pasti beli sesuatu yang boleh dimakan.. hehehe kami suke kaco orang datting...

Tamat ting.5 masing2 bawa haluan sendiri.. hampir 2 tahun kami tak berjumpa walaupun ada sesekali tu bercakap ditalifon.. tahun 2003 baru kami berjumpa kembali.. dalam keadaan dan suasa yang sangat berbeza dari zaman persekolahan dulu.. masa lapang kami tak sama dan sudah pasti masa untuk bersama2 tu sangat terhad.. namun ianya tidak menghalang malah kami masih rapat.. dan kali ini, ketika kami berjalan bersama2 tiada lagi kedengaran orang mengatakan "eh, kembar ke??.. adik beradik ke??" mungkin wajah kami dah berubah kot..

Sekarang nie dah hampir sebulan mie tak jumpe dia.. call pun tak jawap.. dengar cerita dia dah ada teman lelaki.. mie kenal budak lelaki tu(teman sekerjanya..) tapi ntah kenapa dia memilih lelaki yang jauh lebih muda dari dia.. dia seorang yang cantik, malah lebih cantik dari mie.. dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dan sesuai dengan dia.. ntah la, memang dari dulu mie jenis yang tak suka nak komen ape2 pasal dia.. sebab dia bukanlah seorang yang boleh terima pendapat orang sesuka hati.. jadik, mie berharap dan berdoa semoga allah beri petunjuk kepadanya.. dan semoga pilihannya adalah tepat.

mie ngan achik masa kenduri umah khadijah(ex-mti) gaks..

Psstt : rindu sangat zaman sekolah dulu..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP