Peristiwa di KFC..

>> Friday, September 14, 2007

Malam rabu aritu.. Orang lain sibuk bertarawikh, mie dan adik badek mie lak pegi celebrate besday anak saudara mie(Muhammad Nazirul Akmal) kat KFC sebelah carrefour Wangsa Maju. iks.. iks.. iks..! Takder la meriah sangat. Just buat untuk ahli keluarga je. Pada mulanya cadang taknak buat.. tapi tau la budak2 kan, tau ape.. so perancangan di buat pun last2 minit je. tempah tempat, kek dan beli hadiah pun last2 minit.. sudahnya hadiah mie tak sempat berbalut.. hehehe

Sebenarnya mie suka bila diadakan majlis2 macam nie.. sebab masa nie la kami adek badek akan berkompol makan bersama2.. dan belbagai cerita di borakkan. memang kami tinggal satu umah kecuali Kak mah sekeluarga yg tinggal berasingan di Pandan Perdana. Tapi, kami jarang duduk makan semeja. Ada pun masa balik kampung dan ayah n mak ada jerk..

Hadiah termahal Akmal dapat ialah Hand Phone. Diberi oleh abg Zely.. bertuahnya anak buah mie nie.. mak sedara dia pun tak pernah dapat hadiah Hand Phone dari sesape tau! Pakai Hand Phone buruk je.. huhu mie tak kisah pun sebenarnya. Janji boleh dipakai.. ihiks!

Ada satu lagi peristiwa berlaku masa tu.. masa mie nak pg basuh tangan, mie ternampak 'seseorang lelaki' yang mie teringin sangat nak jumpe selama nie. Tapi, di sisi lelaki tu ada seorang perempuan. Mesra betul diorang.. pantas mie capai talifon bimbit mie dan call salah sorang dari member mie yg turut kenal dengan lelaki tu.

Ja.. aku jumpe *#%&^ kat KFC la..
Iye ke? biar betol..
Betol la. aku kenal sangat.. dia langsung x berubah.
Ko tegur dia tak?
Tak la.. niat nak tegur dia td. Tapi ada pompuan la dgn dia. Mesra je aku tgk.
oOoOo.. tapi aku dengar2 la yg dia dah bertunang..
Ye ke Ja? kenapa aku tak tahu pun????!!
Aku dah lama nak cakap sebenarnya.. tapi tak tercakap. Sori yer mie..
Erm.. takpe la Ja. terima kasih yer bg tahu aku pasal nie.


Sedihnya! tapi kenapa yer?? Erm mungkin sebab.. 2 tahun lalu, dia pernah menjadi sahabat paaaaaaaling baik dan rapat dengan mie.. ntah macamana satu hari tu dia luahkan perasan dia pada mie.. tapi ketika itu mie dah ada orang lain iaitu Mr'ex'.. Mie cakap kat dia yg kami(mie&Mr'ex') dah rancang nak bertunang pun.. sejak dari hari tu dia mula menjauhkan diri dari mie.. dia pindah umah dan tukar no. hp pun tak bagi tahu mie.. kitaorang Lost contact terus. Sedih sangat! selama kami berkawan memang mie juga ada menaruh hati pada dia. Tapi takkan la mie yg nak mulakan dulu. Lama kami berkawan tapi dia tak luah2 pun.. tu yg mie terima Mr'ex' tu.. skali, jodoh mie dgn mr'ex' pun tak panjang.. betul kata dia, mie tak sesuai dgn Mr'ex'.

* * * * * * * * * * *

Memandangkan kami tak masak untuk sahur pagi khamis(semalam), kami sume pakat2 bersahur di luar.. rasa lain la bersahur kat luar nieh.



Pada malam tu juga mie dapat baaaaaaaaanyak kiriman sms dari kawan2 mengucapkan 'Selamat Berpuasa'.. Terima Kasih Sumer

Read more...

Salam Ramadhan

>> Wednesday, September 12, 2007

Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan:


"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumat.


* * * * * * * * * * * * * *

Nauzubilllah... umie dapat pesanan ini dari YM dan ingin berkongsi dengan kalian. Melalui pesan ini juga, mie ingin memohon maaf pada SESIAPA sahaja sekiranya selama ini mie memiliki kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengajakan.

Di kesempatan ini juga, mie ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA buat seluruh umat islam.. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan yang dicari selama ini.


Harapan Ramadhan - Raihan dan Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Nak MENDOWNLOD klik kat SINI



HADIRMU DIRINDUI, PERGIMU DGN HARAPAN DAPAT JUMPA LAGI, KUKUHKAN TARBIYYAH, GANDAKAN IBADAH, MANTAPKAN JUNDIYYAH…SELAMAT MENJALANI DAN MENIKMATI IBADAH PUASA…SALAM PERJUANGAN MENGAPAI LAILATUL QADAR!! SELAMAT BERJUANG MERINTIH REDHA, RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH S.W.T. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERMAKNA BUAT SEMUA..

Read more...

Jemputan melantak laksa sarawak&karnival Sek Keb Pandan Perdana

>> Monday, September 10, 2007

Malam jumaat aritu dapat sms dari Jun.. dia ajak makan laksa sarawak kat umah dia petang sabtu tu. mie yg sememangnya hantu laksa nie pon sedikit teruja nak pegi. Teringin gak nak rasa cemana rasa laksa sarawak tuh.. kalo nak diikutkan umah Jun dengan umah mie dekat je.. tapi oleh kerana mie tak pasti kedudukan sebenar umah dia kat gombak tu, mie sms kak sheda dan kak retna.. pastu dapat sms dari kak yatt yg mana dia pun nak pegi tapi tak tahu jalan so, mie ajak dia konvoi skali dengan kak sheda dan kak retna.

SABTU
Pagi2 lagi kak lah kejut ajak pegi SOGO.. ada sale gila2 katanya.. huhu mie bukan la kaki shopping pun exceli tapi bila dah ada org ajak, ringan je kaki nie nak mengikut. ihiks! shopping punya shopping x sedar jam dah menunjukkan hampir jam 2 petang.. oleh kerana dah janji nak pegi umah Jun, mie bagi tahu kak lah yg mie nak balik naik LRT.. barang2 yg mie beli pun x sempat nak bayar dan hanya menyuruh kak dah tolong bayarkan.

Masa nak naik LRT tu mie terkejut sangat sbb punyer la ramai umat masa nak beratur beli tiket tu. Nak beli guna mesin, syiling lak takde! Erm.. sejak mie ada motor, inilah kali pertama mie naik LRT. Tak sangka lak orang leh ramai sampai macam tu sekali. Maybe sebab ini adalah minggu terakhir sebelum kita berpuasa khamis nie kot. So, org sibuk shopping baju raya. hehe.. destinasi mie ialah stesen wangsa maju. Kak yatt menanti mie di sana. Terima kasih kak yatt kerana sudi pickup mie kat wangsa maju tu. Dari wangsa maju kami menuju ke shell (kat restoran kunang2).. kerana kak sheda dan kak retna menanti kami di sana.

Sampai2 je umah Jun, kelihatan kak aida duduk bersimpuh sambil menjilat2 jari.. Wah! mesti sedap laksa sarawak tu, kalau tak masakan kak aida sampai menjilat2 jari (hahaha ayat rekaan semata2. mana ada kak aida jilat jari pun. jangan marah kak aida yerk :p) kak aida sorang je dengan Jun.. sementara kak carneyz keluar hantar kawan dia balik. Erm, nasib baik ada mertua ko Jun.. ihik! Pepon, laksa tu memang unik la rasa dia.. lain dari yg lain. Terima kasih Jun & kak carneyz coz sudi menapaukan laksa sarawak tu untuk mie.. dapat la adik badek mie merasa sikit sorang.. hehe.. Balik tu mie tumpang kak sheda. TQ kak sheda!


OoOo macam nie ghupenya laksa sarawak

Mie&Kak aida yg chomel :p

Diantara yg hadir

Klik SINI untuk lihat lain2 gambo. Pinjam kak retna punyer link picasa :p


AHAD
Mie pegi Sekolah Ren. Keb. Pandan Perdana.. ada karnival di sekolah anak buah mie yg lelaki tu. Saje je menghabiskan masa di karnival tu.. daripada tak buat ape2 kat umah. Meriah sangat karnival yg diadakan. Seronok tengok gelagat budak2 menjayakan xtvt sekolah mereka tu. Teringat pula pada zaman mie di sekolah rendah dulu. Memang juga diadakan karnival seperti itu tapi tak semeriah karnival yg diadakan di tengah2 ibu kota tu.

Read more...

Tinggal Kenangan

>> Thursday, September 6, 2007

Tiada lagik kedengaran bunyi loceng2 mikie&minie di luar umah...
Tiada lagik kedengaran suara malam, bulan & bintang mengiau meminta makanan...
Tiada lagik kelihatan kucen2 mie bekejar-kejaran bermain2 dihalaman rumah...

Semuanya dah tinggal kenangan. Setelah kesemua kucen2 mie di hantar pulang ke kampung minggu lalu.. Mikie&minie dijaga oleh mak&ayah, manakala Malam, Bulan & Bintang di jaga oleh ibu saudara mie yg tinggal bersebelahan rumah. Rindunya kat mereka.. rindu nak usap tubuh mereka yg lembut tu dan rindu nak bermain2 dengan mereka.. ada gak 2-3 kali call mak&ayah bertanyakan keadaan kucen2 mie. Mak kata mereka Ok je. Mereka tak merayau2 jauh2.. dan dah pandai MEMBUANG di dalam toilet. hehehe ayah yg ajar kata mak.

Ape yg mie risaukan adalah keadaan Malam, bulan dan bintang. Iye la.. mereka tu kan masih kecil dan tiada ibu. So, peluang untuk hidup tu tipis sangat! Mie berharap sangat raya nie dapat lihat kelima2 ekor kucen tu dlm keadaan sihat dan comel.

MIKIE

MINIE

BULAN

BINTANG

MALAM


Psst : Rasa suunyi sangat!!

Read more...

Merdeka & Tag (5 benda....)

>> Tuesday, September 4, 2007


MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA.. Nampaknya bahang 50TH KEMERDEKAAN masih terasa walaupun tarikh keramat 31 ogos telah berlalu.

Pada tarikh tersebut juga mie & adik beradik pulang ke kampung(malam semalam baru balik KL).. rindu sangat dengan ketenangan, kedamaian dan kesegaran udara di kampung.. sebelah malamnya kami berkumpul diruang tamu sambil mendengar cerita2 dari mak n ayah tentang kisah mereka dizaman sebelum KEMERDEKAAN. Asyik sangat mak n ayah becerita hingga kadang kala jelas kelihatan bekerut2 wajah mak n ayah ketika mengigat kembali keperitan hidup di zaman itu.

Dari cerita2 mak & ayah, mie dapat rasakan bahawa KEMERDEKAAN lebih bermakna buat golongan2 yang pernah hidup di zaman penjajah kerana mereka pernah merasai keperitan hidup di zaman itu berbanding dengan generasi muda yang mana mereka hanya mendengar melalui cerita ayah dan datuk mereka tentang penindasan yang telah dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat jelata. Di sini mie dapati perbezaan antara dua golongan iaitu yang tua dan yang muda dalam mengerti erti kemerdekaan. Golongan tua menyambut merdeka dengan penuh perasaan hiba sedangkan generasi muda kebanyakannya hanya tahu melompat menjerit perkataan MERDEKA sedangkan diri mereka disalut dengan budaya penjajah.

Apapun, mie berbangga dan bersyukur sangat dengan KEMERDEKAAN yang di kecapi oleh malaysia tanpa berlaku pertumpahan darah. Kini penjajahan berlaku lagi biarpun berlaku tanpa serangan senjata ke arah kita (tanpa kita sedari) kerana ianya berlaku sekarang dalam bentuk penjajahan minda serta budaya.

Tamat cerita tentang KEMERDEKAAN..

* * * * * * * *

Sekarang mie nak jawab tag dari sis honey , kak nizie & shaira pula.. *maaf yer sbb lambat jawap.

5 benda dalam beg saya
-Camera digital (kadang2 je bawak)
-Tumb-drive
-Air masak
-Pen/buku nota
-Tisu

5 benda dalam beg duit saya
-Mykad
-ATM kad
-Driving license
-Wang kertas (syiling takde sbb takde tempat letak syiling pun..)

5 benda faveret dalam bilik bujang saya
-Katil
-Komputer
-Radio
-Gambar mak&ayah
-Hadiah dari kengkawan

5 perkara yang saya TERINGIN SANGAT nak lakukan
-Bawa mak&ayah menunaikan umrah
-Belikan kereta baru untuk ayah
-Sambung belajar
-Kawen (Semestinya! tapi.. lom ada calon.. sob..sob.. )
-Bercuti di pulau

5 perkara yang sedang dilakukan
-Tengah jawab tag nie la.
-BerYM
-Dengar nasyid
-Berangan
-Sms dengan seseorang.. :p

5 orang yang saya nak tag?
-Mikie
-Minie
-Malam
-Bulan
-Bintang
--->> Semua nama2 tu bukan blogger@orang tapi kucen2 umie.. muahahaha.. tak tahu nak tag sape dah.. sbb rasanya macam sume dah kena je :p



Psstt : Rindu sangat kat kucen2 mie.. :( sob.. sob..

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP