Mencari Idea - Baju Nikah, Sanding, Btandang

>> Tuesday, July 26, 2011

Pening.. pening.. pening ... haishh! susah btol nak buat keputusan untuk design baju nie.. yer la, asalnya kitorang tak rancang pun nak tempah semua baju perkahwinan ni kan. so, dengan masa yang agak suntuk dan banyak persiapan yang belum dibuat membuatkan saya agak kalut. di ofis ketika tiada kerja, dengan bantuan en google, saya telah jumpe dan save beberapa contoh baju pengantin yang mungkin boleh dijadikan ilham untuk baju saya nanti.

Sebelum membuat baju, pekara pertama yang perlu dibuat adalah menentapkan tema warna untuk majlis dan ia telahpun ditetapkan iaitu Pink+cream (nikah) purple(sanding) dark grey(bertandang) pastu tetapkan material kain yang hendak kita guna. saya pilih lace+ciffon+satin+giant roberto(penganti kepada bridal satin) sbb bridal satin takde warna yang saya inginkan. Cotton n Italian satin utk baju melayu Syam.

Konsep baju nikah, sanding & bertandang saya nanti ialah dress + ala2 gaun kots.. tak pandai sangat la pasal design2 baju nie.. bukan xnak buat baju kebaya atau kurung moden. tapi bagi saya design tu dh biasa sangat saya pakai sbb majoriti baju kurung dalam almari saya tu sume jenis kurung moden. so, untuk majlis yang penuh makna ini saya nak mencipta kelainan. kalo sebelum ini orang tak pernah lihat saya pakai dress dan heels, pada 11/11/11, 12/11/11 & 19/11/11 tu nanti korang akan lihat. cemana agaknye saya? mungkin kekok sekali. hehehe saya teringin nak pakai gaun yang kembang2 warna putih n Syam pakai tuxedo. Tapi mcm tak dapat jerkk :( sob.. sob...

Jom kita memerah idea...




BAJU NIKAH






BAJU SANDING






BAJU BERTANDANG



Creadit pada empunya semua gamba2 ni... saya lupa dah dimana saya ambil.. kat majalah pun ada juga. sori sangat2..

Nak tengok rupa kain-main tu sila klik SINI

Read more...

Virus Berjangkit!

>> Sunday, July 24, 2011

Duhaiii belogg! aku tahu ko marah kan.. marah sebab dah seminggu dah aku x hapdate ko.. sori sesangat yek! maapkan lah aku... aku tak sengaje.. maaf yek maaf... haa camnie la gamaknye kalo blog saya ni idop dan pandai plak nk merajuk2 bila saya x hapdate dia. jenoh nk memujuk. silap haribulan dia x bg saya menconteng, merepek meraban di blog ni lg. haru dibuatnye! hehehehe

Duhai belogg! kalo ko benar2 idop n nak marah jugak, ko marah la mende alah ini : -




Yeah! minggu lepas saya sangat sibuk hingga terleka sebentar dgn penangan novel ini.. huhu ni sume gara-gara satu virus berjangkit yang kian merebak di opis saya iaitu Virus Novel.. hehe hari2 ada je citer pasal novel2 nie sampaikan yang tak minat novel pun dh berjangkit dgn virus itu termasuk la saya.. akhir2 ni diorg sibuk becerita tentang novel 'OMBAK RINDU, CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU' karya Fauziah Ashari yang akan di filem kan pada bulan November kalo x silap. saya baru baca 'OMBAK RINDU & CINTA TIADA AKHIRNYA.. RINDU CINTAKU blom baca lg.. Jom review sket jalan citer dia... Saya copy n paste aje, malas nak citer balik... hehehe


OMBAK RINDU


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



novel 2 : CINTA…TIADA AKHIRNYA


Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.


Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.

Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.
Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri. Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.

Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri. Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya….

novel 3 : RINDU CINTAKU


Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau…. Nyawa?



Pssst : Tak sabar nak baca RINDU CINTAKU... kat MPH dah out of stock! mana nak cari lg ek?

Read more...

3 Bulan 3 Minggu 3 Hari.... T____T

>> Sunday, July 17, 2011

3 BULAN 3 MINGGU 3 hari lagi menuju 11/11/11.. Saat saya bakal disatukan dgn Mr. Sem. Saya sebolehnye taknak fikirkan sangat. takut uu.. nebes... risau.. sume hade'. kenapa plak? bukan seronok ke?? so, patotnye saya akan rasa excited kot! ntah la.. saya tak tahu plak ape perasaan bride-to-be yang lain dalam menghitung hari nie. huhu tp kan, macamana saya taknak fikirkan sangat pasal ni ek? sbb tarikh tu amat penting bagi saya. tarikh yang bakal mencatat sejarah teragung dalam hidup saya selepas tarikh 30/5/2010.. tarikh yang takkan saya lupakan sampai mati. alhamdulillah.. syukur di atas tarikh2 yang indah ini..

Oleh kerana tarikh tu sangat penting dan indah bg saya, saya harusssslah mementingkannye! so, saya harussslah membuat persiapan yang bagus untuk hari yang penting itu kan? persiapan yang bagus plak perlu ada plan aka perancangan yang bijak agar masa tak terbuang dan tidak kelam kabut masa kejadian. *ceh! ayat tak boleh blah.. plan yang bijak konon. geli haku baca balik n kalo Mr. Sem baca dia akan muntah semahunya..* hahaha saya bukanlah sorg yg bagus dalam merancang T__T. Campur... tolak.. darab... bahagi... tambah... @#$T%#%#3..... tinggal lbh kurang 3 bulan lg weii... tp ape persiapan yang dah haku buat??! hurmmm.... ada la dalam 20% je kot. 20%??!!!! so ada lg 80% saya kena settlekan dalam masa 3 bulan ye kawan2... boleh ke??! sama2 kita saksikan.................

So far saya dah beli kain untuk nikah... sanding n bertandang... ye, semua baju2 ketika majlis adalah ditempah sepenuhnya. bukan salah saya.. jangan kata saya mengada2 atau suka membazir.. sebab ini adalah plan Mr. Sem juga. so, kalo nak mengata juga, mengatalah dia skali. itu baru adil!!.. KAH KAH KAH tak baekkk kutuk2 eaa...

Exceli, perancangan awalnya kitorg nak tempah baju nikah aje.. pastu masa survey baju ready made kt butik2 untuk disewa, kebanyakkan baju2 nye seksi2 berlaka.. sume nak kena pakai korset atau inner.. mmg tak la kn dgn size badan saya yg comel nie.. mesti banyak yang nak kena fitting.. nak pakai korset? idok lerr teman. saya tak sesuai pakai korset kot. kalo ada yg sopan2 pun tak cantik n agak mahal la.. so, Mr.Sem buat keputusan untuk tempah.. saya fikir tempah baju nikah + sanding je. baju bertandang sewa.. tp Mr.Sem mcm tak puas hati. "kenapa kndri belah mie je pakai baju tempah, kndri umah syam baju sewa?" gitu la ayat dia.. uiks! mcm x percaya ape yg ku dengar. kesimpulannyer, masa bertandang pun kitorg tempah yer.. saya tak kisah, sangat suka ada lah... boleh design sendiri baju nikah, bertandang n sanding. yahoooo.com.my....

Tema majlis saya ialah, NIKAH = cream + patch work lace pink. SANDING = purple dan BERTANDANG = grey.. jom tengok kain2 yang dibeli..




NIKAH






Material : Lace, Satin and Ciffon





BERSANDING




Material :
Roberto Giant (penganti kpd bridal satin)
Lace, mahal jugak lace kt JAKEL ni..
Net untuk veil + utk yg meleret2 tu.. ape org panggil ek?




BERTANDANG


Lace + Satin + Ciffon




BAJU MR.SEM
Cer tengok kain baju melayu Mr.Sem, plain je.. yg purple tu Italian Valentro satin namanya. Jenis yang tak kilat. boleh pakai bila2 masa katanya.. yg grey tu plak jenis cotton. saya snap kt tulisan exclusive tu biar nampak canggih la sket kn.. hehe baju nikah sama jenis cam yg purple tu tp kaler cream la.. sebiji cm baju nikah saya kt atas tu.

Read more...

Cuci Mata - BeRtUn@Ng

>> Wednesday, July 13, 2011



The power of make up. Masa ni abang2 yg make up kan.. masa kawen nnti Mr Sem dah bg warning.. WAJIB AMBIK TUKANG MAKE UP POMPUAN.. ye baik syam... T_____T



Sesi menyarung CINCIN bukti ikatan.. tapi tak pakai pun.. tabik sama Mr Sem yang tak pernah lekang cincin tunang dijarinya. Teringat masa dia jatuh excident aritu. "Syam : jam pecah; alhamdulillah cincin tunang ok..." huhu cincin itu yg dirisaukannye...


Bakal Ibu Mertua saya sangat sporting.. luv her so much. Muahhhh! Makcik2, jangan marah tau kalau saya katakan yg saya tak pandai masak sangat T_________T..




Saya dan En Tunang/MrSem/Syam = Muhammad Syamsul Azwan b. Noorazmi. Love Love Love him sooooooo muchh. khik khik khik




Siapa mahu sewa baju tunang saya, sila email saya di - ms.umie@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~ SEKIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Read more...

Bertunang????!!!!!!!

>> Monday, July 4, 2011

Bertunang? btol ke umie dah bertunang? senyap2 je kan... hehehe memang saya tak heboh2 pun pasal nie.. yang tahu pun berapa kerat je. saje malas nak kecoh2 masa tu. kan saya dah cakap ofis saya dulu ada 'orang' yang busuk hati dan suka jaga tepi kain orang lain. so, that y saya tak kecoh2 sebab taknak sampai 'orang tua' tu tahu.. tp akhirnye dia tahu jugak.. itupun dah selepas betunang la. ntah dr mana dia tahu saya pun tak tahu. kecoh! ok la, lupekan pasal makcik tu.................. Saya mintak maaf sangat2 pada yang bekecil hati atau anggap saya ketepikan kawan2 sebab tak bagitahu pasal pertunangan saya tu. saya teruk T_________T . Tapi bila fikir2 balik ape lah salahnye kalo saya bagitahu n jemput diorg. Erm, mende dah berlaku.. tak boleh nak patah balik. Tapi kalo dapat, saya nak aje... cam tak puas plak bertunang aritu.. best la jd perhatian.. ramai yg snap gambar i, terasa glamor u... sugguh!!

Meh saya citer serba sedikit tentang majlis pertunangan saya.. Oleh kerana terlalu excited, saya dan Mr.Sem (en.tunang) telah menempah baju tunang 7 bulan sebelum majlis. hehe macam mengada2 je nak tempah bagai kan.. sbb ada je org pakai baju tunang ready made. Dah la murah, cantik pulak tu. Ini harga kain + tempah sahaja harga cecah RM 5++. Mahal kan. Now, baju tu dok terperuk dalam almari. Ntah bila nak pakai semula.

Hantaran plak 100% buatan air tangan sendiri *macam masak plak. huhuhu* pepon bagi saya, kos buat sendiri n tempah lebih kurang je.. cuma bila kita buat sendiri ni terasa lebih bermakna, pastu nanti en. tunang n bakal keluarga akan puji2. Pandainye bakal menantu aku ni menGUBAH. kui kui kui perasan.. perasan.. perasaan semata2. KAH KAH KAH.................... makan2 plak saya tak perlu fikir langsung sebab ayah tercenta telah mensponsor bab makan memakan. tq! ayah..

Tapi kan.. tapi kan... agak terkilan la apabila apa yang dirancang 'tak menjadi' kan? seperti tak dapat nak tempah mini pelamin idaman. Mini pelamin saya biasa sahaja... last minute punya kerja.. itupun 'hasil tangan abg ipar saya'. Masa tu sume org masih dalam mood raya so kedai2 pelamin sume masih tutup. Kenapa tak tempah awal? sebabnye.... majlis dibuat di kampung saya di perak, manakala saya pula di sini(KL). Mcm x berbaloi nak balik perak semata2 kerana pelamin kn. so, dalam hati pk, balik raya je la tempah. hehehe... tak terfikir plak org sibuk beraya kn.. padan muka saya. T______________T ........................................ pastu kan, agak terkilan sikit sbb rombongan lelaki sampai awal sangat. Masa rombongan lelaki sampai, saya br nak mula make up. Nasib baik tukang make up ni pro, saya selesai make up n pakai baju sume tepat pada masanya iaitu selepas selesai perbincangan antara keluarga saya dan keluarga Mr Sem. Fuh! semangat.. cuma terkilan sebab tak de majlis minum petang sedangkan persiapan utk itu telah disediakan. erm, ape nak buat; mende dah lepas..

Perasaan selepas bertunang? herm..... biasa je kot. Cuma kena sedar diri sikit la.. Tak bley gatal2 dan gedik2 dgn lelaki lain dah *hehehe aku mmg bukan jenis mcm tu pun*. Mungkin Mr sem lebih terasa sebab sekarang dia kena lebih bertanggungjawap terhadap saya. Pompuan? So far saya yakin tunang saya bukan kaki pompuan.. Boleh kira brape kerat je kawan2 pompuan dia, lagipun i know what he do everyday... aip! aip! aip!bukan control ye tp memang sifat semulajadi dia memberitahu saya apa xtvt dia setiap hari dan itulah salah satu sebab kenapa saya sayang gila sama dia walaupun dia tak romantik. lalalala

Sekarang kami dalam proses membuat persiapan menuju ke alam rumahtangga. *wink*.. cewah! Seronok nye bila dapat buat persiapan bersama2.. masa nie pasti akan ada pendapat masing2 dan mungkin ada kehendak yang berbeza dan mungkin ada sedikit pertelingkahan. Itu mungkin la... pepon, jom ikuti perjalanan kami dalam membuat persiapan untuk majlis nanti... ZaASssss!

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP