Mimpi...

>> Tuesday, April 10, 2007

Mak termenung atas katil (sebelah mie)..

Mie : Kenapa mak tak tido lagi nie?
Mak : Mak tak boleh tdo la..
Mie : Lar, kenapa mak tak kejutkan umie..
Mak : Umie kan tengah tdo. takkan la mak nak kejut.
Mie : Takpe la.. kejut je umie cakap yg mak tak boleh tido, sekurang2nya mak ada teman.

Tiba2 mie tersedar. astaghfirullahalazim.. mimpi rupanya! mie cuba tido kembali tapi dah tak boleh. fikiran mie melayang teringatkan mak kat kampung. sihat kah dia? lena kah tido dia saat nie? ya allah, semoga kau memberi kesihatan yg terbaik terhadap kedua orang tuaku. ameen.. mie bangun ke bilik air gosok gigi n basuh muka. teringat kata2 mak, selalulah baca quran insya'allah hati akan jd tenang dan buatlah solat hajat mintak pertunjuk dariNYA. lantas mie ambik air sembanyang. alhamdulillah segar rasanya...

Di atas sejadah, tiba2 hati mie terasa hiba sekali. teringat tentang segala yg berlaku terhadap diri mie kebelakangan nie. terlalu banyak. ntah ape hikmah disebaliknya mie sendiri tak pasti dan masih tercari2. kadang2 mie cemburu melihat orang lain ketawa seolah2 langsung takde masalah. kenapa perasaan tu harus wujud? sekarang nie mie tak gembira kah? mie tak bahagia kah? ya allah, tamaknya mie. kebahagiaan yg bagaimana lagi mie inginkan? mie mempunyai keluarga yg bahagia dan kawan2 yg sentiasa menyokong mie. maafkan mie ya allah. dengan dugaan yg sekecil ini mie asyik mengeluh sampaikan kadang2 mie terasa terlalu rendah diri.

Mie capai al-quran pemberian mak 6 tahun lalu ketika mak menunaikan haji. mie baca beberapa muka surat. insya'allah mie akan cuba habiskan membaca satu al-quran tu sepertimana mak lakukan setiap tahun. setelah selesai, mie cuba untuk tido kembali. jam menunjukkan jam 4.30am, rasanya mmg dah tak boleh nak tdo dah jadi mie onkan pc. teringin nak luahkan ape yg mie rasa saat nie, ape yg menggangu fikiran mie dan ape yang mie inginkan. tapi, tak boleh. biarlah ianya hanya bermain2 difikiran mie. mie taknak orang nampak bahawa mie adalah seorang yg lemah. rasanya 3 tahun lalu mie pernah hadapi dugaan yg lagi hebat dari nie. tapi alhamdulillah mie dapat tempuh semua dugaan2 tu seadanya. semoga kau kuatkan semangatku dan berikan aku pertujuk ya allah...

ameen.. ya rabbalalamin...

Read more...

Hujung Minggu yg BEST!!

>> Sunday, April 8, 2007

Sabtu 070407

Hari yg sangat meletihkan tetapi seronok.. oleh kerana PENCARIAN JUARA LONGKANG MSJBOX dan nengok wayang akan berlangsung petang tu, so pagi2 lagi mie dah bangun kemas umah n basuh baju. sesekali berlari2 ke ruang tamu nengok kartun. ihiks! mengemas rumah dan membasuh adalah salah satu dari xtvt masa lapang mie. kerana bagi mie, membuat kerja2 rumah boleh menghilangkan stress dan mie suka basuh baju guna tangan sambil main buih sabun... hehehe. yg mie rasa penat sangat semalam mungkin sebab mie basuh carpet kot. nasib baik si kecik 'aina' tolong sekali. walaupun buat keje x seberapa namun, keletahnya benar2 buat mie terhibur.

Asyik mengemas. sedar x sedar jam dah menunjukkan ke angka 1.15pm. alhamdulillah sume kerja umah siap sepenuhnya waktu tu. puas hati rasanya. kelmarin kak retna sms jam 2.15am dia akan sampai umah mie. so, tanpa buang masa mie mula menyiapkan diri. kalo boleh biarlah masa kak retna sampai tu mie dah sedia utk pergi. tak sempat nak lunch pun masa tu kak retna bg tahu dia dah sampai n tunggu mie nun jauh ditepi highway MRR2. so, mie kena menapak sket la nak kesana. kelihatan seseorang yg cukup asing bagi mie berada dalam kete sebelah kak retna. dia adalah kak kiki. 1st time jumpe kak kiki. rasa macam dh kenal lama plak dia. nice 2 meet u kak kiki...;) walaupun kak kiki nie tak banyak cakap. lepas ambik mie, kak retna ambik shai plak kat ukay perdana. adeih! memang masa tu peeenat sangat. nak je kansel kuar dgn diorg semalam. tp nak wat cemana masa tu mie dah ada dlm kete kak retna yang meluncur laju menuju ke THE MINES. dalam perjanan plak kak retna dapat call dari kak sheda mintak tolong ambik sodep kat mana ntah. yg mie tahu masa tgh cari2 umah sodep tu mie rasa macam nak pensan. pusing sana, pusing sini, pusing balik.. kepala pening n rasa nak muntah pun ada. mungkin sebab perut kosong kot. memang masa tu ingat nak soh kak retna benti tinggalkan mie kat mana2 n mie akan balik umah naik teksi je. tapi mie cuba bertahan dan alhamdulillah masa sampai je kat THE MINES, mie ok la pulak. dah x sakit kepala dah. maybe excited nak main bowling n tengok wayang kot. hehehe..

Bertambah semangat bila jumpe kak sheda, kak meera n azkam.. jumlah sume yang hadir adalah 8 orang. hehehe meriah kan?! nasib baik mie tak ikut kata hati utk balik umah. nengok kak meera, kak sheda n azkam makan ayam magik. (eh! betul ke nama masakan ayam yg korg makan tu ek?!. )nengok azkamnyer ayam tinggal tulang. "huis! macam sedap je.." bisik hati mie.. tapi masa tu perut nie rasa nak makan nasik je la. lalu mie terus order nasik putih + ayam percik dan air mineral. cis! cis! cis! nasik putih + ayam percik tu tak sedap langsung. uwaaa tensennyer! dah la lapar. masa tu mula la teringat nasik kat umah. sotong masak sambal, cendawan goreng, sayur kangkung.. huhuhu takpe, redha.

Lepas makan, kitaorang pegi beli tiket wayang JANGAN PANDANG BELAKANG yg akan ditayangkan pada 5.30pm. oleh kerana kami mempunyai 1 jam lagi sebelum 5.30pm, kami pergi ke pusat bowling. konon nak main la kan.. tapi, alangkah malangnya nasib kami.. lane2 kat pusat bowling tu penuh dengan budak2 UPM yg mungkin sedang bertanding kot. erm, kami tukar plan untuk pergi lepak2 kat CC sebelah pusat bowling tu. wargh sedihnya! CC tu pun penuh dengan budak2 bermain game. alahai.. last2 kitaorang sume main game kat pusat game dalam THE MINES tu. hahaha hambik! kak retna n kak sheda main game kete, tak tahu la gheti ke idak diorang tu main sebab masa tu mie pegi main bola jaring. hehehe puas hati sebab banyak bola masuk jaring. ihiks! sodep lak main game menari2 manakala yg lelain tu mie tak pasti. lepas tu kak retna, kak sheda, sodep n azkam main game tembak2. sekejap je nengok diorg tu main dah game over. muahahaha.. pastu mie ngan kak retna lak try main game tembak2 vampire. x sampai beberapa saat dah GAME OVER. ayark!




Dalam perjalanan nak ke panggung, tersinggah plak kat pusat gambar. tak tahu nak panggil ape mende alah tu. kitaorg kena dok dalam mesin tu. pastu mesin tu akan mengambil gambar kitaorg secara automatik dan gambar tu pula akan diedit cantik2 oleh staff2 kat situ. ntah macamana kami teruja dengan mende alah tu. habis 24 hengget melayang kat pusat gambar yg menipu itu. sebab ape mie cakap gambar menipu? sebab muke2 kat dalam tu sume nampak macam org jepun. hehehe macam2 aksi kami ketika bergambar dalam tempat tu.. lawak je. tp mie suke la. cute je gambar2 tu. nanti nak tangkap gambar camtu dengan ........ sape ek?! ntah la. tak jumpe lagik. hehehe.. kak retna banje ambik gambar tu sebab tak jadi main bowling.. TQ kak retna. love u soo much.. mmmuuuahhkss :x:x

Nie ler diantara dari aksi2 kami..


Asyik dengan bergambar, kami dah terlepas beberapa minit citer JANGAN PANDANG BELAKANG. sebaik melabuhkan diri atas kerusi dalam panggung, mie terasa nak pegi toilet la pulak. adus! takut benarnya. tp kena gak pegi. masa nak pegi toilet tu mie berlari. nasib takde org nampak. kalo tak sure org kata mie takut. hehehe seram la bilik air dia. setelah selesai mie kembali duduk di tempat mie. dan cuba memberi tumpuan pada cerita tu. dan tiba2 'dummmmmmmmm!' dan secara automatiknya mie menjerit. astaghfirullahalazim.... sound effect dia betul2 buat jantung mie rasa macam nak tercabut. mie tutup muka dan kadang2 mie tunduk bawah. tp rasa x puas hati. nak gak tengok citer tu. mie cuba utk tidak menjerit dengan menutup mulut mie. tapi, terlepas jugak. oleh kerana sodep dah pernah tengok citer tu sebelum nie, dia ada la bg tahu kat mana part2 hantu keluar. tp, mie still jugak terkejut n menjerit. tak boleh nak kawal la.. adoi! kesian kak retna n kak kiki. malang sungguh diorg dok sebelah mie. masa keluar dari panggung sume org citer pasal mie. malunyer! kak retna asyik cakap sakit jantung, sakit jantung.. hahaha harap2 diorg tak serik la ajak mie tengok wayang citer seram lagik. ihiks!

Lepas tengok wayang, kami lepak2 kat kedai mamak berdekatan dengan taman tema MINES WONDERLAND. lepak2, bergambar sambil bergosip. hehehe.. oleh kerana shai yg nampak beria2 nak balik cepat (nak tengok konsert af) la tu.. kami sudahkan makan malam kami tu. cis! cis! cis! kat situ pun tak sedap makanan dia. sian sape2 yg order roti canai liat tuh. :D nasib baik mie order maggi goreng. tak berapa sedap tapi masih boleh ditelan la. mie sampai umah tepat jam 9.00am. yey! dapat tengok konsert. terima kasih kak retna. lupe la nak bayar parking... :D next time saya bayar ek kak retna cayang.. sedih la noni kuar. cian syawal takde kawan... (ToT) sob.. sob.. sob..



+++ TAMAT CERITA HARI SABTU +++

Ahad 080407


Dari pagi sampai ke petang mie tak kemana2 pun. kira2 jam 6 petang kak lela msg ajak teman dia tengok wayang. kak lela kata, kalo mie tak nak pegi sekalipun dia akan pegi tengok sorang2. alahai.. "cian lak kat kak lela.." detik hati mie. lalu, mie bersetuju untuk teman dia. lagipun dah lama tak jumpe kak lela.. rasanya kali terakhir jumpe dia masa tengok wayang citer BRIDGE TO TERABITHIA dengan achik beberapa minggu yg lalu. selepas maghrib, kak lela datang ambik mie kat umah. kami tengok kat GALAXY lagi. sebab, itu je la panggung yg dekat dgn umah kitaorg hehehe.. kononnyer kak lela nak ajak tengok JANGAN PANDANG BELAKANG tapi oleh kerana mie dah nengok semalam n dah x sanggup rasanya untuk menjerit lagi, mie ajak kak lela tengok citer lain je kecuali citer seram sebab jam dah hampir jam 8.00am. pantang sket nengok citer seram memalam nie... ;) dengan kata sepakat, mie ngan kak lela nak tengok MR BEAN HOLIDAY tapi tempat duduk penuh plak. at last kitaorg tgk THE HITCHER citer kisah pembunuhan. adeih! mie rasa mie nie dah terkena sampuk dengan citer JPB semalam la. sebab masa tengok THE HITCHER pun mie asyik terkejut n menjerit je. ingatkan bila tgk citer camtu, dah takde la aksi jerit menjerit nie. erm, kesian kak lela. time mie menjerit je, dia sure urut dada (terkejut). hahaha adoi larr. citer tu banyak tol part2 yg buat org terkejut. rasanya kalo 100 kali ada babak2 terkejut tu, mau sakit jantung dibuatnyer.. pepon, kak lela kata citer tu x membosankan sebab ada budak kuat jerit. ceh! perli la tu.

Moral dari cerita nie "jangan tumpangkan sesiapapun yg tak dikenali"...

Lepas tengok wayang, kak lela ajak main bowling kat AMPANG POINT plak. mie mengikut tanpa bantahan. lagi pun khado balik semalam tak jadi main bowling. kami main satu game je. dah lama x main bowling, asyik masuk longkang je bola tuh. ada la sekali 2 mie dapat jatuhkan sume pin. namun mie tetap kalah di tangan kak lela. ermmm..


+++ TAMAT CERITA HARI AHAD +++


Psstt : rasa macam nak gugur jantung neh!

SAPE NAK JOIN MIE MAKAN SHUSHI KING? RM 2.00 SETIAP SATU PLATE... BUKAN SENANG NAK MAKAN SHUSHI KING MURAH NIE.

Read more...

Cuti JCard..

>> Thursday, April 5, 2007

Hari ini dengan rasminya mie mendapat cuti... hooooooyehhh *sambil melompat2 atas katil* hehehe... sebab ape mie cuti? sebab jcard sales kah?! owh tidak sama sekali.. ini adalah kerana berkat kerajinan mie yang telah berjaya menyiapkan sume kerja2 mie dengan sempurna sekali semalam. hehehe... kalo mie pergi kerja hari nie pun sure takde ape yang ndak dibuat. so, daripada mie dok mengadap minah2 yg suuuke sangat busy body kat opis tu, baik mie dok umah diam2. tapi, tadi dapat msg dari mazmal. esok ada meeting dan mie wajib masuk meeting tu. ayark! bosannyer. SESAPE TAHU ADA KERJA KOSONG KAT MEMANA TOOOOOLONGLAH BAGI TAHU... adeih!

Kira2 jam 9.00 pagi td.. kak lah ajak pg jusco. hehehe mulanya malas betul nak pegi. sbb memang dah tau sure sesak punyer kat JJ tu bila ada SALE. tetapi setelah di pujuk2 oleh kak lah, mie akur. lagipun oleh kerana aina sekolah so, kitaorg bawak arif sekali. sekurang2nya takde la budak tu bosan asyik dok kat umah je. *harap2 tak tergugat la bila nengok baju yg cantik2 n murah2 kat JJ tu* berkali2 mie nasihatkan diri mie supaya tidak membeli ape2 kat JJ tu. kelakar kan? takkan pegi semata2 nak jalan2 je kat dalam JJ tu. kalo camtu, baik mie pegi taman je kalo sekadar nak jalan2.. kot nak wat window shopping pun rasanya ini bukan masanya. sebab seawal pagi lagi JJ tu dah penuh sesak dengan orang yg GILA SHOPPING. sampaikan nak parking pun takde tempat. tp, kami diantara yg bernasib baik la sebab dapat tempat parking.

Nampaknyer nasihat yg mie berikan pada diri mie tu tidak berjaya. sebab, hasil dari berjalan2 di JJ tu mie telah membeli cadar, seluar kat ROMP, t-shirt kat PDI n t-shirt lagi kat IP ZONE. tak mahal sangat pun sbb harga offer kan... ;)




Kira-kira jam 6.30 petang tadi mie pegi JJ sekali lagik *mentang2lah tak jauh* sebab nak tukar mainan arif yg kitaorg beli pagi tadi. mainan tu macam bermasalah je. dah la mahal giler harga dia. sebelum pegi, mie call kak dah tanya s/ada dia nak join pg JJ atau tak dan katanya masa tu dia sudahpun dalam perjanan dari opis dgn ann nak ke JJ. aiks! biar betul abang mie sorg tu, nak shopping gak ke dia? hehehe selama hidup satu umah dgn ann, inilah kali pertama nengok ann membeli belah. kami berjumpa di JJ. masa tgh dok sibuk memilih baju, ann tanya mie "hang nak ape2 ke?.." tanya ann pd mie. masa tu rasa macam tak percaya je. lama mie diam dlm hati dok pk mungkin abang mie just 'tanya2 ayam' je. "nak ape2 pg la ambik. aku nak belanja nie.." kata ann lagi. "yey! betul ke nie?" berkali2 mie tanya ann. kenapa abang mie menjadi sebaik ini?! hehe padahal dia memang baik pun 'kadang2' je la. ihiks! "tapi, aku x minat la baju2 kat sini.." rungut mie. ann bukak dompet dia n hulur mie RM 100 sekeping. "nah! ambik nie. pg la nak beli ape2.." Tanpa malu2, mie terus capai duit yg dihulurkan. ah! nak malu ape? abang sendiri... Hoyehhh!! dengan duit tu mie beli jacket kat SEED. Tocheee ann.. LOVE U SOO MUCH...


Mie dapat GIFT VOUCHER yg berjumlah RM 50.00. setiap 1 voucher tu mewakili pembelian melebihi RM 100. Ops! jangan ingat RM 500.00 tu sume barang mie plak. tu sume resit2 abang n kakak2 mie punye. diorg bg mie. baik kan adik badik mie nie.. ;)) hehehe. Kami berangkat pulang kira2 jam 10.30 malam td. huhu tak dapat tengok diari af. sedihnyer... sob.. sob.. sob..

Pstt : siang td kak lela ajak tgk wayang (mid night) citer JPB. huhu siang2 boleh la nengok citer tu. malam2 tak berani la.. ;))

Read more...

Tak Sangka...

>> Tuesday, April 3, 2007

Nie gambo sebelum di'edit' oleh chot... :p

Semalam, tepat jam 4.30 petang sume keje2 telah siap sepenuhnya. kebiasaanya waktu2 camnie mie akan jalan2 kat internet. singgah dari blog ke satu blog atau chatting. tapi ntah kenapa mie rasa internet cam lembab je petang tu. mood nak jalan2 kat internet pun terbantut n terus berkemas2 untuk pulang. malas mie nak join budak2 opis tu melepak. bukannya sombong tapi mie tahu sure diorg akan tanya tentang mie n mazmal @ bos mie tu. menyampah! sibuk je nak jaga tepi kain orang.. tapi itulah yang mazmal selalu nasihatkan mie supaya tidak bercampur sangat dengan budak2 opis yg suuuke sangat busy body tu. dia cakap lagi, bahawa mie boleh balik umah kalo sume keje2 mie telah siap sepenunya. terima kasih buat mazmal. mie tahu sejak dia mengambil mie kerja dengan dia, hubungan dia n gf dia agak dingin. sumenya gara2 gf dia yang terlalu cemburu tak bertempat.

Sampai je umah terus teragak nak sms fysal langkawi yg katanya akan datang kl. dia ajak join jumpe beberapa org member Msjbox kat KLCC pastu nak pg makan satay kajang lak. tapi, kalau dah sampai ke kajang tu, memang tak dapat la mie nak join sbb tak tahu jalan dan ntah cemana beberapa menet pastu kak retna msg ajak jumpe fysal kat KLCC. dia cakap nak jemput mie kat umah. yey! terexcited lak nak pegi. oleh kerana risau kak retna tak dapat nak cari umah mie. so, mie soh dia ambik kat McD tepi MRR2 tu je la. mie soh kak retna call bila dia dah nak sampai. sebab, pejalanan dari umah mie nak ke McD tu lebih 5 menet gak la rasanya. tapi jam dah pukul 8.00am, kak retna senyap je. mie msg pun kak retna senyap jugak. tetiba dapat msg dari adik kak retna yg mengatakan kak retna ada kat petronas tengah tunggu mie. ya allah.. rupa2nya kak retna takde creadit nak reply msg mie. adeih! kesian kakak mie sowang tu tunggu mie lama kat petronas. lain kali jangan malas2 topup enpon yek kak 'KluangGirl' hehehe... Terima kasih yer kak retna sebab ajak saya semalam. lepas nie kalo nak kemana2 jangan lupa ajak saya lagi tau! nanti saya bayarkan parking untuk akak lagik.. :p

Rancangan nak pegi makan satay kajang tak jadi. so, kitaorang lepak2 kat Restoran Pelita berdekatan KLCC tu je la. turut hadir pada malam semalam ialah en jun&kak carnez, shai, kak sheda, sodep, chot, fysal, dan azkam,.. pertama kali jumpe fysal, sodep, chot n azkam. nice to meet u all walaupun tak banyak berborak. maybe next time kita leh jumpe lagi n borak sampai lebam... muahahaha..

kak sheda n kak retna tak abih2 nak gocip mie siap buat gelaran lagi. 'ShyGirl' tu sape.. cess! jangan hengat saya tak tahu. notti arr 'KluangGirl&RatGirl' nie hehehe.. habis sume org dah gocip2 mende yg sama. adeih!! bagi mie tu sume hanya gurauan dan mie berharap sangat tak ada orang salah paham serta jangan sampai ada orang yang menganggap gurauan itu sesuatu yg serius. mie nak sangat sume orang tahu bahawa selepas mie breakup dengan MFS, sekarang nie la mie rasa hidup mie kembali normal. mie gembira sangat dengan kehadiran kawan2 baru dikeliling mie sampaikan mie rasa mie tak perlu lagi seseorang dihati mie dan biarlah masa je yang menentukan siapakah yg bakal bertahtah dihati mie selepas ini. ewah! terjiwang plak.. kui.. kui.. kui..











Gambo2 nie sume mie dapat dari chot n fysal. terima kasih ye chot n fysal! sebenarnya mie bawak je camera semalam, tp segan la nak kuarkan sbb camera kecik je.. hehehe. pepon, mie betul2 TAK SANGKA dapat jumpe dengan sume yg hadir semalam. teserlah ketembaman mie bila ambik gambo dari tepi. masa bila ntah chot ambik gambo mie nie.. malunyer!

Psstt : tak sabo nak nengok 'jangan pandang belakang' esok.

Read more...

Hidup Mesti Diteruskan..

>> Monday, April 2, 2007

Cepatnyer masa berlalu kan? sedar tak sedar sekarang ni dah masuk bulan APRIL 2007. Lagi lapan bulan masuk lak tahun 2008. Rasanya baru semalam mak n ayah hantar mie masuk MTI dan rasanya baru semalam mie menamatkan zaman persekolahan mie. Apabila mie membuat entry bekenaan arwah kakak mie beberapa hari lepas, mie sendiri bagaikan tak percaya bahawa kejadian tu sudah berlaku 10 tahun yang lepas. tetapi, segala kenangan2 bersama arwah tetap segar dalam ingatan nie. Terasa baru sangat kehilangannya. Tetapi.. apepun yang mie rasakan saat ini, ianya tetap berlaku dan telah berlalu.. Hidup harus diteruskan dan bersyukur kepada ALLAH S.WT. Kerana ini membuktikan bumi ini masih berputar di atas paksinya dan dengan kerana itulah mie masih dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi ini. alhamdulillah ya allah, kerana masih memberi mie peluang untuk hidup di alam ciptaanMu ini.

Dari putaran inilah terjadinya siang nan permai dan malam nan indah. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100ÂșC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan. nauzubillah.. mie plak rasa takut nak cerita lelebih.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sama juga dengan PERTEMUAN & PERPISAHAN. Pertemuan adalah suatu kepastian manakala perpisahan adalah mutlak. Semua yang hidup didunia ini pasti akan mengalami perpisahan. Perpisahan walaupun amat menjerihkan untuk dihadapi, namun begitu kita mesti belajar bersemuka dengannya.

PERTEMUAN yang ikhlas diibaratkan sebagai salah satu dari nikmat dalam kehidupan. Bertemu, berkenalan dan dari situ akan wujud satu perhubungan. Dalam perhubungan yang telah terjalin kita bergurau senda, bergembira, berduka malah akan wujud satu perasaan saling menyayangi dan merindui. Namun apabila telah tertulis perpisahan berlaku... Kun Faya Kun... kita akan merindui semua detik tika kita bersama. Semua kenangan akan menjadi igauan kita dalam merindui yang telah pergi.

Tak kira bagaimana sayang dan kasih pada seseorang sekalipun, suatu hari kita akan berpisah juga. Jika tidak berpisah kerana tugas kerja atau apa2 urusan dunia, akan berpisah juga kerana dipanggil Yang Kuasa. Tiada satu apa pun didunia ini yg kekal! Walaupun sukar menerima hakikat perpisahan tapi itu yg pasti dan pasti akan terjadi. Semuanya akan merasa, malah ada juga yg mengatakan pertemuan adalah permulaan untuk perpisahan.

Dan mie juga tak lepas dari ketentuanNYA. mie sering dipertemukan dengan seseorang dan perpisahan itu seolah2 wajib berlaku tatkala hati mie mula menerima kehadiran mereka. ntah dimana silapnya mie sendiri tak pasti. Insya'allah, mie takkan mengelak sekiranya mie dipertemukan lagi dengan seseorang bernama LELAKI selepas ini kerana mie dah lali dengan perpisahan.. :) Jika masih berlaku perpisahan, bermakna ia bukan tercipta untuk mie. Teringat kata2 nie :-

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia"

Diawal pemergian arwah kakak mie 10 tahun lalu.. mie betul2 tak dapat terima hakikat bahawa mie takkan dapat bertemu dengannya lagi, mie takkan dapat dengar nasihat2 dari dia lagi, mie takkan dapat buat kuih raya tiap2 tahun dengan dia lagi dan takde sesiapa nak sebelahkan mie setiap kali ayah marah2 mie. Tetapi apabila mengenangkan penderitaan yang dia tanggung ketika sakit, mie jadi redha. Mie tak sanggup dengar rintihan nya setiap malam mengadu kesakitan. mungkin itu yg dikatakan bahawa allah lebih menyayangi dirinya kerana tak mahu arwah kakak mie terus menderita menahan sakit akibat barah tersebut. Terima kasih ya allah. Semoga arwah ditempatkan disisi-MU.

Member2 MTI.. mie tak pernah anggap bahawa kami sudah terpisah. Kerana mereka dan kenangan2 bersama mereka tetap ada dekat di hati mie sampai sekarang dan mie yakin, bahawa mereka juga seperti mie. Mungkin kami jarang berhubung tapi persahabatan antara kami sangat utuh. Mei 2006 adalah detik pertemuan pertama kami secara beramai2 selepas tamat tingkatan 5 tahun 2001. Walaupun ada yg tak dapat hadir, mie tahu mereka juga sangat merindui kami dan insya'allah ogos nanti kami akan adakan reunion lagi untuk ex MTI batch SPM 2001... jika tahun lepas kami hanya buat di restoran nelayan, tasik titiwangsa. kali nie mungkin kami akan buat di teluk batik. insya'allah......
klik sini kalo nak tgk gambo REUNION EX-MTI BATCH SPM 2001 tahun lepas.

Member2 pompuan.. (time nie ramai dah balik).

Member lelaki.. (pun ramai dah balik)..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Mereka pernah berkata...
"Sakitnya penantian,bahagianya pertemuan."

Mereka juga berkata :
"Usah ditangisi sebuah perpisahan,kerana tanpa perpisahan,kita tak dapat merasai betapa manisnya sebuah pertemuan".

Tapi kemudiannya mereka menangis.Kenapa? Kata mereka:
"itulah penghargaan untuk sebuah pertemuan."
Ya,benar begitu.Tapi...penantian yang lama lebih baik dari perpisahan sekelip mata!
Setuju tak?

kini
Aku masih mendengar mereka berkata...
mereka bertanya dan mereka ketawa
masih di tempat yang sama..
tanpa usaha

Aku hanya mendengar.. tanpa berkata-kata
kerana aku tahu mereka berdusta
mereka cuba lari.. cuba sembunyi..
kerana takut berduka.. takut kecewa..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Dengan ini, maka terjawap la sudah TAG dari chii..... :p

Psstt : Sejarah dan kenangan silam itu adalah sesuatu yang pasti tidak dapat dilupakan, tetapi ketahuilah bahawa masa akan membuatkan kita lali dengan apa yang telah berlaku.

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP