Hari2 yang teruk!

>> Tuesday, May 22, 2007


Sebenarnya 'entry' nie dah siap semalam lagik.. tapi ntah kenapa pabila tiba time nak 'publish' tu, rasa cam tak sedap hati je. mie rasa macam mie akan lakukan dosa besar je. risau dan takuut kalo ada perasaan yg terguris dengan kata2 mie. tapi, bila pk2 balik.. selama nie pernah ke diorg kisahkan tentang hati dan perasaan mie?? lagipun.. ni kan blog mie, sesuka hati mie la nak tulis ape kan. bukan mie ada sebut nama diorang pun. *ikss! kejinya ayat mie..* layaaaaannnn...

Tak dapat nak citer bagaimana perasaan mie sekarang nie. Kecewa, sedih, risau, sunyi dan sakit hati sumenya jadi satu. tak ada sesiapa yang tahu ape yang mie lalui dan rasakan saat nie. hanya pada allah mampu mie mohon agar tidak hilang pertimbangan. alhamdulillah mie masih mampu laluinya walaupun saaaaaaakit sangat.

Untuk pengetahuan, mie baru je benti kerja.. jangan tanya kenapa? mengapa? kerana mie punya sebab yg tersendiri.. ah! selama nie pun takde sape nak ambik tahu pasal mie pun kan. mie tak kisah pun. mie bg tahu nie semata2 nak sume org tahu kenapa dengan mie sekarang nie. kenapa dengan purubahan sikap mie yg dikatakan pelik 2-3 menjak nie.

Fikiran mie rungsing sangat sekarang nie.. bertimpa2 masalah yg datang. jadi mie nak mintak maaf sangat2 pada siapa yg call2 mie then, tiada jawapan dari mie tu. bukan ape, dalam keadaan sekarang nie mie risau mie akan tersilap cakap yang bakal menyinggung perasaan kalian bila mie menjawap setiap panggilan talifon atau membalas sms2 yg mie terima. jiwa mie sangat sensitif sekarang nie. rasa macam nak dok dlm gua sorang2 je. huhu bleh ke?

Jadi, pada sesiapa yg dah terasa hati dengan mie tu toolong faham situasi mie sekarang.. jangan asyik nak salahkan mie diatas ape yang berlaku.. mie sangat hargai segala ape yang mie terima dari kalian tapi, apabila berlaku perselisihan faham dengan mie, tolong jangan sesekali mengungkit ape yang pernah kalian lakukan untuk mie. sunguh! mie tak pernah minta ape2 hasil dari perhubungan yg terjalin (kawan, sahabat, bekas kekasih dan sume2 la) kerana ape yang mie harapkan hanyalah keikhlasan dan kejujuran didalam sesebuah perhubungan. itu sudah memadai dan akan membuatkan mie gembira dan bahagia..

qausar2040 : salam...
qausar2040 : maaf mengganggu mie...
qausar2040 : sy xtau nk ckp cmne..tp sbnarnye bnyak sgt kategori kawan nie mie...
qausar2040 : sy xtau la..sy termasuk dlm kwan yg mcm mane...
qausar2040 : mungkin yg pling teruk kut..
qausar2040 : tp..sy xkisah..yg penting mie ttap kawan sy..
qausar2040 : harap dpt trus brkawan...walaupn x srapat dulu...tp yg pnting mie ttap kawan sy..
qausar2040 : jg diri baik2 k..
qausar2040 : jgn sedih2 k...
qausar2040 : ceria cm dulu2 k..

Qausar.. kami pernah berkawan rapat satu ketika dulu. dia juga ada beberapa kali talifon mie dan tiada jawapan dari mie. beberapa hari lalu ntah macamana kami ber'YM'. dia tanya kenapa dengan mie? marahkan dia ke? dan ntah macamana dengan spontannya mie cakap kat dia yang mie dah tawar hati nak kawan dengan dia. tapi qausar seolah2 faham dengan situasi mie. dia seolah2 langsung x ambik hati dengan mie. sebaliknya dia sedaya upaya cuba pulihkan hati mie yg dah tawar tuk berkawan dengan dia tu.

qausar2040 : mie...nk tnye skit bole...
qausar2040 : klu hati org dh jadi tawar...cmne kte nk wat yee...xkan nk ubuh garam kut mieee...hehehe..

Jadi, mie berharap sangat yang lain2 tu agar tak terlalu ambil hati dengan mie 2-3 menjak nie. mie tak seperti yang kalian sangkakan. mie yakin, qausar faham dan tahu mie macamana sebab tu dia seolah2 langsung x ambik hati dengan kata2 mie. "thanks! qausar.. nanti, bila segalanya dah pulih, saya sendiri yang akan cari awak.. :)"

Psstt : rindu mak..... :(

Read more...

KAWAN

>> Thursday, May 17, 2007


"orang yang bijak ialah berkawan dengan kawan..
orang yang bijak ialah berkawan dengan musuh..
orang yang bijak ialah yang bijak memilih
kawan-kawannya..."

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana JIKA mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaanya???? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa berada di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Bila terkeliru, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumnya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenanganya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. kita tidak tahu..........tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

pssstt : kadang2 kita nie terlalu baik hingga sanggup membiarkan diri kita seperti 'dipermain2' kan oleh kawan kita.... :(

Read more...

Shawal lagik... n Selamat Hari Ibu...

>> Monday, May 14, 2007

Uwarrghh!! ngantuknya.............

shawal yg poyor.. tetaaap dihati.. ihiks!
creadit by : joe


Nak tau tak,

Kelmarin, semalaman mie tak bleh tdo.. asyik teringat pasal SHAWAL jer. mie pk ape tau? mie asyik terfikir tentang perasaan SHAWAL dan PARENTS dia. tentu dia kecewa dan sedih sangat dengan penyingkiranya di saat2 akhir menuju konsert final tu. sebab, masa diari nampak jelas raut wajah SHAWAL yg kecewa dengan persembahanya minggu ke-8 aritu dan mie tahu, dia bersungguh2 untuk memberikan persembahan yg terbaik untuk konsert minggu ke-9(terakhir sblm konsert) sabtu tu. mie selalu tengok shawal berlatih nyayi kat diari extend. dia la pelajar yg paling banyak bertanya pada tenaga2 pengajar tentang nyayian dia. agak susah bagi orang yg kurang fasih bahasa inggeris menyayi lagu inggeris nie benarnya. tapi shawal mampu lakukan. nyayian dia tidaklah seteruk nyayian aswad masa nyayi lagi 'watching 60's tv' kan?. apepon, SHAWAL dah lakukan yg terbaik dan peminat2 shawal juga telah cuba lakukan yg terbaik untuk SHAWAL. kawan2 mie pun ramai vote dia habis2an. cuma tu la, segalanya allah yang menentukan....... tentu ada hikmah disebaliknya tu.

Malam tu, mie cuba paksa gak tdo tapi, bila pejam mata je sure terbayang wajah SHAWAL yang sayu n penuh kekecewaan dan terngiang2 lagu2 yg dia pernah nyanyi masa konsert mingguan kat tinger mie. rasa macam nak je pegi umah SHAWAL malam tu. nak bagi semangat kat dia. tapi tak boleh.. takut lak mengundang spekualasi2 yg tak baik nanti. ihiks! asyik ngutuk n mengeji diri sendiri je semalam. apsal la sampai leh jd cantu. orang lain yg bertanding, dia plak yg dok frust2.. adeih! cemana x frust wess!! mie dah undi dia banyak kali malam tu. ntah bape hengget la dia charge. tak kire!! SHAWAL KENA BANJER TENGOK WAYANG JUGAK!!!!... :D pekara yang sama berlaku apabila berlaku tsunami dan kes kehilangan yin tak lama dulu. tiap2 malam sure terfikir tentang mereka2 yg ditimpa musibah tu. ermm...

Mie capai talifon n call 'seseorang' nie.. dia terkejut. mana taknya, pukul 3 pagi mie call bagi tahu yang mie tak boleh tdo. dengar sore dia pun cam lemah je. ngantuk giler la tu.. dia cakap mie nie kena cari 'seseorang' untuk mengisi ruang kosong kat hati mie. baru lah leh tdo lena. hahaha dah tak betul agaknya dia tu. lain yg orang cakap, lain plak yg dia jawap. takde kena mengena langsung.

Tentu tak ramai yang tahu, bahawa SHAWAL dah ada KEKASIH HATI. pompuan tu satu tempat keje dengan dia dan bertudung lagik. ihiks! mie tahu dah lama dah tentang tu sejak dia di akademi lagi. so, mie berharap sangat bila dah popular nie dia tak pinggirkan makwe dia tu. hope dia tak ikut jejak mawi la. tapi tak tahu la kan, segala kemungkinan mungkin berlaku sebab nya mereka takde pepe ikatakan lagi. pepon, mie doakan segala yg terbaik untuk dia n makwe dia tu. ameen...



Siang(semalam)tepon mak, wish "HAPPY MOTHERS DAY" kat mak... mie tanya mak, nak hadiah ape atau nak mie buat ape untuk mak sepena HARI IBU nie. Mak gelak sambil ucap terima kasih pastu tiba2 mak diam.. mak kata mak tak nak ape2 pun.. cukup lah sekadar kasih sayang yg kami(anak2 mak) curahkah padanya itu sudah memadai. masa tu mie seeeebak sangat hingga rasa lemah seluruh badan. x mampu nak kata ape2 tapi mie cuba gagahkan diri. mie cakap kat mak samada mie boleh mintak sesuatu tak daripada mak sempena HARI IBU nie. mie tahu mak perasan suara mie dah serak2 tahan nanges. mak tanya ape permintaan mie sambil buat lawak(mak taknak mie nanges kot) dengan sore yg tersekat2 mie jawap, mie nak mak supaya jaga diri. mie nak mak banyakkan rehat dan tak buat keje2 berat. itu je... mak mie nie jenis tak suka duduk diam. walaupun tengah2 sakit pun mak nak buat itu ini. so, mie berharap sangat supaya mak banyakkan rehat dan tak buat keje2 berat.

psstt : semangat yang hilang....... v(ToT)v

Read more...

alahai...

>> Friday, May 11, 2007



Nak tau tak??!

** Sejak af wujud, inilah kali pertama mie ikuti perkembangan af nie setiap hari.
** Sejak af wujud, inilah kali pertama mie undi pelajar (shawal only)
** Sejak af wujud, inilah kali pertama mie langgan af xtra..
** Sejak af wujud, inilah kali pertama terdetik dihati untuk tgk konsert final.

Sumenya kerana SHAWAL.. sedihnya! SHAWAL TERKANDAS DI TANGGA TERAKHIR menuju konsert final. bukan salah dia, bukan salah pengundi sebab mie rasa penyokong2 shawal sangat ramai, tapi itulah yang di katakan REZEKI TIDAK MEMIHAK PADANYA.. mungkin SHAWAL akan lebih teserlah di luar sana.. mie doakan segala yang terbaik buat SHAWAL :D ameeen...

semalam abang mie cakap nak belanja mie nengok konsert final.. hehe masa tu mmg excited sangat nak pegi. tapi mie cakap supaya jangan beli dulu sebab mie risau sangat kalo SHAWAL tak dapat masuk final. tadi(lps tamat konsert af) dia tanya lagi samada mie nak pg tengok konsert final atau tak? mie baling bantal kat muka dia. rasa cam dia perli mie je.. huh! ape guna pegi kalo takde SHAWAL. abang mie gelak. mie rasa nak menangis je. uwaaa sedihnya... boleh plak abang mie nie minat kat aswad tu.. adeih! rasanya otak dia dah tak betul tu.

memang mie akui mie tak pernah undi SHAWAL sebelum2 nie. sbb mie plan nak undi dia masa konsert akhir nanti. tapi ntah kenapa td tu teragak2 nak undi dia. memandangkan creadit hp mie dah habis dan mie terlupa nak top up, mie undi shawal guna talifon umah. rasanya banyak kali gak la mie undi dia. masa tu mmg berharap sangat SHAWAL tak terkeluar. namun segalanya telah tersurat allah yg menentukan segalanya.. rezeki SHAWAL di af hanya setakat ini. mungkin ada hikmah disebaliknya. cuma, mie rasa sia2 plak mie undi dia tadi. adeih! hope astro gunakan duit yang mie undi tu ke arah kebajikan.

esok nak STOP langgan AFXTRA.. nak stop tgk diari dan mie ingat nak tgk wayang la masa konsert af minggu depan.. tak sanggup nak tgk konsert tanpa SHAWAL... huhuhu SHAWAL KENA LANJE MIE TGK WAYANG NIE.. hahaha yoopoo yoopoo je.. ntah SHAWAL kenal mie ntah tidak.

abes je konsert td, bertalu2 sms masuk.. sumenya soh mie bersabar, jangan nanges, jangan sedih kerana shawal tersingkir. adeihh! macam la mie nie makwe @ tunang shawal ke ape.. huhuhu takde maknanyer nak sedih2. huhu sebak je masa dia say sorry kat adik dia tu. hope dia berjaya di luar sana. ameen! nanti mie citer sebab kenapa mie beria2 becerita pasal shawal nie .... :p risau lak kot2 timbul gosip2 liar kat internet nie..

Pssstt : erk! ape yg mie taip nieh.. *kompius*

Read more...

A GO GOO.. Muahahaha...

>> Wednesday, May 9, 2007


KLIK SINI untuk maklumat lanjut..



*Tutup dulu kisah SHAWAL tu*

Firstly, mie nak mintak maaf sangat2 kat sume.. yopoo.. yopoo.. je cakap kat entri lepas nak kembali aktif berbloging.. padahal hampeh! hehehe dah dekat 2 minggu tak apdate nie. siap ada yg calling2 lagik tanya kenapa mie menyepi. terasa cam ramai betul yg take care mie.. terima kasih ye kawan2 tercenta..:) cuma pada yg calling2 n takde jawapan dari mie tu, mie mintak maaf sesangat. sebab kadang2 tu otak mie nie pun tak betul jugak. nak jawap panggilan pun leh takde mood. huh! pelik kan??.

Sebenarnya, mie busy sangat 2-3 menjak nie.. bukan busy dengan keje je, malah busy uruskan hal2 pertunangan salah sorg drp kakak mie awal bulan depan. hehehe orang lain yg nak bertunang, mie lak yg sibuk. ihiks! Spiderman... huhu ntah bila la dapat nengok citer nie. kalo aritu, tiap2 hari ada je masa nak nengok wayang ada yg gelar mie nie RATU WAYANG lagik. tapi, sekarang nie ada2 je hal. hope lepas nie mie ada la masa untuk menonton wayang macam sebelum2 nie. ameen.. sape plak nak teman mie nengok wayang kali nie agaknya.

Aritu mie ada cakap nak citer pasal gathering Msjbox kan. nampaknya citer tu dah lama berlalu dan dah basi bak kata org. hehe so, mie taknak la citer pasal gathering tu. lagipun rasanya dah ramai rakan2 msjbox lain citer pasal gathering tu. ihiks! pepon, terima kasih pada penganjur gathering n pada bos Msjbox yg menjayakan gathering yg sangat happening tu. hope akan ada lagi gahering yg seumpama itu dan harap2 masa tu mie akan menjadi peserta bertuah.. kui.. kui.. kui.. pada penganjur next gahering, sila sediakan teddy bear besar untuk mie ye! hahaha yang paling best sekali masa pegi MENARA TINJAU tu ah. pertama kali pegi situ.. memang romantik giler tempat tu. hehehe..

Nie gambo2 masa GATHERING n gambo2 masa kat MENARA TINJAU aritu :-


GATHERING
Gambo dr camera Kak Retna
Gambo dr camera Jun


MENARA TINJAU
Gambo dr camera Kak Retna
Gambo dr camera Jun


*Ok, bukak balik citer pasal SHAWAL *

Mampus sume org ingat mie nie peminat fanatik SHAWAL bila nengok banner SHAWAL FC yg mie letak kat blog mie tu kan?! adeih... secara jujurnya la mie katakan bahawa mie bukanlah FANATIK sangat kat SHAWAL nie. cuma.. cuma.. cuma ape ek???! tak tahu la nak describe cemana. ihiks! sebab selama nie mie tak pernah minat mana2 artis pun. percaya tak?? kalo x cayer sekalipun, kena gak percaya tau! hahaha. tapi ape yg mie tahu la, mie dah jatuh centa deeeeeeeeeeeeeekat suara SHAWAL tu.. =)) hahaha..



Favourite song mie nie.. mmg ada kena mengena dengan mie la..

BUAT SHAWAL..
*kot2 la dia terbaca blog mie nie kan.*
"mie dah promot2 SHAWAL tu, nanti leh la teman mie tengok wayang ke ape ke.." ihiks!

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP