Cerita dh lapuk - Tentang Aidilfitri

>> Thursday, October 25, 2007

Bismillahirrahmanirahim.... & Assalamualaikum sumer!
Waaa, lamanya mie tak apdate blog nie.. msg2 kat msjbox pun banyak tak terjawap.. maaf yer sumer. Nie mie nak citer serba sedikit tentang sambutan Aidilfitri mie tahun nie. Erm, rasanya macam dah agak terlewat untuk mie cerita kan? Tapi, demi untuk tidak menghampakan sesiapa yg nak sangat tahu sambutan Aidilfitri mie tahun nie, mie ceritakan juga la. so, layann jer la yerk....

Alhamdulillah.. ntah kenapa mie merasakan Aidilfitri tahun nie lebih bermakna, sempurna dan gembira sangat dari tahun2 yang lepas walaupun masa untuk bersama seluruh ahli keluarga terasa amat singkat berbanding tahun2 yang lalu. Mie pulang ke kampung petang khamis 11 okt lalu(selepas tamat waktu kerja) bersama kak tun & tunangnya. Keadaan jalan menuju ke PERAK agak sesak ketika itu membuatkan kami tiba di kampung agak lewat ketika itu(kira2 jam 11.00pm)

JUMAAT-12 okt
Memandangkan mie merupakan ahli keluarga yg akhir2 sekali pulang ke kampung, tak banyak persiapan yg perlu mie lakukan kerana kakak2 & bibik yg pulang lebih awal telah melakukannya. Kesian diorang.. selalunya tiap kali raya, bab2 kemas mengemas nie akan dilakukan oleh mie. Cuma jika ada yg tak betul tu mie ubahkanlah sikit2.

Seperti tahun2 yang lalu, lemang dan ketupat menjadi menu wajib dibuat oleh kami. Antara 2 menu tu mie lebih berminat pada ketupat palas. Sedap sangat bila di cicah dengan rendang. yummy!



Pada malam raya plak seperti dah jadi satu kewajipan bagi abang mie melayan kerenah anak2 buah mie bermain mercun dan bunga api. Naik pekak la telinga nie dengar bunyik mercun2 diorang tu berselang seli dengan bunyi mercun dari kampung sebelah. Geram! nak hayati takbir raya pun tak tenang. ihiks..



HARI RAYA PERTAMA
Program dipagi raya tak ubah seperti orang lain kot. Lepas je semayang raya, kami adik beradik berkumpul di ruang tamu bagi sesi salam bersalaman dengan mak&ayah. Dimana ia merupakan salah satu program yg mie nanti2 kan bila tiap kali aidilfitri menjelma. Saat tu mie rasakan mie merupakan seoarang yang sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga tu. Syukur sangat! saat itu juga jelas kelihatan air mata mak&ayah bergenang. Mungkin air mata kebahagiaan atau mungkin juga sebaliknya. Lepas selesai xtvt salam bersalaman itu, kami ziarah kubur sedara mara yg telah kembali kerahmatullah terutama kubur arwah kakak sulung mie.. semoga beliau tenang dan berada bersama2 orang2 beriman di sana. ameeen.


Sebaik pulang dari kubur, kami singgah rumah saudara mie. Tak sempat nak lepak lama2 ayah dah panggil balik umah. Ada orang datang beraya katanya. Sejak dari saat tu, tak putus2 orang datang. Nasib baik ada bibik. Kalo tak, kelam kabut juga jadinya.. mana taknya, sekali orang datang sure penuh ruang tamu tuh. hehehe terasa meriah jerk umah. Dipendekkan cerita masa hari raya pertama tu kami adik beradik tak sempat nak beraya kemana2 la. Sebab orang datang sampai malam.

Hari Raya kedua juga seperti hari raya pertama. Orang masih datang dan datang berkunjung ke rumah. Raya Ketiga, keempat baru kurang sket tetamu yang datang. Dari situlah kami adik beradik mengambil kesempatan untuk keluar menziarahi sedara mara dan jiran2.

HARI RAYA KELIMA(SELASA)
Mie sepatutnya pulang ke KL. sebab keesokkannya mie dah mula kerja. Tetapi memandangkan cuti adik beradik mie yang lain masih panjang, mie dikehendaki pulang sendirian. Iye la, mie kena fikir gak.. takkan kerana mie diorg semua kena ikut pulang KL sedangkan cuti mereka masih panjang kan. So, nak taknak.. mie kena balik sendiri menaiki bas. Tapi nasib tak menyebelahi mie. Tiket bas sume dah habis. Mie takde jalan lain melainkan mintak cuti utk keesokkan harinya. Mak juga menasihati mie agar bercuti kerana kesihatan mie yang mengizinkan ketika itu.

HARI RAYA KEENAM(RABU)
Alhamdulillah mie selamat sampai ke KL kira2 jam 12malam dan bersedia untuk memulakan tugas di MUZIUM TELEKOM keesokkan harinya.. :)

Psstt : Dah lama wat entri nie benarnya.. hari nie baru sempat publish. Ihiks!

Read more...

TAG : Peristiwa Puasa/Hari Raya Yang Tidak Dapat dilupakan

>> Sunday, September 30, 2007

Beberapa hari lalu En. Adik Topek telah mencipta virus TAG dan dengan sesuka hatinya telah menyebarkan virus tersebut pada mie.. dan hari ini dengan setulus hati mie ingin menjawap TAG yang bertajuk PERISTIWA PUASA/HARI RAYA YG TAK DAPAT DILUPAKAN.

TAHUN 199.. *tak ingat la*
Gembira sangat sbb mak belikan kasut raya tumit tinggi. Memang cantik la kasut tu. Warna pink gitu! Kalo tak silap harga dia dalam 13 ringgit gitu la. So, menjelang Hari Raya tu mmg melaram habis dengan kasut baru tuh. Siap ada beg tangan lagik utk isi duit raya.. hahaha. Kebiasaannya bila tiap kali tiba hari raya mie & budak2 kampung akan beraya SAKAN dengan mengelilingi kampung. Bila dah keliling kampung tu duit raya sure dapat banyak kan.. itu yg bestt tuh! So, tak kisah la jalan jauh sket pun.. TAPI malangnya hari itu.. tengah2 beraya SAKAN tu, tiba2 kasut tumit tinggi mie putus.. Sudahnya mie balik berkaki ayam kerumah. sedih sangat! Sepanjang perjalanan mie nangis masa tu. Balik umah mak pujuk tuk beli kasut yang baru esoknya.

TAHUN 2001
Tahun terakhir mie bersama member2 di MTI.. kebetulan peperiksaan SPM tahun tu jatuh pada bulan puasa. So, ia merupakan satu pengalaman yg sudah pastinya tak dapat mie lupakan. Bagaimana tiap2 hari kami beramai2 berjalan kaki dari asrama(Batu 8) ke bazar ramadhan yg terletak di simpang 3 changkat jering. Lebih kurang 30 menet perjalanan kot. Lepas tu, berkumpul ramai2 kat surau asrama dan berbuka bersama2. Indahnya terasa ketika itu..

TAHUN 2002
Gara2 lambat beli tiket balik kampung, buat pertama kalinya mie beraya di kampung owang lain iaitu kampung abg baha(ipar) di Sungai Besar. Uwaaa..... :(( memang sedih sangat masa tu.

TAHUN 2005
Seperti yang dah mie ceritakan dalam entri yang lepas.. tahun 2005 tu mie beraya dalam keadaan hati yang remuk rendam(patah hati). Mana taknya baru seminggu di kecewakan oleh lelaki tu. Badan pun kuuurus sangat masa tu *38kg je!.. macam berat anak kucing je rasanya*. Mana taknya, seminggu sebelum tu mie hanya minum air dan beberapa suap nasi. Mmg ilang teros mood nak raya. Kebiasaannya.. Pagi hari raya tahun sebelumnya, lelaki tu pasti akan talifon mie dari JEPUN wish 'Selamat Hari Raya' tapi pagi raya tu dia tak call pun *mie tertunggu2 la jugak panggilan dari dia*. erm, teruk kan penangan putus centa nie. Fikir2 balik rasa macam diperbodoh2kan je. Sepatutnya masa dia mintak breakup tu mie ketawa dan melompat suka hati. Sebab dia langsung tak sesuai utk mie. Hehehe teremo plak mie nie :p

Erm, dah 23 tahun mie idop kat dunia nie.. banyak lagik rasanya peristiwa di bulan puasa/raya yg tak dapat dilupakan.. untuk menjawap TAG En. Adik Topek nie rasanya cukup la kot. Nak tau lebih banyak nanti jumpe, akak citer.. alamatnya 3 hari 3 malam tak habis2... ihiks!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

ESOK MIE AKAN MEMULAKAN KERJA DI MUZIUM TELEKOM... DOAKAN MIE HAPPY KEJE DI SANA KEY!




Psstt : Sowie sume.. kerana tak sempat nak singgah semua blog. mie kena tdo nie.... esok kena bangun pagi. kejut umie tau!

Read more...

Kisah lalu - antara aku dan dia..

>> Tuesday, September 25, 2007

Semalam.. ketika mie berbual2 dengan salah sorg drp kawan mie kat YM.. tiba2 dia bagi mie URL friendster 'seseorang' untuk mie buka. Ingatkan sape la punyer.. sebab kat URL tu ada tertulis perkataan sayangyin. Sekali mie bukak, terpapar di badground friendster tersebut gambar seorang lelaki yg aaaaaaaamat mie kenali bersama seorang wanita. Mereka kelihatan mesra sekali. Dah lama tak menatap wajah lelaki ini.. Lelaki pertama pernah singgah dihati mie.. Lelaki yang mie pernah sayang gila2 dulu.. Lelaki yang banyak berjanji serta bagi mie harapan.. dan lelaki itulah juga yang telah kecewakan mie hidup! hidup!.. Lelaki yang langsung tak tahu menghargai kasih sayang mie.. Lelaki yang tak pernah memohon maaf dan langsung tak pernah cuba memperbetulkan kesilapannya. Itulah kali pertama mie merasakan sakitnya pabila putus cinta hingga wujud rasa dendam dan benci terhadap dia satu ketika dulu..

Malam 20 Oktober 2005...
Seminggu je lagik nak raya. Dia berubah! dia suruh mie melupakannya.. Langsung tak dinyatakan sebab kenapa dan mengapa dia berbuat begitu. Bila ditanya samada dia punya gf baru, dia menidakkannya.. "Sudah la tu.. sudah la.. die malas nak pk2 dah la.." itu je jawapan dia berkali2. Ntah kenapa peristiwa malam tu terasa segar je dalam ingatan nie. Kadangkala terasa sedih sangat.. kenapa tergamaknya dia buat begitu pd mie.. ape dosa mie pada dia.. sampai sekarang mie tak tahu. Padahal 2-3 hari sebelum tu hubungan kami sangat baik seperti biasa. Berbual di YM dan Skype. 2-3 hari sebelum itu juga mie telah poskan serunding ikan bilis buatnya.

Itulah malam yang paaaaaaling teruk mie rasa. Ntah berapa jam mie menangis membuatkan abg zely menyedarinya *mungkin tangisan mie agak kuat ketika itu* ketika bersahur pagi tu..

"Tadi abg zely ada dengar org menangis dalam bilik hang. siapa yg nangis?"
"Owh ye ke? tak tahu la"
mie menundukkan muka mie sedikit. konon nak sorokkan mata yg bengkak tu. tapi akhirnya terkantoi juga..
"Hang ke nanges? kenapa? gaduh dengan Kak Tun ke?"
Masa tu air mata nie laju je turun. Tak sempat nak menjamah sesuap nasik pun. mie bangun meninggalkan meja makan belari ke bilik dan mennanges lagik...

Pagi 21 Oktober 2005
Mie keluar dari bilik dan berlagak seperti tidak berlaku ape2 semalamnya.. tapi mie tak mampu sorokkan mata mie yang bengkak itu. Pada pagi itu juga abg zely dan kak lah bersiap2 untuk pulang ke kampung abg zely kerana mereka akan beraya di sana dahulu. Mie cuba mengelak dari bertembung dengan mereka dengan membasuh baju di belakang rumah. Betapa prihatinnya abg zely ketika itu.. dia tanya mie sekali lagi...

"Kenapa semalam?"
"Takde ape2"
*air mata mula bergenang*
"Abg Zely mintak maafla kalo umie rasa abg zely nie busy body.. nie pun sebab Kak Lah hang yang suruh abg zely tanya hang kot2 hang ada masalah ke ape"
"Takde pepe la.. cuma sedih sbb ada member rapat meninggal"
ntah bagaimana terkeluar kata2 berunsur penipuan itu.
"Owh ye ke? takpe la kalo macam tu.. cuma abg Zely nak nasihatkan, tak elok menanngis lama2.."
abg zely berlalu pergi dan mie menangis lagi...

Sampailah saat ini tiada seorang pun daripada ahli keluarga mie tahu apa berlaku pada mie malam tu. Kadangkala ada juga mereka bertanyakan tentang hubungan mie dengan lelaki tu. jawapan mie hanya OK jer.. biarlah.. biarlah mie tanggung sendiri. Hampir setahun juga la mie cuba membuang dia jauh dari sudut hati mie hingga mie bertemu dengan MFS yang juga turut meninggalkan mie pada akhirnya.. tapi syukurlah! perpisahan kali ke-2 langsung tidak menggugat emosi mie. Mungkin pengalaman sebelum tu membuatkan mie berfikir lebih matang dan dapat mengawal emosi mie dengan baik.

Kini semua tu dah jd kenangan buat mie. Kenangan yang mungkin takkan dapat dilupakan dalam hidup mie. Kawan mie ada bertanya tentang perasaan mie apabila melihat gambar tu. Mie senyum sendiri. Sungguh! tiada secalit pun rasa sakit hati, cemburu, marah atau sebagainya.. "Kenapa mie harus cemburu? mie dah bazirkan masa mie hampir setahun kerana memikirkan tentang dia.. kini mie harus pandang kedepan. Mie taknak kenangan masa silam mie merosakkan mood mie yang sedang BAHAGIA ini.. lagipun, mie tahu dia juga sedang bahagia kerana mie juga pernah mendoakan kebahagiaanya... :)

Di curik di friendster lelaki tu.. harap2 dia tak dakwa mie nanti. ihiks!



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita...

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka...

Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.. Insya'allah.


Psstt : Mie bahagia kini walaupun tanpa cinta seorg lelaki. Namun bukan bermakna mie akan terus begini. Insya'allah mie yakin, pasti ada seseorang yg bisa membahagiakan mie satu hari nanti. kan?

Read more...

Terima kasih Kak Retna..

>> Sunday, September 23, 2007

Pertama sekali mie nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH buat Kak retna di atas jemputan berbuka puasa di rumahnya sabtu lalu. Majlis yg sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran Jun&Kak Carneyz, Kak Sheda, Shai dan Kiki. Menu yang di hidangkan ialah nasi briani, meehoon dan beberapa jenis kuih muih yg sedap2 belaka.. Salah satu darinya ialah karipap yg tak TerMakan akibat kekenyangan yg melampau. Nasib baik karipap tu inti kentang.. hehe kalo inti sardin sure akan wujud sedikit penyesalan kerana tidak membahamnya ketika itu.. ihikss!

Pepon, nasik briani yg kak retna hidangkan tu mmg power lah. Terima kaish sekali lagik kerana sudi membungkuskan nasik briani tu. Semoga kak retna sekeluarga akan dimurahkan lagi rezeki di bulan penuh barakah ini.. :)


* * * * * * * * * * *

Lagi seminggu(7 Hari) je lagi mie akan menamatkan title 'penggangur terhormat' di rumah nie.. dalam minggu terakhir nie, mie perlu bersedia dengan pelbagai aspek bagi memulakan tugas nanti. Diantaranya ialah pakaian.. dengan jawatan yg ditawarkan pada mie sudah pastinya mie perlu berpakaian formal untuk ke tempat keje. Berbeza dengan kerja mie sebelum2 nie yg bebas dalam soal berpakaian. Pakai jeans, t-shirt n slipar pun takde orang nak halang.ihiks! So, semalam pegi jusco beli beberapa helai baju dan kasut sebagai persediaan untuk bekerja minggu depan.. nasib baik ada beberapa helai baju keje yg lama masih boleh dipakai.. kalo tak, jenuh juga nak membeli yang baru..




Psstt : Dah 3 hari berturut2 makan nasi briani.. tapi kenapa tak muak2 ek? :p

Read more...

TAG : Tentang Puasa & Hari Raya

>> Thursday, September 20, 2007

Semalam dapat tag dari Honey.. di mana mie perlu menjawap soalan2 berkenaan dengan PUASA & HARI RAYA. Dengan tidak menunggu lebih lama, mie nak jawap sekarang la.. hehe Layannnnnn!


Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Seingat umie la.. sejak tadika lagik umie dah di latih berpuasa.. 'puasa yang-yong yok, masuk tengahari makan kat umah atok' muahaha. Tapi mula puasa penuh masa darjah satu(8 tahun) gara2 nak ganjaran yg di beri oleh pihak sekolah. hehehe.. *hadiahnya ialah set pensel tekan* klakor plak bila ingat2 balik.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Saje2 ponteng tu tak pernah la.. tapi ada sekali tu umie tak puasa sebab jatuh telentang kat simen then sesak nafas. kakak pulak bg umie minum air suam dalam tengah sesak nafas tu.. itu je la yg umie ingat pun peristiwa puasa terbatal.. hehe.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Mestilah! tiap2 tahun mesti main BUNGA API bersama anak2 buah.. even dah besar panjang nie pun. MERCUN tak pernah la.. sbb umie tak suka la bunyi mercun. Bising! Tapi, memandangkan kat umah umie nie ada 3 org anak buah lelaki dan seorang anak buah pompuan yg suuke sangat main mercun, terpaksalah pekakkan telinga dengar bunyi mercun tiap kali raya. Abang & abg ipar pun sekepala dengan budak2 tu main mercun.. adeih!

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Makanan kegemaran mestilah semua masakan mak.. tapi memandangkan mie tinggal berjauhan dengan mak, mie makan ape sahaja yg ada di depan mata. hehehe!

Lagu raya manakah yang anda suka??
Semua lagu2 raye yg lame2..

Tahun ini anda beraya di mana??
Kampung Bukit Sapi, Lenggong Perak nan indah.. hehe. alahai kampung ku.. aku merinduiMU.. ting.. tong..!

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tak pernah.. mie rela benti keje kot kalo kena bekerja di hari raya.. hehe ntah la.

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Kenangan paling indah ialah apabila seluruh ahli keluarga mie berkompol diruang tamu bergurau senda sambil berbual mesra & Bahagia sangat!

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat yg dah tak sabar2 nak raya.. ihiks!

1. Kak Zura
2. Kak sheda
3. Acai
4. Pokcik (MZ)
5. Chii
6. Kak Nizie
7. Bro Izali
8. Kak jie

1st time mie tag owang nie.. so, jawab lah kowang plk yek! bukan ape, nak gak berkongsi cerita2 pasal puasa & hari raya nih. Tapi, kalo rasa2 malas atau sibuk tu abaikan jer la.. :)

Pssst : Rasa macam artis menjawap soalan dari pihak media plak mie rasa.. ihikss!

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP