Cerita Hujung Minggu..

>> Sunday, March 11, 2007

Uwarghhh.. mengantuknye *mengeliat sambil menguap* hehehe mungkin mie kepenatan kot. eh! ape plak yg mie buat selama 2 hari nie agaknya sampai terkeluar perkataan penat tu. erm, semua orang pasti mempunyai agenda yg best2 dihujung minggu nie seperti bershopping, datting, tgk wayang dsb nya la kan?. tetapi mie pula lebih senang mengabiskan masa bersama2 keluarga mie. ada gak 2-3 org member mie ajak keluar, tapi mie katakan bahawa mak n ayah ada kat sini dan diorg faham maksud mie. diorg tahu bahawa mie takkan keluar dengan sesiapa kalau mak n ayah ada. bukan kerana takut atau mak n ayah menghalang, tetapi ini adalah satu penghormatan buat mereka sebagai orang tua mie. bersalah rasanya kalau mie keluar dengan kawan2 mie ketika mak n ayah ada kat sini. lagipun mak n ayah bukan selalu pun berada dekat dengan kami. hari rabu nie mungkin mak n ayah dah nak balik kampung semula sebab hari khamis tu ayah ada appointment dengan doktor berkenaan dengan penyakitnya tu.

Selama 2 hari nie, mie n family takde la duduk dirumah je. sabtu aritu kak lah ajak pegi jusco dia nak beli kasut, baju n seluar untuk dia pegi aerobic esok. bersemangat betul dia nak kuruskan badan nampaknya. hehe harap2 dia dapat la capai target untuk kurus macam mie. muahaha. suit utk aerobic pun dah cecah RM5++.00 dan semuanya jenama adidas. ermm.. jangan mula2 je bersemangat udah. cadangnya mie pun nak beli kasut exceli. tapi kebanyakkan kasut yg mie berkenan mesti takde saiz. sedih betul! tapi tak kisah la, sebab tak penting pun.. ('',) masa pegi jusco tu bawak mak ayah sekali. saje bawak diorg jalan2.

Tadi pulak pegi tesco. bawak mak n ayah jalan2 lagi. masa kat tesco tu ada la Pantai Medical Centre buat ujian darah, free je. memandangkan mie nie susah sangat nak pegi klinik atau hospital utk buat ujian, tadi mie telah merajinkan diri untuk membuat ujian tu sementara mak, ayah dan yang lelain pegi shopping. jururawat hosp. tu guna ape ntah untuk kuarkan darah kat jari mie *sakit sket je* tapi sampai sekarang masih ada kesan dia.. huhu. masa tgh tunggu giliran untuk check tekanan darah pula, tetiba je mie rasa sakit kepala ya amat. mie perlu cari tempat duduk. kalo tak, mungkin mie akan pengsan kat situ. rasanya ada dalam 10 menet mie duduk di bangku tak jauh dari Pantai Medical Center tu buat ujian. sakit kepala mie dah bekurang dan semasa nak pegi beratur semula, mie nengok punya la ramai orang berkerumun kat tempat ujian tu dan niat untuk meneruskan ujian tu terus terbantut. ntah bila agaknya mie berpeluang untuk buat ujian kesihatan tu.. ermmm...

Dah lama betul tak makan siput sedut. dah hari nie mie berpeluang memakannyer. ayah bawak siput sedut tu dari kampung kelmarin. sedap! teringat semasa zaman kecik2 dulu mie ngan budak2 kampung yang lain selalu cari siput kat sungai berdekatan. pastu bawak bekal siput sedut ke sekolah petang(agama). biasanya siput sedut kitaorg buat gulai labu. sedap sangat! asyik rasanya menyedut isi siput sambil menontoh TV. nengok mie khusyuk je menyedut siput, aina pun sibuk nak sedut jugak. hahaha tapi asyik tak keluar je isi siput tu dia sedut. dan mie lak jadi tukang sedut isi siput tu utk dia.. heiii nasib..

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sekejap lagi dah nak masuk hari isnin 12hb march 2007. bermakna, genab la sudah 23 tahun umur Mr'Q'.. (dia tua 12 hari je dari mie) mie tak boleh nak call atau sms dia sebab hp mie takde creadit. jadi, sempena hari lahir Mr'Q' nie, mie nak ucapkan kat sini je la:-

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 TAHUN..

SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI..
SEMOGA DIBERKATI ALLAH S.W.T..
SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN SERTA SEGALA URUSAN

DIDUNIA & AKHIRAT...



Harap2 awak tak marah la yek saya letak gambar awak nie Mr'Q'.. hehe.

Mr'Q' a.k.a Muhammad Qausar nie ialah diantara kawan lelaki yg rapat dengan mie.. kami kenal sejak di sekolah menengah dulu lagi dan menjadi rapat beberapa tahun yang lepas.. sejak Mr'ex' tinggalkan mie, Mr'Q' la banyak bagi mie semangat dan banyak menolong mie. masa mie kaple dgn MFS pun kami still berkawan rapat dan alhamdulillah MFS seolah2 memahami situasi kami. lagipun Mr'Q' sendiri mengaku bahawa dia dah punya seseorang dalam hati dia. anak ustaz katanya. cuma belum masanya untuk dia meluahkan isi hatinya pada anak ustaz tu. harapan mie, semoga dia berjaya memiliki hati anak bekas ustaz mie tu nanti.. :) tapi ntah kenapa sejak mie breakup dengan MFS nie, kami jarang berhubung. sepatutnya dia ada bersama2 mie sama seperti dia ada bersama2 mie ketika mie ditinggalkan oleh Mr'Ex' satu ketika dulu. mungkin dia agak sibuk kebelakangan nie. tak kisah la. pepon, mie doakan semoga dia berjaya dalam ape jua bidang yang dia ceburi... AJA AJA FIGHTINGG!!! ihiks..

psstt : kepala kembali berdenyut.. adeih!

Read more...

Kena Tag.. (Show Me Ur Desktop)

>> Thursday, March 8, 2007

This is mine :-


Resolution : 960 by 600 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor
Been using this desktop since : January 2007

Semalam kena tag dengan kak faizzah dan mengikut Kata penyebar utama virus nie En. acai, desktop, arrangement, resolution mengambarkan tingkah laku kerja seseorang" mie tak tahu la pulak bahawa tingkah laku seseorg tu dapat digambarkan melalui dekstop. ada kaitan eh En. acai ?! nanti bg tahu ek cemana tingkah laku saya.

Apa yang mie tahu, dekstop yang menarik boleh mempengaruhi mood kita untuk bekerja. sebab dekstop nie kita akan selalu tengok apabila ingin memulakan sesuatu kerja. tapi, mie nak nasihatkan supaya jangan la sesekali letak gambar boyfriend. sebab ape tau, ada salah seorang kawan mie nie dia letak gambar boyfriend dia kat dekstop. satu hari tu dia gaduh dengan bf dia. masa nak mula kerja tu kan, dia tertengok gambar bf dia kat dekstop dia pastu terus takde mood nak buat kerja dah.. asyik menangis je. hehehe haru dibuatnyer. Mie selalu gak la tukar2 gambar kat dekstop mie but currently, this is the one i use.

Mie rasa sume dah terkena virus nie, so mie takmo la jadi penyebar.. :p

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aina : makcumie.. makcumie.. tadi kan masa kat carrefore kan, ada sorg budak tu dia kena tinggal dengan mama dia.
Mie : Owh, ye ke kenapa mama dia tinggal dia?
Aina : a'ah.. budak tu jalan perlahan2 tapi mak dia jalan laju2 lepas tu dia cari2 mama dia dah takde. pastu dia nangis la.
Mie : La.. lepas tu dia jumpe tak dengan mama dia?
Aina : Jumpe.. masa dia nangis2 tu ada pakcik tu, tolong.
Mie : Owh.. tu la, lain kali kakak kalo nak kemana2 pegang la tangan ibu nanti hilang macam budak tu ha, cemana.
Aina : Kakak selalu je pegang tangan ibu kalau nak pegi carrefore. *sengih2*
Mie : Macam tu la makcumie sayang *sambil cium pipi dia*

Hahahahahahaha.... ini la satu2nya anak buah mie yg paling rapat dengan mie AINA FATINI nama dia bulan 10 nie genap 5 tahun.. yang kat atas tu perbualan mie dengan dia sewaktu dia balik dari sekolah dia semalam. memang kak lah selalu bawak dia berjalan2 selepas balik dari sekolah dan aina selalu cerita tentang pengalaman dia bersekolah atau ape yang berlaku depan mata dia. contohnyer, kalo sewaktu dia balik dari sekolah dia nampak orang eksiden, balik tu dia mula la becerita dekat mie. dan ntah macamana semalam tu maybe dia dah takde idea nak becerita agaknyer. ape yg dia cerita tu sebenarnya kisah dia sendiri. dia malu agaknya nak cerita dekat mie bahawa budak yang hilang tu adalah dia. mie mati2 percaya bahawa ape yg dia cerita tu berlaku pada budak lain. mie dapat tahu cerita sebenar pun dari kak lah. sabar je la aina nie.


psstt : sakit kepala......... :(

Read more...

Terima Kasih Semua..

>> Wednesday, March 7, 2007

Terima kasih abang2, kakak2, kawan2 dan semua yg telah berdoa dan memberi mie semangat untuk menempuh ujian2 nie.. :) Alhamdulillah berkat doa dari semua pihak, ayah mie mungkin dibenarkan pulang kerumah hari nie. mengikut kata doc. salur darah yg menuju ke jantung ayah tersumpat (terdapat darah beku dlm salur darah tu) dan mungkin esok ayah dan mak akan tinggal bersama2 kami di KL nie bagi memastikan keadaan ayah benar2 pulih..

Dalam sibuk2 memikirkan tentang ayah, sekali lagi mie terlupa untuk memikirkan tentang orang lain. ah, bukan orang lain tetapi ibu saudara mie sendiri yg mana masa mie kecil2 dia lah yg sering bermain dengan mie dan sering membeli mainan buat mie. mak itam (ibu saudara mie-adik mak) telah pergi mengadap ilahi kelmarin. hari yang sama mie balik untuk menjenguk ayah. arwah mak itam memang baik sangat! oleh kerana dia tidak mempunyai anak perempuan, dia mengambil ramai anak angkat perempuan. arwah mak itam semasa hayatnya memang mempunyai masalah dengan jantungnya (pakai bateri) tetapi masa dia dimasukkan kehospital jumaat lalu doc. kata jantung dia takde masalah tetapi buah pinggang dia dijangkiti kuman. arwah dimasukkan ke hospital jumaat aritu. sebelum2 tu arwah sihat je. mak kata, masa dia dimasukkan ke hospital tu arwah tak rasa sakit pun cuma rasa penat je. pastu lepas sampai hospital, doc. suntik ubat tido dan arwah terus koma sehinggalah dia menghembuskan nafas yg terakhir. tiada kata2 terakhir dari arwah. terkilan sangat. pepon, semoga roh arwah diterima disisi allah s.w.t dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Cadangnya pagi selasa tu kami nak bertolak lewat sikit tetapi apabila mendapat tahu mak itam meninggal, lepas subuh terus begerak balik kampung dan terus ke rumah arwah. alhamdulillah kami sempat melihat mayat arwah dan mie sempat mencium pipi arwah buat kali terakhir. selepas ini kami pasti merindui mak itam yang sangat penyayang.

Sebolehnya mie nak stay kat kampung tu 2-3 hari lagi. tetapi, atas sebab2 yang berkaitan dengan kerja mie, mie terpaksa pulang petang semalam ke KL. mie tumpang abang sepupu mie yang kebetulan ingin balik kl pada hari yang sama.

~*~*~*~*~*~*~*~

Nampaknyer ramai yang vote genting, satay kajang dan taman tasik titiwangsa.. mie dah vote semalam. mie vote TASIK TITIWANGSA... hehehe genting dan satay kajang tu menarik gak. tetapi apabila memikirkan tempat tu jauh dan mie tak tahu cara nak pegi nanti, so mie pilih taman tasik titiwangsa je la. dekat sket. lagipun mie masih dalam proses untuk mengenali ahli2 Msjbox jadi mie rasa biarlah sebolehnya buat yang dekat2 dulu nanti bila dah kenal betul2 mie pasti tak kisah nak buat kat mana2 tempat pun. iks! mie nie pentingkan diri sendiri pulak. hehehe pepon ikut persetujuan orang ramai je la.. insya'allah kalo bukan kat TASIK TITIWANGSA pun mie cuba la luangkan masa mie untuk gathering Msjbox nie..

p/s : Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. sabar yer umi..... ;)

Read more...

Maafkan umie.. AYAH.

>> Monday, March 5, 2007

Berita yang mie dapat maghrib tadi betul2 mengejutkan mie..

..."ayah sesak nafas dia masuk hospital petang tadi.." kata2 dari kak dah betul2 buat mie terkejut. lemah seluruh badan mie dan laju je air mata nie mengalir. 2-3 menjak nie, mie terlalu rindukan mak.. terlalu fikirkan tentang mak sehingga mie terlupa seketika tentang ayah. sedangkan ayah dan mak sangat penting dalam kehidupan mie. maafkan umie ayah..

..."jangan risau la, td mak cakap keadaan ayah dah stabil.." kak dah cuba tenangkan mie. tapi, tak tahu kenapa mie rasa bertambah sedih. mak memang begitu. semuanya ok, baik, tak apa2. jika dia sakit sekalipun dia akan kata ok, ok, tak apa2, mak sihat sume. kenapa? sebab mak taknak kami adik beradik risaukan mereka. kenapa la agaknya mereka boleh berfikiran macam tu. terasa diri mie nie macam anak yang tak berguna je.

Saat nie, mie betul2 risaukan ayah n mak. betul ke keadaan ayah dah stabil? mak kat spital tu makan ape la agaknya?.. aduh! rasa nak je balik kampung malam nie jugak. tapi tak boleh.. sbb ann lak tak sihat. dia cakap kalo dia dah ok, esok pagi2 baru nak bertolak balik kampung. masa nie mula la terfikir kalau la doraemon tu wujud, mie nak je pinjam pintu masa dari dia. nak peluk mak, nak cium tangan ayah. nak mintak maaf sbb mie rasa mie gagal jadi anak yg baik.

Akhir2 nie mie sering diuji, dan hari ini allah menguji mie lagi. mungkin menguji sejauh mana kasih sayang mie terhadap org tua mie. Insya'allah, apapun yang akan berlaku, mie tetap akan balik esok. bagi mie ini adalah salah satu bukti bahawa mie sangat sayangkan mereka.

~*~*~*~*~*~*~*~

Mie cuba tenangkan hati mie agar tidak terlalu memikirkan tentang ayah dan mak. seperti biasa mie melangkah dari satu blog ke satu blog sehinggalah secara tak sengaja mie terbuka blog dia.. ntah bagaimana hati mie tersentuh lagi dan dalam tak sedar mie menangis kembali. coretannya mie baca sehingga habis dan ada note di akhir coretannya dan mie pasti note tu untuk mie..

Merasa cinta pada seseorang adalah suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrahnya suka disayangi dan menyayangi (Sense of belonging) saling memiliki gitu. Dan merasa cinta itu tidak salah, tapi pendamkanlah dulu hingga korang dan aku sampai ke masa yang mana korang dan aku sudah bersedia untuk melamar si dia menjadi permaisuri/raja di hati korang (maksud aku nikah le).

Kerna AMAT payah untuk seorang yang bergelar manusia itu untuk menjaga tatatertib dalam bercinta dan meluahkan rasa cinta kepada pasangannya. Tahukah anda bahawa berangan nak kawin kat atas kereta kuda dan sebagainya ketika hangat dilamun cinta itu salah? Kerana angan-angan itu akan membawa korang khayal. Dan khayal itu dilarang kerana syaitan akan masuk ke dalam hati manusia bila dia jauh dari Tuhannya.

Maka bila mana manusia jauh dari Tuhannya, syaitan masuk jarum, faham-faham sendirilah akibatnya. KAMU seorang lelaki dipertanggungjawabkan untuk memelihara wanita dari kerosakan. Jika kamu seorang lelaki, membawa seorang wanita ke alam khayalan tiada bertepi maka kamu telah menyalahi amanah Allah kepada kamu tau tak? (Termasuk ingatan ini untuk aku juga.. hehe)

Kamu menyatakan bahawa, "saya mencintai awak ikhlas... saya nak membimbing awak ke arah kebaikan...". Ke arah kebaikan yang mana satukah yang kamu (lelaki) nak bawa si gadis itu jika kamu asyik masyuk membelai asmara dengan si dia. Asyik berbual, gurau senda, cubit-cubitan, senggol-senggolan, cintaku 100 persen, bunga-bunga cinta, dedebu cinta dan sebagainya hingga dia hanyut dalam badai cinta. Apakah kamu sedang menunaikan amanah itu, atau kamu sedang menghancurkan amanah itu. Adakah kamu sedang membimbing si dia ke arah Allah atau kamu sedang membawa dia JAUH dari Allah?

Pernikahan adalah suatu yang sangat suci. Nikah adalah syariat Allah swt dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Maka sesuatu yang bergelar syariat Allah dan sunnah Rasul Allah sudah pasti suatu yang suci dan sangat tinggi nilainya. Jika kamu (lelaki) mahu membina sebuah rumah yang kukuh dan cantik. Ada kolam renang dan ada taman. Maka dah tentulah kamu akan mencari tapak yang kukuh dan strategik. Begitu juga dengan rumahtangga. Untuk memiliki rumahtangga yang dirahmati Allah, permulaannya dan asasnya mesti juga dirahmati Allah.

Kalau masa bercinta juga sudah tiada rahmat Allah, apakah mungkin Allah akan menyayangi rumahtangga yang akan kamu bina itu? Renungkanlah sahabat lelaki ku semua. Ini tanggungjawab lelaki. Kerana wanita itu bersifat lembut seperti kapas. Mereka memerlukan lelaki sebagai pemimpin dan penunjuk jalan kepada Allah. Jika lelaki pun sudah terpesong dan tergelincir, bagaimanakah nasib muslimah-muslimah pula? Walaupun wanita itu ibarat racun dunia, penawarnya bukan di tangan wanita. Allah jadikan di tangan wanita itu racun kepada dunia, dan dikurniakan penawar racun dunia itu kepada lelaki. Jangan bazirkan penawar itu.

Note : Saya minta maaf pada awak kerana tak dapat teruskannya... Moga Allah menggantikan insan yang terbaik untuk awak...

Buat awak.. sejak awak menyatakan hasrat awak untuk berpisah, saya dahpun memaafkan awak. saya tahu awak punya alasan tersendiri dan saya yakin bahawa alasan awak sangat kukuh dan saya percaya bahaya setiap keputusan yang awak buat adalah yang terbaik untuk diri awak. cuma saya terkilan dengan cara awak meninggalkan saya. sebenarnya, selepas saya breakup dengan Mr'ex' saya betul2 dah tawar hati untuk terima lelaki lain. bukan kerana saya masih setia atau masih teringatkannya. cuma saya ingin bagi ruang pada diri saya untuk bersendirian. berfikir ape jalan seterusnya yang patut saya ambil. tapi, ntah bagaimana kita dipertemukan dan awak bersungguh2 menyakinkan saya bahawa awak ingin meleyapkan kesedihan, menyayangi saya sekaligus membimbing saya. dan sekarang nie saya tak tahu samada awak masih ingat atau tidak janji2 awak tu.

~*~*~*~*~*~*~*~

Arghhh! STOP..! STOP..! STOP..! kepala dah pusing.. mie nak tdo.... SELAMAT MALAM SEMUA..

Read more...

Peliknya mie..

>> Sunday, March 4, 2007

Nampaknya sume orang sibuk buat entri pasal APA YG PELIK TETANG DIRI mereka di blog masing2.. dan hari nie mie ingat mie nak becerita jugak la APA YG PELIK TENTANG DIRI MIE nie.. sekadar suka2 je.

SAKIT..
Alhamdulillah, selama 23 tahun mie idop kat dunia nie mie tak pernah sakit yg serius2.. demam pun adala dalam 4 tahun sekali kot. sebab, seingat mie la mie pernah demam teruk masa darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 5. masa tingkatan 5 tu la kali terakhir mie demam sampai sekarang alhamdulillah mie masih tak terkena virus tu lagi. harap2 biar la sampai dah kawen nanti tak demam. bukan sebab ape, mie nie kalo demam memang teruk, nak bangun pun tak boleh. masa mie demam darjah 1 ngan darjah 4 tu mak la yg uruskan mie manakala masa ting. 1 dan 5 tu kawan2 mie la yg banyak tolong mie. masa tu, kawan2 mie layan mie tak ubah macam anak raja. diorg carring sangat. itu lah salah satu sebab kenapa mie rindu sangat kat zaman sekolah dulu.. nengok la nanti kalo ada masa mie nak cerita serba sedikit kenangan2 masa mie sekolah dulu.

KARTUN..
Mie suke sangat tengok kartun. tak tahu la kenapa. kalo hari minggu tu, pagi2 dah tercongok kat depan tv tengok kartun.. hahaha malu la. jangan kutuk tau!

HUJAN..
Mie suka bermain hujan. dulu masa kecik2, mie paling suke main bola sepak dalam hujan kat padang sekolah. balik2 umah je mak bising2 sebab baju kotor. (dulu mie nie lasak. skrg je dh jd lemah lembut sket. cewah! tuih.. tuih..) aritu mie ada citer pasal mie ngan acik suke lepak2 kat taman tasik taiping kan? pernah la 2-3 kali masa kami tgh dok lepak2 bawah pokok tu kan, hujan turun dengan lebatnya. so, bermain hujan la kitaorg.. habis basah kuyup. last2 dok bawah aircond FAJAR utk keringkan baju. hahaha.. sekarang nie kalo hujan, mie tetiba je keluar umah semata2 untuk bermain hujan ada lak yg kata otak mie dah tak betul. hehe so, semasa mie tgh bawak motor bersama achik atau pun sengsorang n tiba2 hujan turun mencurah2 mie takkan berhenti di bus stop atau bawah2 jambatan, sebaliknya mie akan teruskan perjalanan sambil menikmati hujan..

JIWA SENSITIP..
Mie bukanlah seorang yang pemarah exceli. tapi, kalo mie marah memang teruk la pastu mie mesti menanges padahal org yg kena marah tu relaks je. pastu, mie tak boleh la nengok org marah budak2 kecit nie sbb, mesti mie yg rasa nak nanges.. tapi kalo mie yg marah budak2 tecit tu takpe la pulak.. :D

BANTAL BERSEPAH..
huhu sama macam shai.. atas katil mie sekarang nie ada 7 biji bantal (termasuk bantal kecik 2 biji) hehehe puncanya dedulu mie nie penakut sket. bila mak suruh mie tdo asing dengan dia kan, mie mula la buat kubu keliling tempat tdo mie tu. kiranya bila dah banyak bantal tu, takde la makhluk yang tak diundang datang untuk tumpang tdo sekali dengan mie sbb katil dah takde ruang. hehehe sampai la sekarang nie dah jadi terbiasa plak tido bertemankan bantal2 yg bersepah. salah satu bantal mie akan letak atas badan mie sbb org kata kalo taknak kena tindih dengan h**** kena letak something atas badan kita dan satu lagi bantal mie akan tutup muke sbb kalo tak buat camtu, mie rasa macam ada org tengok mie je.. waaa, tolong! meremang bulu roma mie dah nie..

KERJA RUMAH
Walaupun dirumah mie ada orang gaji, tapi mie tak pernah suruh dia buat kerja2 seperti membasuh baju, kemas bilik dan iron baju mie. sedangkan mie punya hak untuk mengarah dia untuk buat sume tu. sebaliknya, mie lebih berpuas hati jika mie sendiri yang lakukan sume kerja2 tu. biasanya baju2 kerja, mie akan basuh sendiri guna tangan manakala baju/kain2 yg biasa tu baru mie basuh guna washing machine. mungkin kerana sejak kecil mie sudah terbiasa melakukan sume kerja2 tu sendiri. lagipun kesian tgk maid mie tu. cukup la dia dah uruskan aina n arif dan kemas satu umah.

MAKEUP..
Muka mie nie seolah2 tak sesuai apabila dimakeup. tak tahu la kenapa mie rasa muka mie macam badut je bila dimakeup jadi, selama nie mie tak pernah makeup la apabila nak keluar pegi kerja atau keluar jalan2. kecuali mie hanya pakai bedak je itupun lepas ambil air semayang dah malas nak berbedak2 balik dah. masa kerja kat majutera dulu, adala sorg akak nie suke makeupkan mie.. tapi tak sampai sejam mie dah pg basuh muke. lipstik pun seolah2 tak lekat kat bibir mie ni. x sampai sejam dah hilang.. hehehehe.

JACKET AND BAG..
2 mende alah nie dah jd syarat wajib bagi mie kalo nak keluar kemana2. tak selesa rasanya kalo keluar tanpa jacket dan bag. tapi kalo tak pakai jacket, baju mie mesti berlengan panjang.. tak kiralah tengah panas terik ke, mesti pakai jacket. rasanya dalam almari mie tu ada lebih 10 pasang jacket kot. *hehehe gila jacket btol!*. dalam bag mie mesti ada air masak. :)

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Erm, tu je la kot yang mie rasa PELIK TENTANG diri mie.. ingat nak buat 7 je, tapi dah terlebih pulak. mie suka no. 7 dan 3 mungkin disebabkan mie nie anak no. 7 drp 7 adik beradik dan mie dilahirkan di bulan tiga. tapi, bulan 3 asyik membawa kesedihan je buat mie.. sob.. sob.. sob..

Ha, nie la buat pertama kalinya mie melaram bagai nak rak. masa nie wedding dinner opis mate mie kat PWTC. kena paksa pakai camtu.. huhu ayu tak?! masa tu kan, sume org tak percaya nengok mie pakai camtu.. kelakar la bila ingat2 balik. ntah bila la dapat pakai camtu lagik?!.. :p

Psstt : Berharap sangat tahun 2007 nie meninggalkan kenangan yang paling indah buat mie... :)

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP