DURIAN PARTY

>> Friday, July 24, 2009




MUZIUM TELEKOM merupakan sebuah muzium telekomunikasi interaktif yang mempamerkan bahan – bahan sejarah telekomunikasi negara lebih 120 tahun, bermula dari zaman kod morse, sistem wayarles, telegraf hinggalah ke zaman digital dan jalur lebar.

Sempena dengan ulangtahun MUZIUM TELEKOM ke-15 tahun, pihak MUZIUM TELEKOM akan dengan kerjasama FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority) salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani akan mengadakan ‘DURIAN PARTY’ @ MUZIUM TELEKOM iaitu jualan buah - buahan secara besar – besaran pada :
Tarikh : 29 & 30 Julai, 2009
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 10.00 pagi – 7.00 petang
Lokasi : Dataran Muzium
Beberapa program telah diatur sepanjang acara ini berlangsung untuk para pelawat . Antaranya adalah :

a) Bayar RM15 untuk makan durian sampai kenyang
b) Jualan Mega Buah – Buahan Tempatan
c) Kuiz
d) Teka Berat Buah
e) Pertandingan Karaoke
f) Pertandingan Gubahan Makanan Berasaskan Buah – Buahan Tempatan
g) Pertandingan Mewarna untuk pelajar sekolah


Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan informasi lebih lanjut tentang pameran, produk dan promosi yang dijalankan oleh pihak
MUZIUM TELEKOM seperti :

i) Sejarah Telefon Awam.
ii) Kabel Dasar Laut & Bawah Tanah
iii) Sejarah Operator
iv) Pakej “Nite @ Muzium Telekom” (Pakej Pelajar / Kumpulan)

Untuk pengetahuan semua, COO MUZIUM TELEKOM Encik Mohd Affandi Abdullah akan ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 pada 28 Julai 2009 , jam 8.00 pagi sempena ‘DURIAN PARTY’ @ MUZIUM TELEKOM selain dari promosi lanjutan untuk produk – produk dari MUZIUM TELEKOM sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam, Acara & Pemasaran MUZIUM TELEKOM ditalian 03 – 2031 9966, faks 03 – 2031 5925 atau di www.muziumtelekom.com.my

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi ‘DURIAN PARTY’ @ MUZIUM TELEKOM .

Sekian, terima kasih.

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP